Tomok Bakal Kahwini Gadis Bernama Ayu, Pramugari 5 Tahun Lebih Tua

Sebelum apa-apa, kami mahu ucapkan tahniah buat Tomok atas percubaan untuk membawa kelainan ketika membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu 25 hujung minggu lalu.

Selesai AJL 25, kini tiba masa untuk korek kisah peribadi penyanyi solo Malaysia yang semakin mendapat tempat di’hati peminat dunia hiburan.

Tomok melalui mStar Online hari ini mengaku yang kini beliau sedang berusaha untuk bergelar suami secara sah kepada seorang gadis bernama Ayu, 31.

Ayu menurut artikel tersebut di’fahamkan bertugas sebagai pramugari untuk sebuah syarikat penerbangan tempatan.

“Setakat ini semua dalam perancangan dan masih awal untuk menceritakan persiapan perkahwinan kami. Dia juga masih belum bersedia untuk diperkenalkan kepada peminat,” katanya.

(Gossip) Dasar Lelaki, Faizal Yusof Tayang Pengganti Siti Nordiana

Baru beberapa hari lepas media menulis tentang niat Siti Nordiana untuk memfailkan penceraian terhadap Faizal Yusof minggu hadapan.

Tup tup hari ini timbul satu gossip di’kalangan peminat hiburan yang Faizal Yusof ini sudah pun membawa calon pengganti baru sebagai isteri kepada ibu beliau.

Seorang tetangga yang kebetulan berjiran dengan rumah keluarga Faizal Yusof ini turut memberitahu, jika di’bandingkan Nana dengan gadis baru ini, jauh lebih manis & comel Siti Nordiana itu sendiri.

Entah. Jika betul cerita yang di’bawa oleh wartawan awam ini, maka Nana memang ada sebab yang sangat kukuh untuk minta cerai. Masa untuk berdikari & berkarya semula.

(Gambar) Sekitar Konsert Seribu Warna Siti Nurhaliza

(Sumber Berita & Gambar: mStar Online)

Malam tadi berlangsungnya konsert solo kedua Siti Nurhaliza tahun ini selepas kejayaan konsert ‘SATU’ beberapa bulan lalu.

Tahun ini sahaja, Siti Nurhaliza menjayakan 2 konsert solo & mengikut perancangan, ada dua lagi konsert yang bakal di’jayakan oleh legenda hidup Malaysia ini.

Satu konsert sempena 15 tahun Siti Nurhaliza menjadi anak seni & satu lagi konsert kerjasama bersama M.Nasir.

Konsert Seribu Warna malam tadi di’hadiri kira-kira 9,000 orang & Siti Nurhaliza mendendangkan 12 buah lagu termasuk sebuah lagu Anuar Zain & Faizal Tahir. Teruskan Membaca

Faizal Tahir: Isu Bercerai Tidak Timbul

Beberapa hari lalu ada media mengeluarkan gossip bahawa rumahtangga Faizal Tahir & isteri sedang dalam ambang perpecahan.

Gossip turut menyatakan yang Faizal Tahir & isteri masing-masing sedang mencari peguam untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Hari ini, Faizal Tahir muncul memberi kenyataan yang semua itu tidak benar sama sekali & beliau bahagia dengan keluarga sekarang.

“Bila saya dapat tahu cerita ini pada Ahad lalu daripada mak saya, terus saya tergelak sebab saya tak tahu dari mana cerita, sumber dan asal-usul cerita itu.”

“Isteri saya pun tergelak apabila orang lain menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) sedangkan saya seorang suami dan bapa yang prihatin dengan waktu yang harus luang untuk keluarga.”

Baguslah jika tiada apa-apa yang berlaku. Sebagai peminat kita harus doakan yang baik-baik sahaja. Kalau jadi apa-apa, jangan sorok ya Faizal Tahir.

Gossip Indie: Yuna Mangsa Terbaru Salah Faham Media Massa

yuna2_std

Mereka yang keluar dari kepompong underground dan menyertai mainstream hari ini pasti akan sekali di’landa gossip liar yang membabitkan media.

Hujan & Noh terutamanya di’tuduh sombong. Meet Uncle Hussein juga mengalami nasib yang sama – tidak serasi dengan media.

Terbaru, gadis indie Malaysia yang popular dengan lagu ‘Dan, sebenarnya’ di’tuduh menipu pihak media atas kegagalan menghadiri satu sessi fotografi.

Yuna dalam kenyataan terbaru menjelaskan apa yang terjadi hanyalah salah faham antara pihak beliau & media. Teruskan Membaca