Zee Avi Akan Buat Persembahan Di Anugerah Industri Muzik 17

Mengubati kekecewaan mereka yang tidak dapat hadir ke konsert Zee Avi baru-baru ini, Zee Avi di’sahkan akan kembali ke Malaysia (via @sultanmuzaffar)

Kembalinya Zee Avi bukan untuk membuat konsert kedua tetapi Zee Avi di’khabarkan akan membuat kemunculan istimewa di’atas pentas Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 17.

AIM 17 yang akan disiarkan secara langsung pada 2 Mei ini menerusi saluran NTV7 menerima pencalonan terbanyak dari penggiat muzik dalam sejarah — 925 pencalonan.

Ini sesuatu yang baik untuk industri muzik Malaysia yang nampaknya banyak di’gerakkan oleh mereka yang bermula secara underground.

Apa yang kami mahu lihat di’atas pentas AIM17 nanti adalah kolaborasi antara Yuna & Zee Avi membawakan salah satu lagu popular mereka berdua atau lebih baik, medley lagu popular mereka.

Zee Avi Dalam Senarai 10 Album Terbaik Pilihan Associated Press (AP)

Kami kurang pasti sama ada kita ada hak atau tidak untuk berbangga dengan berita ini.

Zee Avi sememangnya warganegara Malaysia namun sekali pun tidak pernah datang membuat persembahan live di’Malaysia — Singapura sampai pula.

Apapun, melihat ada anak Malaysia memecah carta yang selalu di’dominasi artis antarabangsa ini, ada membuahkan sedikit perasaan happy.

Associated Press (AP) menyebut mendengar suara Zee Avi bagaikan di’buai mimpi, di’tambah dengan lirik yang sinis & penuh jenaka dengan cara tersendiri.

Zee Avi yang menduduki tangga ke-9 kini sebaris dengan artis lain seperti Mariah Carey, Norah Jones, The Black Eye Peas & Jay-Z.

Tahniah untuk Zee Avi dan kami berharap konsert solo di Sunway Lagoon nanti akan jadi kenyataan. Teruskan bikin album yang awesome.

10 Selebriti Malaysia Paling Popular Menurut Google Zeitgeist 2009

Entah kenapa Google cepat benar keluarkan senarai keyword popular sepanjang 2009. Kita masih dalam permulaan Disember.

Tidak mengapa. Yang penting, senarai yang di’keluarkan Google untuk Malaysia nampak sedikit lari dari biasa.

Zee Avi, penyanyi kelahiran Malaysia yang kini berpengkalan di Amerika Syarikat menduduki tangga pertama selebriti atau penghibur Malaysia paling di’cari.

Pesaing sihat beliau, Yuna menduduki tangga kedua manakala tempat ketiga & keempat masing-masing di’duduki bintang Akademi Fantasia, Hafiz & Aril.

Bintang Nur Kasih, Tiz Zaqyah nampaknya benar-benar memberi impak kepada industri hiburan dengan menduduki tangga ke-5.

Heroin drama bersiri Blogger Boy Julie Woon ke-6, Stacy ke-7, Tomok ke-8, kumpulan alternatif sensasi Bunkface di tempat ke-9 & kemunculan mengejutkan di’tangga ke-10, Linda Onn.

Senarai penuh boleh di’lihat di Google Zeitgeist 2009 & jika ada yang mencari Fasha Sandha, beliau berada dalam senarai newsmaker.