TERBARU

Ashton Kutcher Kini Raja Televisyen, Terima Hampir US$1 Juta Setiap Episod

Tuah menjadi seorang pak sanggup.

Oh tidak, kami bukan bercakap tentang hubungan Ashton Kutcher dengan Demi Moore.

Pelakon utama siri sitkom popular ‘Two and a Half Men’, Charlie Sheen telah di’gugurkan beberapa bulan lalu atas masalah disiplin & Ashton Kutcher tampil menawarkan diri sebagai pengganti.

Habuan’nya, gaji sebanyak US$700,000 untuk setiap episod yang tersiar di televisyen.

Namun para pengamat industri di Hollywood mensasarkan yang Ashton Kutcher sebenarnya peroleh hampir US$1 juta per episod.

Angka ini tidak mustahil kerana ketika Charlie Sheen memegang watak utama, beliau menerima US$1.25 juta untuk setiap episod & hampir US$2 juta selepas perkongsian keuntungan.

Angka tersebut meletakkan Ashton Kutcher sebaris dengan pelakon siri TV popular yang lain seperti Hugh Laurie (House MD).

Berminat untuk lihat Ashton Kutcher menyanyikan lagu Katty Perry ‘Teenage Dream’? Video selepas ini. EnjoiceTeruskan Membaca →

News Selebriti Video

Harga Sebenar Selebriti Plastik: Termasuk Megan Fox & Heidi Montag

Seperti semua sedia maklum yang kebanyakkan selebriti A-list Hollywood mengamalkan pembedahan plastik untuk kekal cantik. Tetapi tahukah anda kos sebenar di’sebalik kecantikan yang mereka mahu?

Carta yang di’keluarkan oleh DailyFill ini jelas menunjukkan yang selebriti Hollywood tidak lokek untuk mencantikkan aset yang mereka ada demi menjaga periuk nasi sendiri.

Demi Moore contohnya, menghabiskan lebih USD400juta untuk pembedahan plastik dan hasilnya beliau nampak jauh lebih muda dari umur sebenar & memiliki Ashton Kutcher yang yeah, jauh lebih muda.

Klik gambar untuk saiz besar. Budget Megan Fox walaubagaimanapun tidak’lah sebesar mana. Heh. Teruskan Membaca →

News Selebriti

Otis Maguire: Nama Anak Kedua Bintang Spider-Man, Tobey Maguire

Bintang yang popular menerusi filem Spider-Man, Toby Maguire mendedahkan kepada media nama anak’nya yang lahir 2 bulan lepas.

Tobey Maguire & isterinya Jennifer bertemu pada tahun 2003 & seterusnya berkahwin pada tahun 2007.

Pasangan ini juga mempunyai anak perempuan bernama Ruby Sweetheart berumur hampir tiga tahun.

Namun sehingga hari ini, tiada mana-mana pihak media yang di’benarkan untuk merakam wajah terbaru anak beliau. Hollywood memang begitu agaknya, anak yang lahir akan di’buat bahan seeksklusif mungkin.

News Selebriti

(Terkini) Megan Fox Keluar Makan Malam Bersama Zac Efron. Ha!

Ramai sudah sedia maklum yang Zac Efron sekarang berpacaran bersama Vanessa Hudgens, pasangan beliau dalam filem High School Musical.

Dan, beberapa hari sebelum tayangan perdana Transfomer ROTF, Megan Fox ada menyatakan kepada media yang beliau ada menaruh minat terhadap jejaka berwajah jambu ini.

Sumber dari Hollywood memberitahu yang Megan Fox baru sahaja menghabiskan masa makan malam beliau bersama Zac Efron & mereka berdua kelihatan sangat mesra sehingga menimbulkan spekulasi yang mereka mungkin bermalam bersama.

Megan Fox sekarang cuba menyatakan yang beliau single namun banyak mata yang nampak beliau rapat dengan Shia LaBeouf & masih keluar bersama bekas tunang’nya Brian Austin Green.

Mungkinkah kita akan melihat adegan tarik rambut antara Megan Fox & Vanessa Hudgens tidak lama lagi? Kita tunggu.

Gossip Selebriti