Hattan Nafi Gossip Bercerai Selepas Nikah 7 Hari, Tinggal Pesan Buat Zubir

“Kau jangan tanya salah soalan, aku sekarang memang tengah panas orang tulis macam macam cerita,” ujar Hattan membuka perbualan.

Lantas ligat bagai lipas kudung otak kami mengatur kembali soalan yang ingin kami ajukan berkaitan gossip negatif yang melanda rumahtangga Hattan & isteri, Farah.

Dan, Hattan menjawab penuh tenang, “Aku tengah drive ke KLIA untuk jemput isteri aku balik dari Hong Kong — memang tiada isu dan kau ada baca tulisan Zubir Berita Harian?”

“Dia tulis aku ceraikan isteri aku dengan talak tiga — suka hati dia — walaupun tidak menyebut nama aku, tetapi aku tahu dia tujukan pada aku,” Hattan membuka bicara tentang Zubir. Teruskan Membaca

(Gossip) Hattan Sedang Berpacaran Dengan Janda Dari Bangi?

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Penyanyi bersuara garang, Hattan hari ini kami lihat sebagai seorang duda hangat yang sering di’kaitkan denagn gadis-gadis manis sebagai pendamping.

Gossip terbaru yang timbul di’kalangan peminat hiburan menyatakan Hattan kini sedang hangat berpacaran dengan seorang janda anak satu.

Wanita bertuah tersebut di’katakan dari kalangan orang awam & bekerja di kawasan perindustrian sekitar Bangi.

Maklumat juga ada menyatakan yang wanita ini sudah berjaya menawan hati ibu & bapa Hattan dan ada kemungkinan akan di’terima sebagai menantu.

Wanita ini juga di’katakan berasal dari negeri kelahiran Hattan, Negeri Sembilan. Biso bonar!

Baguslah kalau begitu buat Hattan & wanita ini. Masing-masing sudah ada pengalaman menguruskan rumahtangga. Ada jodoh tidak ke’mana-mana.