Nora Danish Enggan Komen Isu Perkahwinan Bekas Suami, Nafi Kini Sedang Bercinta

Agak susah untuk kami bertemu mata dengan aktress comel Nora Danish dek kerana beliau sendiri lebih sibuk dengan kerjaya.

Berkata kepada wartawan ketika menghadiri majlis anugerah PPMH 2011/12, Nora Danish kini sedang sibuk dengan drama & beberapa tawaran filem yang ada.

Tidak boleh lari dari soalan yang berbaur peribadi, Nora Danish di’ajukan soalan akan isu kahwin Rizal Ashram dan Fasha Sandha yang kembali hangat.

Pantas Nora Danish menjawab yang beliau tidak mahu berikan apa apa komen berkaitan isu perkahwinan mereka dan juga tidak mampu memberikan jawapan sama ada akan hadir ke majlis perkahwinan mereka jika di’jemput.  Teruskan Membaca

TS: Aaron Aziz Makan Kek, Fasha Sandha Hafal Skrip, Tiz Zaqyah Atas Basikal & Kila Fairy

Anda perlu akui yang tajuk Twitter Selebriti kali ini sendiri sudah epik sifatnya — belum anda lihat isi kandungan entri ini lagi.

Kenapa Twitter Selebriti muncul di hujung minggu bukan’nya awal minggu seperti selalu — kerana anda semua akan sibuk dengan keputusan Anugerah Juara Lagu ke 26 Isnin nanti untuk peduli.

Jadi, tanpa membuang masa hatta sedetik cuma, apa yang kita ada untuk edisi Twitter Selebriti kali ini? Kita ada aksi Aaron Aziz yang cuba menjadi comel bergambar bersama sepotong kek.

Kita juga ada gambar santai Yuna ketika zaman muda dan ketika beliau terima ang pao bersempena Tahun Baru Cina baru baru ini. Juga Fasha Sandha dengan imej kampung menghafal skrip. Enjoice!  Teruskan Membaca

Gambar: Di Sekitar Sidang Media Penanggal, Filem Pertama Arahan Ellie Suriaty

Filem ini seperti menjanjikan sesuatu dek kerana senarai pelakon yang terlibat dan lebih penting, arahan Ellie Suriaty.

ADS: Menangi barangan eksklusif filem Jack & Jill. Hanya komen dan menang. Buka 29 Disember 2011.

Petang tadi berlangsung’nya satu majlis sidang media untuk filem Penanggal di Restoran al Andalus, Kuala Lumpur.

Filem Penanggal ini merupakan filem kerjasama pertama antara Astro Shaw & Grand Brilliance dan yang juga filem arahan pertama oleh Ellie Suriaty.

Sidang media ini turut di’hadiri oleh barisan pelakon yang bakal menjayakan filem Penanggal seperti Ummi Nazeera, Azri Iskandar, Fasha Sandha, Zul Ariffin dan Norman Damanhuri. Teruskan Membaca

Eh, Saudara Angkat Fasha Sandha Meninggal Dunia Kemungkinan Dibunuh?

Semalam kami ada membaca tentang berita jenayah yang melibatkan seorang mangsa bunuh yang di’katakan mempunyai kaitan dengan seorang selebriti popular. Tidak pula kami ambil pusing.

Namun, penulis blog jenayah On-D-Scene menulis yang beliau terlihat kelibat Fasha Sandha & Lena AF9 berada di Bilik Mayat Pusat Perubatan UKM.

Lelaki yang di’syaki mati di’bunuh ini di’kenali sebagai Mazlan Mohamad berusia 29 tahun dari Semporna, Sabah — yang juga anak angkat kepada ibu Fasha Sandha, Halijah Teh Man.

Menurut Fasha Sandha, Mazlan Mohamad merupakan seorang yang rapat dengan keluarga mereka dan kehilangan lelaki ini merupakan sesuatu yang besar buat keluarga mereka.

“Saya tidak menyangka arwah pergi dalam keadaan seperti ini dan berdoa agar di’tempatkan di’kalangan orang beriman,” kata Fasha Sandha kepada wartawan di’lokasi. Teruskan Membaca

Gambar: Terbaru Dari Johan Asari Dan Fasha Sandha, Cinta Elisa Mula Esok

Boleh kami katakan, hype untuk drama bersiri Cinta Elisa ini banyak di’bantu oleh gossip nakal hero & heroin’nya.

Disengajakan atau tidak, gossip cinta antara Fasha Sandha & Johan Asari  (Botak) banyak membantu.

Fasha Sandha & Johan Asari sejak beberapa hari lalu kelihatan saling mengirimkan gambar mereka bersama kepada peminat melalui Twitter.

Gambar di’sebelah contohnya di’hantar oleh Johan Asari sendiri beberapa minit lalu dengan captiondalam diam aku…‘. Cewah Johan Asari, pandai mengusik perasaan peminat.

Dalam perkembangan berkaitan, drama lakonan mereka berdua, Cinta Elisa akan ke’udara buat pertama kali di TV3 esok untuk slot Lestary. Jangan lupa menonton.

Lagi gambar Fasha Sandha dan Johan Asari bersama selepas ini. Enjoice & jangan cemburu! #LOL Teruskan Membaca

12345