TERBARU

ABPBH: Berita Harian Bocor Maklumat Fasha Sandha Bakal Menang?

Calon yang barangkali berpeluang menggenggam trofi bagi Pelakon TV Wanita adalah Fasha Sandha yang tahun lalu bukan calon pilihan.

Impak populariti Tiz Zaqyah melalui drama bersiri Nur Kasih tidak menjadi dalam ABPBH2009.

Itu’lah dua baris ayat terbitan Berita Harian hari ini yang membayangkan Fasha Sandha bakal merangkul anugerah Pelakon TV Wanita Paling Popular.

Kalau pun penulis ini seorang yang bergelar kipas susah mati Fasha Sandha, jangan’lah bagi maklumat yang membunuh keterujaan orang ramai.

Kategori Pelakon TV Wanita Paling Popular ini seperti ramai sedia maklum merupakan kategori yang boleh di’ramal siapa pemenangnya — bukan Fasha Sandha.

Undian terbuka yang kami buat khas untuk pembaca RotiKaya juga tidak menunjukkan sebarang tanda Fasha Sandha bakal menang — kini di’dahului oleh Scha al-Yahya.

Kami juga ada perasaan was-was yang tulisan wartawan Berita Harian ini ada maksud tersembunyi untuk kepentingan syarikat.

Mana’lah tahu, tuan badan menulis ayat sebegitu untuk membakar peminat Tiz Zaqyah untuk membeli akhbar Berita Harian untuk mengundi.

News Selebriti

(Gossip) Fasha Sandha Kini Bercinta Dengan Saudagar Minyak, Tan Sri J

(Sumber Gambar Fasha Sandha: Terima Kasih Raez Zainal)

Baru semalam televisyen kami terpasang drama lakonan Fasha Sandha, hari ini terkeluar gossip baru.

Tan Sri J yang kami tulis bukanlah saudagar minyak ala filem klasik, namun beliau di’katakan pemegang saham terbesar dalam sebuah organisasi berkaitan minyak di’Malaysia.

Hubungan Fasha Sandha & Tan Sri J di’katakan sudah berlangsung agak lama dan tidak ramai sebenarnya dapat menghidu hubungan ini termasuklah media.

Namun baru-baru ini, Fasha Sandha di’lihat bersama Tan Sri J makan malam sempena menyambut tahun baru, Gua.com.my menulis.

Fasha Sandha turut membawa adik perempuan beliau namun selepas selesai makan malam, hanya Fasha Sandha seorang menemani Tan Sri J & mereka kelihatan sangat mesra bersama.

Tan Sri J & Fasha Sandha bukan setakat berpegangan tangan pada malam itu, malah Fasha Sandha dengan manjanya mengelap mulut lelaki terbaru dalam hidupnya itu selepas selesai makan.

Apa maknanya semua ini? Fasha Sandha akan tampil membuat kenyataan berunsur penafian sekali lagi di’media. Kita tunggu sahaja.

Gossip Selebriti

Fasha Sandha & Rizal Ashram: Sekali Lagi Dikatakan Berkahwin

Semalam (15 Julai), Harian Metro ada mendedahkan yang Fasha Sandha sudah mula secara terang-terangan menunjukkan hubungan beliau dengan Rizal Ashram.

Rizal Ashram yang juga bekas suami Nora Danish memang selama ini hebat di’kaitkan dengan Fasha Sandha tetapi kedua-dua mereka menafikan.

Berkali-kali juga media Malaysia secara online & offline mengeluarkan gossip bahawa kedua mereka ini sudah berkahwin namun sehingga hari ini tiada kesahihan.

Kali ini, sekali lagi ada sumber yang menyatakan pasangan ini baru sahaja berkahwin & berita ini masih baru. Sumber masih belum dapat memastikan kesahihan berita ini.

Well, aku tunggu sahaja perkembangan berita ini. Jika benar, bergegar sekali lagi dunia hiburan Malaysia.

Gossip Selebriti