TERBARU

Gambar: Terbaru Dari Johan Asari Dan Fasha Sandha, Cinta Elisa Mula Esok

Boleh kami katakan, hype untuk drama bersiri Cinta Elisa ini banyak di’bantu oleh gossip nakal hero & heroin’nya.

Disengajakan atau tidak, gossip cinta antara Fasha Sandha & Johan Asari  (Botak) banyak membantu.

Fasha Sandha & Johan Asari sejak beberapa hari lalu kelihatan saling mengirimkan gambar mereka bersama kepada peminat melalui Twitter.

Gambar di’sebelah contohnya di’hantar oleh Johan Asari sendiri beberapa minit lalu dengan captiondalam diam aku…‘. Cewah Johan Asari, pandai mengusik perasaan peminat.

Dalam perkembangan berkaitan, drama lakonan mereka berdua, Cinta Elisa akan ke’udara buat pertama kali di TV3 esok untuk slot Lestary. Jangan lupa menonton.

Lagi gambar Fasha Sandha dan Johan Asari bersama selepas ini. Enjoice & jangan cemburu! #LOL Teruskan Membaca →

Gambar Hiburan News Selebriti

Wan Ellyas Dunia Baru Kini Pramugara MAS, Berhenti Berlakon?

Hujung minggu memang perlu di’penuhkan dengan kisah mereka yang sebenarnya sudah jauh dari dunia selebriti.

Dalam kata lain, kisah artis suam suam kuku. Dan, lama kita tidak dengar cerita pelakon yang popular dengan drama siri Dunia Baru ini.

Wan Ellyas yang kali terakhir kami perasan muncul di’kaca televisyen dengan drama bersiri Merah Putih ini di’katakan sudah mempunyai pekerjaan tetap.

Menurut beberapa sumber dari Forum Cari, mereka beberapa kali terserempak dengan pelakon selamba ini di lapangan terbang.

Wan Ellyas di’katakan kini sudah tidak bersama rambut panjang kerinting yang menjadi trademark beliau, maklumlah kini bertugas sebagai pramugara Malaysia Airlines (MAS).

Baguslah untuk Wan Ellyas jika sekarang beliau sudah mempunyai pekerjaan tetap cuma satu persoalan yang ingin kami ajukan.

Sudah berhenti berlakon’kah wahai Wan Ellyas kerana kami sukakan gaya lakonan anda yang selamba & tidak kekok di’hadapan kamera.

UPDATE-1: Menurut sumber dalaman yang rapat, Wan Ellyas sudah sah bersara namun tidak di’war-warkan kepada pihak media. Penerbangan pertama jejaka ini bersama MAS adalah pada 7 Sept 2011 lalu, iaitu pada tarikh hari lahir beliau. Good luck Wan Ellyas!

Hiburan News Selebriti

Gossip: Fatin Nur Afifah, Pelakon Filem Tentang Bulan Cintakan Pengkid?

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Selepas Erin Malek menjadi mangsa buah mulut peminat hiburan, kini giliran seorang lagi pelakon Tentang Bulan.

Fatin Nur Afifah telah menjadi bahan bualan di Forum Cari sejak beberapa hari lalu kerana turut menindik lidah & lebih menarik, bercinta dengan pengkid.

Jika anda tidak ingat atau kenal siapa Fatin Nur Afifah ini, beliau merupakan antara 5 watak utama dalam filem Tentang Bulan.

Memegang watak bernama Shahila yang berperangai tomboy ketika zaman kanak kanak, tidak kami sangka terbawa sehingga ke dunia nyata walaupun berbeza posisi.

Fatin Nur Afifah di’katakan kini sedang hangat bercinta dengan seorang pengkid bernama Puteri Sarah. Hubungan mereka menurut blog Fatin Nur Afifah ini sudah berusia setahun. Tahniah!

Lagi gambar kemesraaan bintang popular zaman kanak kanak ini bersama kekasih beliau selepas ini. Enjoice & don’t judge! Teruskan Membaca →

Gambar Gossip Hiburan News Selebriti

Gambar Terbaru Siti Nurhaliza & Anak Angkat, Auddra Kini 2 Tahun

UPDATE-1: Nampaknya gambar ini bukanlah gambar terbaru. Our mistake but hey, still cute isn’t it?

Dua entri berkaitan Siti Nurhaliza dalam satu hari? Amazing race!

Selebriti ini masih ada impak dalam dunia hiburan, walaupun dengan entri ringan seperti ini.

Ingat lagi hampir 2 tahun lepas, Siti Nurhaliza menyuarakan hasrat untuk menjadi ibu angkat kepada Auddra.

Auddra merupakan anak perkongsian hidup Sharifah Shahira & Ijoy, lahir pada tahun 2009 dan hari ini genap usia’nya 2 tahun.

Siti Nurhaliza melalui laman Twitter rasmi beliau mengucapkan selamat hari lahir kepada anak perempuan bertuah ini dan mendoakan supaya Auddra menjadi seorang anak yang solehah & berjaya.

Nampak jelas wajah keibuan Siti Nurhaliza dalam gambar di’sebelah. Kami & peminat sentiasa mendoakan supaya Tuhan mempercepatkan niat Datuk Siti Nurhaliza untuk bergelar ibu. Amin.

Gambar Hiburan News Selebriti

Gambar: Nabil & Nazirah Rakam Video Pra Perkahwinan, Save The Date

Meriah sungguh perkahwinan artis zaman sekarang. Semuanya ada.

Sudah mencari trend agaknya untuk pasangan yang mahu kahwin ada sesuatu yang berkonsep pra perkahwinan.

Untuk Nabil (Raja Lawak) & pasanganya Nazirah Ayub, mereka merakamkan sebuah video bertemakan ‘Save the Date‘.

Tiga keping gambar di’bawah di’kongsi oleh videografer perkahwinan LH Media melalui Facebook mereka. Tiada maklumat terperinci yang di’berikan.

Nabil & Nazirah akan di’ijabkabulkan 30 September ini dan akan menjalankan majlis resepsi berkonsep Wonderland di i-City, Shah Alam pada 2 Oktober.

Kami masih belum di’jemput. Kecil hati. Heh. Lagi gambar Nabil & Nazirah jalankan pengambaran Save the Date selepas ini. EnjoiceTeruskan Membaca →

Gambar News Selebriti