Senarai Penuh Pemenang Di Majlis Anugerah Golden Globe Ke 69, Beverly Hills

Acara pemanas badan sebelum majlis anugerah Oscar 2012, Golden Globes 2012 baru sahaja habis berlangsung di The Beverly Hilton Hotel, California.

Kalau anda tertanya tanya kenapa sejak minggu lalu, dan minggu akan datang akan di’penuhi majlis anugerah — Hollywood di’masa sebegini memang sedang demam dengan majlis meraikan karyawan hebat mereka.

Majlis sebentar tadi menyaksikan filem The Descendants lakonan George Clooney membawa pulang anugerah filem drama terbaik.

Dan, George Clooney sendiri hari ini pulang dengan gelaran Pelakon Lelaki Terbaik – Drama menerusi filem The Descendants.

Pengacara Golden Globes 2012, Ricky Gervais sekali lagi seperti di’jangka tidak bersimpati apabila melontarkan jenaka sinis buat penggiat & selebriti Hollywood termasuk sekali lagi Johnny Depp & Kim Kardashian. Teruskan Membaca

“No Love Scenes with Angelina Jolie” – Teman Wanita Johnny Depp

Teman wanita Johnny Depp, Vanessa Paradis nampaknya mula mengambil langkah berjaga-jaga sebelum terlambat.

Sejarah membuktikan yang Angelina Jolie cenderung untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang sedang berpacaran dengan wanita lain.

Contoh paling mudah adalah hubungan bersama Brad Pitt ketika aktor kacak itu masih bersama isterinya, Jennifer Aniston.

Sumber juga ada menyatakan suatu ketika dahulu yang Angelina Jolie menjalinkan hubungan dengan Billy Bob Thornton ketika lelaki itu bertunang dengan aktress Laura Dern.

Johnny Depp di’katakan di’minta oleh kekasihnya untuk menarik diri dari filem The Tourist yang mana beliau akan berkongsi satu babak intim bersama Angelina Jolie.

Kedua-dua pihak masih tidak memberikan sebarang komen tentang isu ini. Biar tidak berlakon dari jatuh ke tangan Angelina Jolie ye tak?

Johnny Depp Akan Bantu Nicholas Cage Keluar Dari Masalah Kewangan

Nicholas Cage yang kita kenal sebagai pelakon Hollywood dalam senarai Kelas A kini berhadapan dengan krisis kewangan peribadi paling teruk.

Selepas dua rumah mewah beliau di’lelong baru-baru ini, Nicholas Cage kini berhadapan dengan tuntutan bayaran cukai sebanyak USD5 juta.

Prihatin dengan apa yang melanda Nicholas Cage, seorang lagi pelakon kelas A Hollywood, Johnny Depp di’laporkan menghubungi Cage untuk menghulurkan bantuan.

Johnny Depp dikatakan sanggup memberikan apa sahaja yang termampu dari segi sokongan moral & kewangan demi membawa Nicholas cage keluar dari masalah kewangan sekarang.

Johnny Depp bertindak demikian sebagai membalas jasa Cage yang memperkenalkan beliau kepada ejen lakonan dan seterusnya mendapat watak pertama menerusi filem A Nightmare on Elm Street.