TERBARU

(Gambar) Remy Ishak Libas Ummi Nazeera, Bukan Kali Pertama Pukul

UPDATE: Reaksi Remy Ishak melalui mStar Online hari ini.

Macam orang kampung kami kata, things are getting uglier.

Hari ini, pembantu rumah Ummi Nazeera muncul membuat pengakuan yang hampir 100% lain dari versi Remy Ishak.

Menurut pembantu rumah ini, apa yang di’lihat hanyalah adegan Remy Ishak melibas Ummi Nazeera dengan tangan kosong.

Tindakan Remy Ishak itu menyebabkan Ummi Nazeera jatuh ke’tanah & mengalami kecederaan di’muka.

“Dua kali Remy pesan supaya tidak melaporkan perkara itu kepada sesiapa sebelum menyuruh saya bantu mengangkat cik muda yang jatuh terlentang dan mengambil bedak asas di rumah untuk menutup luka”

Ibu Ummi Nazeera, Datuk Maziah Musa ada menghantar surat amaran kepada Remy Ishak dengan menyatakan mereka sekeluarga tidak menghalang persahabatan mereka.

Namun apa yang di’kesalkan adalah tindakan Remy Ishak memukul anak kesayangan mereka & mendakwa ini bukan kali pertama kejadian seumpama ini berlaku.

(Sumber Berita & Gambar: Harian Metro Online)

Gambar News

Ummi Tendang & Tumbuk Saya Lepas Ambil ‘Benda’ – Remy Ishak

Nampaknya cerita isu pukul Remy Ishak semakin menarik. Hari ini Remy Ishak mendedahkan apa sebenarnya terjadi antara beliau & Ummi Nazeera.

Biar kami ceritakan dalam bentuk kronologi & point. Senang untuk semua digest & faham, kan? Teruskan Membaca →

News Selebriti

(Gossip) Remy Ishak Dibelasah Kerana Kasari Ummi Nazeera?

Dan, kisah sebenar akan bermula. Internet dan media memang pantas.

Beberapa hari lepas, kami ada terbaca pengakuan Remy Ishak yang menafikan hubungan beliau dengan Jue Aziz & menyatakan yang beliau masih bercinta dengan Ummi Nazeera.

KOSMO! hari ini melaporkan yang Ummi Nazeera menafikan beliau bercinta dengan Remy Ishak — namun tidak menafikan yang mereka berkawan rapat.

Ummi Nazeera tidak menafikan (atau mengiyakan) gossip yang mengaitkan beliau sebagai punca Remy Ishak di’belasah 7 lelaki baru-baru ini.

Gossip ada menyatakan yang kejadian itu berlaku kerana Remy Ishak terlebih dahulu mengasari Ummi Nazeera yang merupakan anak seorang ahli perniagaan.

Boleh tahan ganas lelaki bernama Remy Ishak ini jika benar beliau sanggup kasari Ummi Nazeera yang bukan siapa-siapa dalam hidup beliau.

Ummi Nazeera juga di’laporkan akan menyambung pelajaran di’luar negara tidak lama lagi & akan meninggalkan dunia lakonan buat sementara waktu.

News