(Gambar) Mizz Nina Bersama Telefon Blackberry, Tanpa Make-Up Tebal

Melihat Noh Hujan membawa pedang Samurai ketika Shout! Awards baru-baru ini, ada kebarangkalian kami kena cincang lumat kerana menyiarkan gambar ini.

Tidak’lah sensasi mana gambar yang kami siarkan, cuma tunang beliau Mizz Nina bergaya dengan Blackberry Torch baru & tanpa make-up tebal.

Manis sebenarnya wajah Mizz Nina ini walaupun tanpa solekan seperti biasa kita lihat di’majalah & televisyen. (Ambil hati Noh Hujan sebenarnya, heh!)

(CM) Mizz Nina Jual Cover Blackberry & iPhone Berharga RM1,480

Kredit Foto: Terima Kasih Jutaan Lemon Buat The Jessica T

Sebelum apa-apa, kami ada tag baru, CM yang membawa maksud Cerita Lama. Ia merujuk kepada kisah yang sudah berusia lebih 48 jam tetapi masih belum kami kongsikan.

Baru-baru ini, Cute Carry di’jemput untuk menghadiri majlis pelancaran album Mizz Nina di Zouk, KL & beliau berpeluang untuk melihat jualan sampingan Mizz Nina.

Mizz Nina yang mempunyai perniagaan sampingan dalam bidang fesyen tampil dengan rekaan cover untuk telefon bimbit Blackberry & iPhone versi mewah.

Cover keluaran Mizz Nina ini bukan calang-calang kerana bertatahkan batu kristal Swarovski asli. Berminat? Boleh dapatkan di Liberty, KLCC atau laman web rasmi Mizz Nina.

Gambar cover iPhone & Blackberry keluaran Mizz Nina selepas ini. Bling bling yo! Teruskan Membaca

Hujan Iringi Search Ke UK & Ireland, Tidak Perlukan Bakat Realiti TV

(Foto Konsert Band Malaysia Terbaik: Amrul Kareem)

Pertembungan dua zaman rock Malaysia bakal terjadi, bukan di’Malaysia tetapi di tanah United Kingdom & Ireland.

Ramai sedia maklum yang kumpulan rock legenda Search bakal mengadakan konsert Search Live In UK & Ireland di Dublin, London dan Liverpool pada 12 hingga 22 Februari depan.

Kumpulan Hujan yang kita kenali sebagai sebuah kumpulan paling berpengaruh hari ini bakal mengiringi Search dalam semua persembahan.

Tidak pasti sama ada Hujan akan tampil sebagai opening act atau pelengkap aturcara konsert. Namun, kehadiran Hujan sedikit merisaukan kami.

Dahulu, Hujan juga pernah mengadakan tour di tempat yang sama & sambutan yang diterima bukan kepalang.

Kali ini mereka hadir sebagai ‘pilihan kedua’ dan kemungkinan penonton yang hadir ke konsert Search nanti adalah mereka yang hanya mahu menonton Hujan secara dekat.

Bercakap tentang scene indie yang di’katakan di’bantu oleh nyanyian bakat dalam program realiti TV, Noh menjawab sebenarnya mereka tidak memerlukan semua itu.

“Kami tak kisah jika mereka tak bawa lagu-lagu kami dan kami tidak perlukan mereka untuk popular.”

“Bagi saya bintang realiti ini hanya 50 peratus sahaja yang membantu melahirkan artis yang berkualiti, selebihnya hanya jadi lambakan sahaja,” kata Noh Hujan kepada mStar Online.

Konsert Penutup Jelajah Malaysia & Singapura Hujan 22 November Ini

(Foto Konsert Band Malaysia Terbaik: Amrul Kareem)

Ahad ini akan menjadi hari terakhir konsert jelajah Singapura & Malaysia Hujan yang berlangsung sejak beberapa bulan lalu. Hujan atau panas, goreng saja gitar itu.

Konsert yang akan berlangsung di KL Live, Life Centre itu bakal menyaksikan peminat Hujan berkumpul menikmati persembahan tenaga band indie paling popular hari ini.

Konsert ini akan dihoskan oleh pengacara comel molek, Yasmin Hani & peminat juga akan dihidangkan video eksklusif belakang tabir konsert jelajah mereka.

Berminat? Tiket berharga RM15 and RM20. Anda boleh hubungi 017-206-7904 (Alef) atau 012-384-6990 (Nana) atau e-mail sahaja [email protected]