Dengarkan Lagu Terbaru Yuna Khas Untuk Pasaran Amerika Syarikat, Live Your Life

Ini memang sesuatu yang kami di Rotikaya HQ nantikan. Lagu baru Yuna yang di’pasarkan khas di Amerika Syarikat sana.

Beberapa hari lalu, sebuah laman web tidak rasmi The Neptunes — kumpulan yang di’anggotai oleh Pharrell Williams — mengirimkan buah tangan terbaru mereka.

Lagu berjudul Live Your Life yang di’rakamkan di studio ini antara lima buah lagu yang terkandung dalam projek kolaborasi Pharrell Williams & Yuna.

Anda boleh dengarkan lagu baru Yuna selepas ini dan untuk kami, walaupun konsep keseluruhan lagu ini sesuatu yang baru untuk Yuna, kami percaya lagu dengan susunan sebegini memang menjadi citarasa di Amerika Syarikat — lebih lebih lagi dengan penglibatan Pharrell Williams.

Tulis panjang pun tiada berguna kerana berbakul lagi limau mandarin yang ada perlu kami habiskan. Dengar & tinggalkan komen anda.  Teruskan Membaca

TS: Noh Hujan Pakai Jaket Hello Kitty, Yuna Dan Sharifah Amani

Edisi pertama semalam nampaknya membuahkan hasil apabila tersenarai sebagai entri kedua paling popular dalam masa 24 jam lepas.

Kami terima itu sebagai approval dari anda semua untuk teruskan dengan edisi kedua. Seperti biasa kongsikan dengan rakan apa yang anda suka melalui Facebook atau Twitter.

Terima kasih kepada rakan kerjasama kami yang banyak membekalkan gambar selebriti dari Twitter mereka, SelebriTweets.

Edisi hari ini menampilkan Noh Hujan dalam persalinan jaket Hello Kitty, Yuna sebagai muka baru Olay Total Effects, Sharifah Amani ke konsert Yuna dan beberapa gambar lain. Enjoice! Teruskan Membaca

Yuna Kini Berkolaborasi Dengan Guy Sebastian & Lagenda Dr Dre?

Beberapa hari lalu, Guy Sebastian ada menulis melalui laman Twitter rasmi beliau yang mana beliau kini sedang bekerjasama dengan Yuna.

Okay. Guy Sebastian, masih belum kukuh namanya dalam hati kecil kami walaupun beliau mempunyai sejarah yang agak kuat dengan Malaysia.

30 minit lepas, Guy Sebastian kongsikan gambar di’atas melalui Facebook di’mana beliau bergambar bersama Yuna & lagenda hip hop Dr Dre. Say what?

Jika kerjasama antara Yuna & Dr Dre benar benar berlaku, kolaborasi Mizz Nina & Flo Rida akan nampak kecil sebagai perbandingan.

Tidak salah berharap bukan? Guy Sebastian juga banyak merakamkan gambar dengan pemuzik hebat lain seperti Lionel Richie & Beyonce.

Dan jangan lupa dapatkan tiket anda ke konsert Yuna bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) September ini. Support local, kami tidak di’bayar untuk menulis entri ini.

10 Selebriti Malaysia Paling Popular Menurut Google Zeitgeist 2009

Entah kenapa Google cepat benar keluarkan senarai keyword popular sepanjang 2009. Kita masih dalam permulaan Disember.

Tidak mengapa. Yang penting, senarai yang di’keluarkan Google untuk Malaysia nampak sedikit lari dari biasa.

Zee Avi, penyanyi kelahiran Malaysia yang kini berpengkalan di Amerika Syarikat menduduki tangga pertama selebriti atau penghibur Malaysia paling di’cari.

Pesaing sihat beliau, Yuna menduduki tangga kedua manakala tempat ketiga & keempat masing-masing di’duduki bintang Akademi Fantasia, Hafiz & Aril.

Bintang Nur Kasih, Tiz Zaqyah nampaknya benar-benar memberi impak kepada industri hiburan dengan menduduki tangga ke-5.

Heroin drama bersiri Blogger Boy Julie Woon ke-6, Stacy ke-7, Tomok ke-8, kumpulan alternatif sensasi Bunkface di tempat ke-9 & kemunculan mengejutkan di’tangga ke-10, Linda Onn.

Senarai penuh boleh di’lihat di Google Zeitgeist 2009 & jika ada yang mencari Fasha Sandha, beliau berada dalam senarai newsmaker.

12