Transformasi GLAM Siti Nurhaliza, Kini Undi Mana Satu Kegemaran Anda

Selamat datang sekali lagi wahai hari minggu yang di’nanti sejak lima hari yang lalu. Seperti biasa.

Kami sebenarnya ingin memuji usaha majalah GLAM yang berani tampilkan kelainan dalam usaha untuk terus relevan.

Projek transformasi epik Dato’ Siti Nurhaliza ini mendapat liputan agak meluas dari laman hiburan atas talian yang jarang jarang berlaku untuk sebuah majalah.

GLAM tampil dengan 4 rekaan muka hadapan eksklusif yang menampilkan Siti Nurhaliza dalam imej klasik ikon muzik Hollywood Madonna.

Secara peribadi, kami sukakan kesemua rekaan yang di’tampilkan GLAM kali ini kerana bukan mudah untuk kita semua nikmati hasil sebegini.

Anda pula bagaimana? Tatap empat muka hadapan istimewa GLAM edisi Januari 2012 bersama Siti Nurhaliza selepas ini dan tentukan yang mana satu pilihan kalbu. Ini aktiviti ringan hujung minggu anda. Teruskan Membaca

AF8: Siti Nurhaliza Bakal Pengetua & Reza Mohamad Ganti AC Mizal?

Entah benar entah sengaja cerita ini di’sebarkan untuk menaikkan hype Akademi Fantasia 8 kali ini.

Murai.com.my yang sememangnya berkadar langsung dengan badan induk penyiar Akademi Fantasia 8 melaporkan yang ada ura-ura Datuk Siti Nurhaliza bakal menduduki kerusi pengetua.

Orang yang menyampaikan maklumat ini di’katakan orang kuat belakang tabir Akademi Fantasia 8 sendiri.

“Desas-desus perlantikan Siti sebagai Pengetua timbul selepas Astro memberi peluang Siti untuk menjadi artis Malaysia pertama muncul dengan ‘saluran sendiri’.”

“Kemudian Astro juga menjadi penyiar rasmi untuk konsert Bagaikan Sakti yang diadakan di Singapura itu.”

“Jadi ini mungkin bunga-bunga awal ke arah kerjasama antara Siti dan AF8 dalam satu pakej yang kita tidak ketahui berapa kosnya,” kata sumber tersebut.

Satu lagi berita yang ‘mengejutkan’ adalah tentang Reza Mohamad (AF3) yang di’katakan sudah pasti mengambil tempat AC Mizal sebagai pengacara. Habis kelam kabut AF8 nanti!