(Gambar) Maya Karin & Remy Ishak Sebagai Cover dan Kisah Utama Media Hiburan 20 November

Apa punya perangai penulis semakin hari semakin suka tulis tajuk panjang lebar.

Asyik dengar gossip mereka berdua sahaja, Media Hiburan (MH) bulan ini secara eksklusif membawakan pasangan ini ke muka hadapan.

Dalam artikel yang menjadi bahan utama MH keluaran 20 November 2010 ini, Maya Karin ada bercerita tentang gossip beliau dengan Remy Ishak & Yusry KRU.

Seperti biasa jawapan’nya, Maya Karin mengakui yang beliau & Yusry KRU sudah lama berkawan dan tidak ada yang pelik jika mereka keluar bersama.

Petikan gambar Maya Karin & Remy Ishak dalam Media Hiburan keluaran 20 November selepas ini. Jika mahu cerita lanjut, jangan lupa beli di’kedai terdekat. Hanya RM3.50.

(Other blogs are so going to repost this shit & we’re no where near to be mention. Oh why. These are not ours anyway. Take it.) Teruskan Membaca

Maya Karin & Suami Tanam Sayur Sendiri, Masih Bencikan Matematik

(Sumber Gambar & Berita: Terima Kasih KOSMO! Online)

Keluar topik sedikit, hari ini Zubir The King tidak menulis apa-apa yang signifikan buat peminat hiburan Malaysia.

Cuma, ada tulis nota pendek mendakwa ada artis ‘kekwat’ tidak bertempat dengan wartawan. Tipikal Zubir.

Berbalik kepada Maya Karin yang semakin hari semakin awesome, dalam KOSMO! hari ini beliau memberitahu yang suaminya seorang yang kuat bertani.

Maya Karin & suami di’katakan menanam sendiri sayur di’apartment mereka seperti timun, tomato, kacang panjang & macam-macam lagi.

Baru-baru ini kata Maya Karin, beliau dapat menikmati rempah basil hasil tanaman suami tercinta. Untung Maya Karin dapat suami yang rajin sebegitu.

Beliau & suami yang akan berpindah ke Sungai Penchala tidak lama lagi mendakwa aktiviti bercucuk tanam ini akan di’teruskan dengan lebih serius.

Walaupun berkahwin dengan seorang guru Matematik, Maya Karin masih tidak sukakan subjek tersebut & suaminya pun jarang bercakap tentang hal sekolah di’rumah.

Jika kami mampu bagi anugerah pasangan suami & isteri paling awesome dari kalangan artis, Maya Karin & suaminya akan menang tanpa soal.

Maya Karin Teringin Berlakon Drama Sehebat Nur Kasih

Kami ingat kisah Maya Karin menjadi pengacara baru Nona sudah basi, rupanya hype tentang ini masih berkeliaran.

Seawal Oktober rasanya TV3 sudah memberikan ura-ura yang Maya Karin bakal mengacarakan rancangan wanita popular mereka, Nona.

Tidak mengapa. Yang menarik minat kami hari ini adalah keinginan terbaru Maya Karin.

Bukan mengidam yang bukan-bukan kerana mengandung kerana awal-awal lagi Maya Karin sudah umumkan yang beliau mahu tangguh semua itu demi kerjaya.

Maya Karin yang di’temui media baru-baru ini berharap ada pihak boleh memberikan skrip sehebat Nur Kasih untuk beliau.

“Sebenarnya saya sudah mula gemarkan drama, terutama drama bersiri. Saya juga teringin berlakon drama kalau ditawarkan skrip sehebat Nur Kasih.”

Maya Karin pernah muncul dalam dua buah drama — Anak Pontianak & Waris yang mana kedua-duanya mengambil inspirasi filem lakonan beliau.