Awal Ashaari Sudah Ada Kekasih Hati, Bakal Kahwin Tahun Hadapan

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Entahkan ya entahkan tidak gossip yang sampai ke pengetahuan peminat hiburan ini. Awal Ashaari mahu kahwin.

Hari ini dalam kenyataan tidak rasmi Awal Ashaari melalui Twitter, beliau mengeluh akan panggilan telefon wartawan yang tidak henti-henti bertanyakan kes Linda Onn & Fahrin Ahmad.

Awal Ashaari mendakwa beliau tidak kisah sedikit pun akan perkara tersebut & letih menjawab soalan yang sama dari wartawan.

Di’fikirkan, memang betul juga kata Awal Ashaari, beliau sebenarnya hanya watak sampingan dalam kancah percintaan epik tersebut. Apa yang beliau mahu kisahkan.

Berbalik kepada topik, seorang peminat hiburan memaklumkan yang Awal Ashaari di’khabarkan sudah memiliki seorang kekasih yang berjaya menambat hati jantan Awal Ashaari.

Maklumat ini di’katakan datang dari ahli keluarga Awal Ashaari sendiri & mereka di’katakan bakal berkahwin tahun hadapan.

Yang misteri, siapa gadis bertuah tersebut? Adakah si gadis itu adalah Scha al-Yahya yang kini sedang hangat di’perkatakan media.

Nah! Sekarang wartawan ada soalan baru untuk Awal Ashaari, betulkah beliau sudah berpunya & merancang perkahwinan tidak lama lagi?

Awal Ashaari, Sejak Bila Awak Miliki Kelulusan Sebagai Pakar Motivasi?

Seronok betul kami dengar celoteh Awal Ashaari di rancangan Fuhhh! hari ini. Ceria & tidak segan silu menghentam penulis blog.

Awal Ashaari yang sekarang ini sebenarnya ada masalah dengan persepsi manusia menggunakan televisyen untuk menangkis semua tulisan penulis blog hiburan tentang beliau.

Dengan menggelarkan para penulis blog ini sebagai tidak beretika & tidak mempunyai apa-apa kelulusan untuk menjadi wartawan.

Soalan daripada kami yang tidak beretika & tidak punya kelulusan ini, sejak bila awak ada kelulusan dalam bidang motivasi?

Awal Ashaari di’jemput untuk memberikan ceramah motivasi di Sekolah Kebangsaan Kg. Sungai Sampo, Jempol Negeri Sembilan November tahun lalu. Teruskan Membaca