Gossip: Harun Salim Bachik Bakal Lepas Jawatan Presiden Seniman Tidak Lama Lagi?

Sesekali mari kita layankan gossip orang orang yang banyak warnai belakang tabir industri hiburan Malaysia hari ini.

Bukan’nya selalu anda dapat baca gossip berat sebegini dan hari ini ada cerita yang berkaitan dengan kepimpinan Persatuan Seniman.

Sekitar akhir tahun 2009, Harun Salim Bachik telah terpilih melalui undian untuk memegang jawatan Presiden Seniman dan ketika itu mengalahkan Datuk Mustapha Maarof dengan hanya empat undi.

Tahun 2012 merupakan penggal kedua Harun Salim Bachik memegang jawatan Presiden Seniman tetapi ada suara suara yang mengatakan kepimpinan pelawak & pelakon ini seperti tidak berkesan.  Teruskan Membaca

Gambar: Ally Iskandar & Farah Lee Bernikah Hari Ini Di Masjid Kristal, Terengganu

Hari yang di’nanti kini sudah pun tiba. Pernikahan pasangan yang banyak di’perkatakan ini bakal berlangsung seketika nanti.

Ally Iskandar dan Farah Lee kini berada di Masjid Kristal, Kuala Terengganu untuk majlis akad nikah mereka.

Kami akan cuba update‘kan butir terkini pernikahan mereka yang sememangnya menjadi tumpuan pihak media & peminat hiburan tempatan hari ini.

UPDATE-1: Pernikahan Farah Lee & Ally Iskandar akan berlangsung sekitar jam 9.30 pagi & khabarnya satu siaran langsung akan ke’udara di kaca televisyen anda membawakan terus majlis penuh bermakna ini kepada anda.

UPDATE-2: Alhamdulillah. Ally Iskandar kini selamat bergelar suami kepada Farah Lee sekitar jam 10.00 pagi ini dengan dua kali lafaz. Tahniah buat pasangan ini dari kami di Rotikaya HQ. Teruskan Membaca

Gambar: Ally Iskandar Bakal Kahwini Farah Lee Hujung Januari 2012?

Seorang lagi selebriti yang suka berteka teki berkaitan gossip status hubungan beliau akan menamatkan zaman bujang pada tahun 2012 ini.

Jika semalam Fasha Sandha mengumumkan yang beliau akan kahwini Rizal Ashram (Jejai) pada tahun ini juga, hari ini ada khabar dari Ally Iskandar.

Sehingga ke hari ini, masih tiada jawapan rasmi dari mulut Ally Iskandar sendiri tentang status pertunangan beliau bersama gadis bernama Farah Lee.

Namun melalui forum Cari hari ini, peminat hiburan mula berspekulasi yang Ally Iskandar & Farah Lee bakal menamatkan zaman bujang masing masing sekitar Januari ini. Teruskan Membaca

Rozita Che Wan Akui Zain Saidin Jadi Teman Bercuti Ke Genting Highlands

Sebelum apa apa, bagaimana anda rasa prestasi editor kami yang muncul buat pertama kali di TV9 malam tadi? Awesome?

Bukan sekali dua kita mendengar akan kisah aktress sensasi, Rozita Che Wan dan kawan rapat beliau bernama Zain Saidin.

Wartawan mStar Online hari ini berjaya menghidu aktiviti Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang di’khabarkan pergi bercuti ke Genting Highlands, Pahang baru baru ini.

Dalam artikel terbitan hari ini, wartawan tersebut menulis yang beliau terima panggilan telefon dari petugas kawasan pelancongan itu yang nampak kelibat Rozita Che Wan & Zain Saidin. Teruskan Membaca

Gambar: Majlis Pertunangan Ana Dahlia & Anak Lelaki Chef Wan, Chef Riz

Walaupun di’landa beberapa kontroversi sepanjang percintaan Ana Dahlia & Chef Riz, mereka sudah pun selamat bertunang.

Majlis pertunangan mereka berlangsung di kediaman Ana Dahlia bertempat di Changkat Jering, Taiping, Perak.

Menurut maklumat awal, rombongan pihak lelaki yang turut di’sertai Chef Wan membawa lima dulang hantaran berserta sebentuk cincin sebagai tanda ikatan.

Majlis pernikahan mereka di’jadualkan akan berlangsung di Sungai Koyan, Raub, Pahang iaitu tempat Chef Wan membesar & atas permintaan ibu Chef Wan sendiri.

Gambar yang kami peroleh di’sini bukan kami ambil tetapi di’kongsikan oleh Serina Redzuan melalui Facebook yang turut menyertai rombongan keluarga Chef Wan ke’sana.

Kami akan bawakan maklumat secara terperinci sejurus kami terima untuk anda semua. Sementara itu, layankan gambar sekitar majlis pertunangan Ana Dahlia & Chef Riz selepas ini. EnjoiceTeruskan Membaca