Gambar: Kemesraan Mizz Nina Dan Noh Hujan Untuk Muka Hadapan Majalah WW

Maafkan kami jika kami katakan ini pertama kali kami dengar akan majalah bernama WW (Wanita Dan Wawasan). Mungkin kami bukan sasaran pembaca mereka. Heh.

Bersempena dengan bulan cinta yang konon’nya jatuh setiap bulan Februari 2012, maka majalah ini terbitkan isu khas cinta.

Dan, lebih menarik, WW tampilkan pasangan selebriti paling di’minati ramai, Mizz Nina dan Noh Hujan yang kini masih dalam fasa bulan madu perkahwinan. Eh.

Noh Hujan dalam gambar di’atas mengenakan persalinan mewah jenama Canali dan Mizz Nina anggun dalam persalinan dari Shanghai Tang di’atas sebuah katil mewah di hotel terkemuka di Kuala Lumpur untuk tatapan anda. Teruskan Membaca

Serius Fakta: Hujan Band Berasal Indonesia, Kata Penulis New Straits Times

Ya, tajuk entri ini meniru sebiji gaya Blog Serius. Dan, entri ini juga selayaknya duduk di’sini sebagai santapan ringan anda di’hujung minggu panjang ini.

Jika semalam pengumuman tarikh perkahwinan Yusry KRU & Lisa Surihani yang kami lakukan mendapat maklum balas yang agak kritis kerana typo tarikh, apa kurang’nya ‘typo epic‘ oleh New Straits Times ini.

Seorang penggiat di forum Lowyat, MZ Riders perasan akal satu artikel tulisan seorang penulis di akhbar New Sunday Times yang menulis Hujan sebagai sebuah band yang berasal dari Indonesia.

Predeep Nambiar menurut tentang Namewee yang akan kembali dengan filem kedua dan di’bintangi oleh Noh Hujan yang menurut beliau merupakan buah hati industri rock Indonesia. Hmm.

Video: Hujan Lancarkan Video Muzik Rasmi Kotak Hati, Ada Suntikan Drama

Hendak kami kata kami nantikan video klip ini, tidak juga tetapi apabila sentiasa di’sogok dengan promo siaran pertama video muzik ini di’kaca TV, boleh tahan excited juga.

Penantian nampaknya tidak mengecewakan apabila Khamis lalu TV9 menjadi penyiar rasmi pertama video klip Kotak Hati yang merupakan lagu dari album ketiga Hujan, Lonely Soldier Boy.

Video muzik Kotak Hati ini memuatkan sedutan menarik dari sebuah telemovie berjudul Uri yang kedua dua’nya di’arahkan oleh pengarah yang sama, Tunku Mona Riza dari Current Pictures. Enjoice!

Hang Dimas: Mereka Janji Guna Untuk Montaj Sahaja & Bocor Ke Internet

Sekitar tengah hari tadi, Hang Dimas menulis melalui Twitter rasmi beliau yang single terbaru Hujan telah bocor ke internet.

Lagu berjudul Rumah Kita secara eksklusif di’perdengarkan di konsert Suara Kami 2011 Sabtu lalu merupakan single terbaru Hujan.

Kami yang bertemu Hang Dimas ketika preview filem al-Hijab malam tadi sempat bertanyakan orang hadapan kumpulan Hujan ini berkaitan isu lagu bocor ini.

Menurut Hang Dimas, beliau menyerahkan salinan lagu Rumah Kita versi tidak lengkap kepada pihak Suara Kami 2011 atas permintaan mereka untuk proses merekabentuk montaj yang akan mengiringi persembahan Hujan pada malam konsert.

Selepas montaj siap, pihak Suara Kami 2011 berkongsi pautan ke satu akaun Vimeo yang private dan Hujan bersetuju untuk menggunakan montaj yang telah di’siapkan.

Tetapi, video montaj yang di’gunakan Hujan ketika konsert Suara Kami 2011 bersama lagu Rumah Kita yang belum siap mula tersebar di Youtube pada hari yang sama berlangsung’nya konsert.

Hang Dimas tampak kecewa dengan insiden yang boleh di’elakkan ini kerana lagu Rumah Kita ini boleh di’anggap sebagai hadiah buat peminat Hujan dan rakyat Malaysia — tetapi di’salahgunakan oleh pihak lain.

Mahu Jual Baju Pengantin, Noh Hujan Gembira Mizz Nina Pandai Masak

Noh Hujan & Mizz Nina baru sahaja pulang dari percutian bulan madu mereka ke Eropah & kepulauan Maldives. Mereka kongsikan video mereka di Youtube. Menarik untuk kita hayati pengalaman mereka.

Yang lebih menarik, selepas pulang dari percutian panjang itu, Noh Hujan & Mizz Nina terpaksa mengemas rumah kerana baju-baju perkahwinan mereka terletak merata-rata.

Ketika itu Noh Hujan baru sedar yang rupanya beliau & Mizz Nina banyak berganti persalinan sepanjang majlis resepsi mereka tempoh hari.

“Sampaikan kami terfikir, mungkin kena jual beberapa daripadanya kot,” gurau Noh Hujan kepada wartawan mStar Online.

Noh Hujan turut mengakui yang beliau gembira kerana Mizz Nina kini semakin pandai memasak walaupun sering mengambil ‘jalan selamat’ dalam menyediakan makanan.

Usaha yang bagus dari Mizz Nina dan selepas ini mungkin boleh tajamkan skill memasak makanan kegemaran Noh Hujan – ayam masak kicap dan sambal tumis.

12