TERBARU

Scha al-Yahya: Si Gadis Fantastik Dalam Remaja Isu Disember 2009

Satu lagi majalah menjadi bahan entri kami. Hari ini dunia hiburan semacam stagnant.

Scha al-Yahya yang kini sedang meniti zaman populariti di’pilih sebagai wajah cover Remaja edisi Disember 2009.

Scha nampak seksi & anggun dalam persalinan ungu moden.

Tidak seperti beberapa bulan lepad di’mana Scha al-Yahya menjadi cover sebuah majalah lain, tetapi tampil dengan fesyen rambut ala singa Afrika.

Mahu tahu apa yang Remaja cungkil tentang Scha al-Yahya kali ini? Dapatkan majalah Remaja terbaru yang kini sudah berada di’pasaran.

Kami rasa Scha al-Yahya bukan sahaja fantastik, malah bombastik tanpa menukar diri menjadi artis plastik.

Gambar Selebriti

“Saya hanya mangsa dalam situasi yang mengelirukan” – Scha al-Yahya

6 jam yang lepas, Scha al-Yahya menulis ayat ini dari laman Twitter beliau @schaalyahya — Saya hanya mangsa dalam situasi yang mengelirukan.

Aku tidak tahu maksud sebenar ayat tersebut tetapi aku yakin ianya ada kena mengena dengan angin ribut yang sering melanda hubungan beliau bersama Fahrin Ahmad.

RotiKaya cuba untuk bertanyakan secara lebih details tentang hal ini di’Twitter & seperti di’jangka, tiada sebarang respons.

Kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan percintaan epik Fahrin Ahmad & Scha al-Yahya.

Dan, oh ya, gambar di’sebelah adalah gambar Scha al-Yahya bersama Mulan Jameela di’Singapura semasa menghadiri konsert sempena perlumbaan F1 baru-baru ini.

Gossip News Selebriti

Perhatian: Awan Dania 2 Akan Mendarat Jam 9 Malam Ini di Astro Ria

Drama sensasi yang banyak memperkenalkan Scha al-Yahya ke dunia tanah air kini kembali ke kaca televisyen.

Bermula 9 malam ini (28 September 2009), Awan Dania akan memulakan siri musim kedua dengan gandingan pelakon yang sama dari musim sebelumnya.

Awan Dania musim kedua juga tidak ketinggalan menampilkan watak-watak baru untuk menambahkan rencah drama ini.

Melihat kepada promo dan teaser Awan Dania 2 ini, aku tidak nampak sebarang penglibatan AirAsia sama sekali. Adakah MAS (Fireflyz) menjadi syarikat penerbangan baru untuk drama ini?

Kita nantikan sahaja jalan cerita terbaru dari mereka. Jangan lupa, malam ini jam 9 malam hanya di Astro Ria. Tekan 104 di’remote atau decoder anda.

Layankan montage untuk Awan Dania musim kedua buat masa sekarang selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca →

News Video

Scha al-Yahya: Saya Tak Boleh Hidup Tanpa Makan Ayam

Sebagai hiburan santai hari minggu, apa kata kita bercerita tentang aktress selamba Malaysia, Scha al-Yahya. Baru sahaja sebut nama beliau dalam beberapa entri lepas.

Melihat tubuh langsing pelakon ini, tiada siapa sangka yang Scha al-Yahya perlu makan ayam setiap hari kerana itu menjadi telah menjadi rutin makanan beliau.

“Saya tak boleh hidup tanpa ayam. Walaupun saya makan makanan lain, terutama makanan Itali yang menjadi kegemaran saya, saya masih perlu makan ayam untuk melengkapkan hari saya. Saya gemarkan ayam dari Nando’s.”

Ha Nando’s selepas ini bolehlah lantik Scha al-Yahya sebagai duta makanan mereka. Molek sangat kalau Scha dapat makan ayam percuma setiap hari. Heh!

News Selebriti