Maya Karin: Kalau Tidak Kerana Kerja, Saya Akan Bercuti Dua Tahun

Pertama sekali, selamat hari Malaysia kepada semua. Di kesempatan ini, kami mengambil peluang untuk bangun jam 12 tengah hari. Like a boss!

Maya Karin telah pulang dari percutian panjang beliau ke Australia selama dua minggu.

Dek kerana mood bercuti yang masih ada menurut Maya Karin, ada beberapa skrip drama & filem yang belum di’usik sehingga hari ini.

Maya Karin bercakap kepada Berita Harian baru baru ini bahawa jika tidak kerana kerja beliau di Malaysia, mungkin sudah lama Maya Karin ambil keputusan untuk bercuti buat setahun dua.

Bercakap mengenai projek terbaru, Maya Karin akan muncul dengan album solo tidak lama lagi. Lapan buah lagu telah beliau rakamkan sehingga hari ini dan menunggu kemasan terakhir.

Maya Karin dalam temubual yang sama mengingatkan pelakon muda supaya merancang masa hadapan dengan membuat keputusan bijak dalam pelaburan hartanah.

Maya Karin sendiri memberitahu yang beliau kini memiliki beberapa lot kedai, pangsapuri, banglo & terbaru sebidang tanah di Terengganu. Maya Karin yakin dengan pelaburan hartanah kerana nilainya yang tidak pernah susut.

Maya Karin Bakal Sambut Aidilfitri Di Australia Seorang Diri

Nampaknya Maya Karin sudah terkena gigitan travel bug (istilah biasa di’kalangan backpackers).

Selepas puas menjelajah Amerika Selatan beberapa bulan lalu, kini Maya Karin akan kembali ke jalanan.

Destinasi’nya kali ini adalah Australia dan lebih menarik beliau akan terbang ke sana ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Berkata kepada GUA hari ini, beliau sudah 12 tahun menyambut Aidilfitri di Malaysia dan tahun ini beliau mahu lakukan kelainan dengan menyambut Aidilfitri di tanah air orang.

Maya Karin akan bertolak dari Malaysia seorang diri beberapa hari sebelum 1 Syawal namun beliau mempunyai kenalan & sepupu untuk menemani beliau di’sana.

“Saya mungkin akan berada di sana selama dua hingga tiga minggu, tak pasti lagi. Di Australia nanti, saya akan pergi ke Sydney dan Gold Coast.”

“Saya juga akan pergi ke sebuah perkampungan kecil di tepi laut, Byron Bay di mana saya dapat melihat ikan lumba-lumba dan pemandangan menarik di sana.” ujar Maya Karin. Gambar oleh Budiey.com

Gambar: Maya Karin Di Majlis L’OREAL Selepas Hilang Di Amerika Selatan

Okay. Bukanlah hilang. Cuma Maya Karin mengembara jauh ke Amerika Selatan mencari diri sendiri.

Kami sebenarnya masih cemburu dengan kemampuan Maya Karin untuk sampai ke Amerika Selatan kerana sana adalah destinasi backpacking impian kami.

Melihatkan gambar gambar Maya Karin ketika di sana, teringin untuk kami ajak wanita kental ini ber’backpacking bersama. HAHA!

Rakan media kami, Budiey baru baru ini hadir ke majlis pelancaran produk terbaru L’OREAL yang mana Maya Karin menjadi duta produk bersama Vanidah Imran.

Maka, kami sajikan gambar-gambar terbaru Maya Karin yang kini kembali aktif dalam dunia hiburan. Jika anda teliti, Maya Karin nampak sedikit berisi. Hati gembira mungkin. Enjoice! Teruskan Membaca

Gambar: Maya Karin & Adiknya, Irina Melati Berkongsi Rahsia Kecantikan

Sooo what’s up? Rindu kami? Heh.

Setelah beberapa kami suci dari gossip liar artis, kami kini kembali.

Pagi ini kita mulakan dengan sesuatu yang lebih santai — Maya Karin & adiknya.

Dalam Harian Metro keluaran hari ini, Maya Karin tampil bersama adik’nya, Irina Melati untuk berkongsi rahsia kecantikan mereka berdua.

Kami tidak tahu sama ada anda pun sama, ini merupakan kali pertama untuk kami Maya Karin & adiknya di’gandingkan bersama.

Sedikit info berkenaan Irina Melati, beliau kini bertugas sebagai seorang peguam di kota London & pernah muncul dalam beberapa video muzik di’sana.

Terbaru, Irina Melati di’sambar pihak L’Oreal Malaysia untuk menjadi duta untuk salah satu produk keluaran mereka. Maya Karin juga salah seorang duta L’Oreal.

Irina Melati kini berusia 27 tahun & kini sudah kembali ke London untuk meneruskan kerjaya guaman beliau. Lagi gambar selepas ini. Teruskan Membaca

Maya Karin Kembali Ke Dunia Muzik, Album Baru Muncul Tahun Depan

Setakat ini, Maya Karin hampir menamatkan sessi rakaman album ketiga’nya.

Album terbaru Maya Karin ini di’katakan bakal muncul awal tahun hadapan.

Menurut Maya Karin, album terbaru beliau ini akan kuat dengan elemen pop seperti sebelum ini.

Namun untuk sedikit kelainan, akan terdapat alunan instrument alternatif seperti bagpipe dalam lagu-lagu beliau.

Album yang belum berjudul ini bakal menampilkan ramai penulis lagu professional termasuk Audi Mok.

Tidak seperti album kedua beliau Bukan Qalamaya (2004) yang mempertaruhkan banyak lagu tulisan Maya Karin tidak mendapat sambutan.

Maya Karin mula menceburi bidang muzik pada tahun 2001 dengan album Erti Cinta yang membolehkan beliau merangkul anugerah Artis Baru Terbaik di AIM.

12