TERBARU

(Gambar) Rozita Che Wan Ada Figura Versi Patung Lilin?

Entri ini 100% bertujuan untuk berjenaka. Jangan ambil serius.

Gambar di’sebelah merupakan gambar jelitawan kita, Rozita Che Wan untuk sesiapa yang tidak kenal.

Rozita Che Wan dalam gambar ini nampak begitu sempurna seolah-olah patung lilin yang di’ukir penuh teliti.

Persalinan yang di’kenakan Rozita Che Wan juga kelihatan epik & boleh membuatkan hidung ramai VIP berdarah laju.

Dan, untuk sesiapa yang belum tahu, Rozita Che Wan & Ayu Raudhah bakal terlibat dengan sebuah rancangan yang di’adaptasi dari sebuah realiti TV Hollywood — Keeping Up with the Kardashians.

Untuk versi adik beradik tempatan ini, rancangan ini akan di’panggil Keeping Up with the Che Wans. Obefiend ada maklumat lanjut.

Gambar Selebriti

(Gossip) Rozita Che Wan Bakal Kahwini VIP Mirip Datuk K?

Selepas Umie Aida yang menggemparkan Malaysia sedikit masa dahulu dengan pengumuman Datuk K versi sendiri, kini giliran Rozita Che Wan.

Zubir The King dalam tulisan terbarunya hari ini menyebut kebanyakan gossip yang timbul pada tahun 2009 boleh di’percayai kerana selalu di’akhiri dengan kebenaran.

Hari ini juga, Zubir The King menulis gossip pertama beliau pada tahun 2010 ini — berkaitan bakal suami Rozita Che Wan.

Pelakon wanita ‘rebutan’ ramai ini di’katakan bakal berkahwin dengan seorang VIP mirip wajah Datuk K milik Datuk Siti Nurhaliza.

Menurut Zubir The King wajahnya sahaja yang seperti Datuk K, potongan muka, bermisai, berkulit putih dan memiliki fesyen rambut yang sama dengan suami ikonik Malaysia itu.

Entah betul entah tidak berita yang di’sampaikan Zubir The King ini, namun tahun 2010 seperti tahun yang baik untuk Rozita Che Wan tamatkan zaman ‘solo’ beliau.

Gossip Selebriti

Gossip Dengan Suami Orang, Rozita Che Wan Hampir Diserang Isteri VIP

Lama sudah nampaknya Rozita Che Wan menjanda.

Orang cantik seperti beliau ini amat patutlah mencari suami untuk anak-anak & jaminan masa hadapan.

Apabila di’tanya media tentang keinginan beliau untuk berkahwin, Rozita Che Wan menyatakan keinginan itu tetap ada.

Namun beliau tidak mahukan sebuah hubungan yang penuh dengan gossip & melibatkan pihak ketiga.

“Cukuplah sebelum ni saya hampir-hampir nak kena pukul selepas dikaitkan dengan suami mereka. Saya dah serik. Tak nak diserang lagi.”

Rasanya masih ramai lagi ingat akan gossip hebat melanda Rozita Che Wan & Datuk K. Tetapi kami pasti, Siti Nurhaliza bukan penyerang orangnya.

Baguslah kalau beringat sebelum kena. Ada baiknya juga pilih orang-orang kalangan biasa yang baik budi pekerti & tetap kerjanya.

Golongan korporat & VIP ini selalunya sudah terbiasa dengan sifat mahukan sesuatu dengan taburkan wang ringgit.

News Selebriti

(Gambar) Adik Shazlan Dan Dada Rozita Che Wan

Shafimie Saedon, atau lebih dikenali sebagai Shazlan (wataknya di dalam Hikayat Putera Shazlan) akan berlakom bersama Eman Manan dan Rozita Che Wan dalam sebuah filem komedi terbaru, Aman.

Gambar di’atas dirakam semasa pelancaran filem berkenaan & efek sudut kamera menampakkan adik Shazlan menuding jarinya ke dada Rozita Che Wan.

Anggap saja ii semua gurauam media & artis. Lagi gambar selepas ini… Teruskan Membaca →

Gambar Selebriti

(Gambar) Kemunculan Rozita Che Wan Dalam Drama Gerak Khas

Rozita Che Wan

Bertuah badan pengarah jutawan kita kerana berjaya mendapatkan Rozita Che Wan untuk siri televisyen popular beliau, Gerak Khas.

Gambar di’bawah di’ambil oleh seorang peminat yang menonton kemunculan pertama Rozita Che Wan sebagai anggota polis dalam drama tersebut.

Aku rasa ini penampilan pertama Rozita Che Wan yang tidak menunjukkan watak wanita yang lemah lembut & bergaya.

Wajah Rozita Che Wan nampak lebih natural dengan make-up yang di’kenakan. Lagi gambar selepas ini… Teruskan Membaca →

News Selebriti