TERBARU

Selepas Enam Tahun, Siti Nurhaliza & Sharifah Aini Kembali Bersama

The title does not sound right at all. Don’t you think? Kembali bersama bunyi macam kekasih berpisah bersatu semula. Yeah, sort of.

Terima kasih kepada Huzz, editor majalah URTV yang menjayakan sessi fotografi epik ini yang menemukan dua selebriti yang pernah bertegang urat satu ketika dahulu.

Dalam sessi fotografi yang di’adakan baru-baru ini sempena menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, kedua-dua penyanyi lagenda Malaysia ini mengakui yang tiada dendam dalam hati masing-masing.

“Siti tak pernah berdendam atau simpan apa-apa perasaan selepas melalui semua ini dulu. Bila ia selesai, Siti pun anggap semuanya selesai dan memulakan semua yang baru,” kata Siti Nurhaliza.

“Kak Pah harap jangan ada pihak yang cuba melaga-lagakan dan mengeruhkan kejernihan yang ada ini. Kak Pah tak pernah simpan dendam dengan apa yang sudah berlaku,” kata Sharifah Aini pula.

Baguslah kalau begitu. Ada masa & kelapangan bolehlah adakan konsert mega bersama, siapa tahu. Lagi gambar selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca →

Gambar News Selebriti

Kuiz: Berapakah Harga Yang Bakal Siti Nurhaliza Bayar Untuk KCT 1?

Kredit Gambar: Jutaan Terima Kasih Tanpa Prejudis Buat Sahrudin Yusof.

Mungkin ketika ini ramai sudah tahu yang Siti Nurhaliza adalah salah seorang pembida untuk nombor plat kenderaan yang menjadi rebutan — KCT 1.

Walaupun pegawai JPJ memberitahu yang pemilik bertuah sudah di’ketahui tengah hari tadi, pemilik’nya pasti tidak akan dedahkan berapa jumlah wang yang di’laburkan.

Kami ada perasaan yang sangat kuat mengatakan Siti Nurhaliza bakal memiliki nombor plat ini oleh kerana pengaruh & ya, wang yang ibarat segunung emas.

Dan, Datuk K pasti’nya sedang memikirkan sebuah kereta baru khas untuk di’padankan bersama nombor plat tersebut. Jadi…

Berapakah Nilai Nombor Plat KCT 1 Buat Siti Nurhaliza?

View Results

Loading ... Loading ...
News Selebriti

Ouch! Kad Pengenalan Di Internet, Siti Nurhaliza Tidak Bayar Saman RM5000

Kami rasa sudah bertahun lama’nya imej kad pengenalan Siti Nurhaliza ini tersebar di’internet & ini termasuk maklumat daftar pengundi Siti Nurhaliza.

Seorang rakyat Malaysia yang bijak pandai telah menggunakan maklumat ini untuk mencari aib trafik penyanyi kesayangan ramai ini — hasilnya, 27 saman trafik.

Dengan menggunakan maklumat kad pengenalan yang ada, hamba Allah ini berjaya mendapatkan maklumat tentang saman trafik terhadap kereta-kereta milik Siti Nurhaliza yang berjumlah RM5,050.

Lebih menarik, individu tersebut di’katakan menyebarkan maklumat sulit ini di’internet dengan butir-butir terperinci.

Itulah nasib seorang selebriti terkenal seperti Siti Nurhaliza, segalanya mahu orang tahu. Jangan terkejut kalau stau hari nanti ada individu bocorkan laporan kesihatan Siti Nurhaliza.

News Selebriti

(Video) Bukan Hari Biasa, Bila Dato’ Siti Nurhaliza Main Gusti Lengan

Perkara ini terjadi berbulan lama dahulu namun baru hari ini kami ketemu video aksi comel Siti Nurhaliza kesayangan ramai ini.

Dalam video pendek selepas ini, Siti Nurhaliza di’lihat beradu tenaga dalam acara gusti lengan bersama peminat yang berlangsung di Putrajaya.

Turut hadir dalam dalam acara penuh keriangan ini adalah suami tercinta, Datuk K yang kelihatan memakai baju sedondon dengan Siti Nurhaliza.

Walaupun Siti Nurhaliza tidak berlawan dengan seteru yang professional dalam arena gusti lengan, namun kesungguhan Siti Nurhaliza untuk menang dapat di’lihat jelas.

Vidoe Siti Nurhaliza tanpa control ayu lawan gusti lengan bersama peminat selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca →

Selebriti Video

(Gossip) Dato’ Siti Nurhaliza Liat Bayar Hutang Pinjaman Bank?

Terkejut juga kami apabila membaca tulisan terbaru seorang penulis hiburan terkemuka Malaysia hari ini tentang selebriti yang liat membayar hutang.

Jika membaca clue yang di’berikan — selebriti wanita popular berdekad-dekad & suami’nya seorang ahli korporat berjaya, tulisan penulis hiburan tersebut seolah-olah di’tujukan buat Siti Nurhaliza & Datuk K.

Al-kisahnya, selebriti ini di’katakan meminjam sejumlah besar wang untuk menjayakan projek terbaru’nya. Bagaimanapun, khabarnya si selebriti liat nak bayar balik pinjaman, jadi orang bank sudah tercari-cari.

Dulu, masa nak buat pinjaman pandai berjanji itu, ini tapi apabila sudah dapat duit, batang hidung pun tak nampak. Kan malu apabila orang bank sudah mula buka mulut.

Penulis hiburan tersebut turut menulis yang selebriti ini memiliki berbagai-bagai kereta mewah & tinggal dalam sebuah rumah bak istana kayangan.

Siapa lagi pasangan artis Malaysia & ahli korporat tersohor mampu memiliki semua itu, kalau bukan…? Teruskan Membaca →

Gossip Selebriti