TERBARU

(Gambar) Diana Danielle Sebagai Duta Jeans Levis, Rezeki Bertambah

(Sumber Gambar & Berita: mstar Online)

Sebelum apa-apa, rasanya belum terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca yang masih mahukan berita hiburan tanah air.

Kami sibuk makan lemang & daging masak kicap. Nyum. Hari ini ada sedikit cerita Diana Danielle.

Walaupun ada gossip yang menyebut ibu Diana Danielle menjengkelkan ramai pengarah, namun rezeki Diana Danielle nampaknya makin bertambah.

Kini Diana Danielle sedang sibuk menjadi duta untuk beberapa produk termasuk jenama antarabangsa, Levis.

Selepas umum sedia maklum yang Diana Danielle meninggalkan teater Natrah kerana bayaran, Diana Danielle tidak putus menerima tawaran untuk berlakon termasuk di’bawah produksi Raja SMS, Mawi.

News Selebriti

(Gossip) Pengarah Filem Bosan Sikap Ibu Diana Danielle?

Banyak kali sebenarnya kami dengar cerita sebegini.

Ramai sedia maklum yang karier Diana Danielle hari ini banyak di’uruskan oleh ibunya & boleh di’katakan ibu Diana Danielle bagai bayang-bayang untuk pelakon muda ini.

Seorang pengarah ada memberitahu yang beliau bosan dengan perangai ibu Diana Danielle yang mula tidak mempedulikan para pengarah yang membawa anak beliau ke tahap hari ini.

Pengarah muda tersebut mendakwa mereka sudah berkawan lama & atas dasar itu, beliau ingin tawarkan peranan penting untuk Diana Danielle dalam filem terbarunya.

Namun si ibu semacam endah tidak endah dengan tawaran yang di’berikan. Entah kerana duit, entah kerana status pengarah itu sendiri.

Sikap ibu Diana Danielle yang sering menjadi bualan para penggiat seni di’lihat lambat laun akan memakan kerjaya anak’nya sendiri.

Gossip Selebriti