Video Audition: Ummi Nazeera Di Awal Kemunculan, Untuk Filem Hanyut

Video audition ini bertarikh 13 Oktober 2009 dan kami pasti rakaman video Ummi Nazeera ini di’rakamkan lebih lama dari itu. Tetapi, itu tidak penting.

Yang penting, video yang penuh dengan suara Ummi Nazeera ini bisa membuatkan Mr Obefiend tidak senang duduk, terima kasih juga untuk beliau atas discovery video ini.

Bagi kami yang bukan siapa siapa dalam bidang perfileman & penapisan bakat lakonan, usaha yang di’tunjukkan oleh Ummi Nazeera dalam video audition ini tidak cukup meyakinkan.

Namun, ini cuma audition bukan? Kami pasti Ummi Nazeera kini lebih mahir & arif tentang dunia lakonan sejak kemunculan awal beliau.

Demi Masa Hadapan, Ummi Nazeera Sambung Belajar Di Melbourne

Nampaknya kisah gaduh manja antara Ummi Nazeera & Remi Ishak senyap begitu sahaja tanpa Ummi Nazeera sendiri membuka mulut.

Berita terbaru tentang Ummi Nazeera ialah beliau akan menyambung pelajaran tidak lama lagi di sebuah universiti di Melbourne, Australia.

Ummi Nazeera akan mengambil jurusan perniagaan walaupun sebelum ini beliau ada menyatakan hasrat untuk menuntut dalam bidang seni lakonan.

Ummi Nazeera di’katakan akan berangkat meninggalkan Malaysia buat sementara waktu sekitar Februari ini. Bagus keputusan Ummi Nazeera ini.

Boleh selepas habis belajar nanti, Ummi Nazeera bantu & warisi perniagaan keluarga yang sekarang di’jalankan oleh ibu beliau.

Dalam kisah berlainan, kami jumpa koleksi gambar parti hari lahir Ummi Nazeera yang ke 16 & parti tersebut memang di’luar jangkaan. Dahsyat!

Ummi Nazeera Masih Enggan Buka Mulut: Minta Lupakan Apa Terjadi

Semua pihak terutamanya media & peminat masih ternanti-nanti kenyataan dari Ummi Nazeera.

Isu percakaran dengan Remy Ishak masih belum selesai & menuntut Ummi Nazeera menceritakan apa yang terjadi.

Namun kenyataan terbaru dari Ummi Nazeera secara tidak rasmi nampaknya si gadis masih menyimpan rahsia.

Ummi Nazeera secara sinis meminta semua pihak supaya tidak mengungkit lagi apa yang telah berlaku antara beliau & Remy Ishak.

Beliau juga ada menyatakan yang benar atau salah itu biar Tuhan yang tentukan kerana setiap yang terjadi pasti bersebab.

“Peristiwa yang lama jangan dikenang. Sabar itu separuh dari iman. Betul dan salah Allah yang tentukan. Tak perlu kita menuding jari.”

“Yang salah pasti ada sebabnya.Yang betul, syukur alhamdulillah. Hentilah bertanya benda yang lepas. Wasalam”

Siapa pun yang berada di’pihak benar sekarang tidak penting, peminat mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi pada masa & kejadian itu berlaku.

Jika Ummi Nazeera terus-terusan senyap & membiarkan pihak ketiga bersuara, mungkin sedikit tidak adil buat Remy Ishak.

Kandungan Surat Terbuka Ibu Ummi Nazeera Buat Remy Ishak

Kami sekeluarga berdiam diri selama ini agar siasatan dapat dijalankan pihak berkuasa, sekali gus ingin memberi ruang untuk kamu mengaku perbuatan yang kamu lakukan.

Sebaliknya kamu masih lagi berterusan memberi kenyataan yang tidak benar hampir setiap hari menerusi media massa.

Masyarakat membaca dan mungkin percaya dengan apa yang kamu katakan, tapi Allah melihat apa yang sebenarnya kamu lakukan. Teruskan Membaca

12