Megan Fox Diundi Sebagai Pelakon Wanita Paling Teruk & Seksi 2009

Peminat telah bersuara. Walaupun kami sayang Megan Fox, tapi bakat lakonan beliau tidak dapat kami sanjung.

MovieFone.com baru-baru ini mengeluarkan satu senarai lengkap hasil undian para peminat filem terhadap pelbagai cabang penting dalam dunia perfileman.

Megan Fox yang banyak menghiasi media sepanjang tahun 2009 di’undi sebagai pelakon wanita paling teruk & juga pelakon wanita paling seksi.

Untuk menambahkan perisa, Transformers: Revenge of the Fallen arahan Michael Bay telah di’undi sebagai filem paling teruk & mengecewakan untuk tahun 2009 — namun berjaya menjadi filem aksi terbaik.

Dalam undian yang sama New Moon berjaya menjadi filem terbaik pilihan peminat mengalahkan blockbuster lain seperti Avatar, Inglourious Basterds & Up.

Fakta: Megan Fox Pernah Bekerja Sebagai Maskot Pisang

Megan Fox

Melihat kepada kejayaan & perwatakan Megan Fox kini, tiada siapa sangka yang Megan Fox pernah bekerja sebagai maskot pisang.

Megan Fox berkata itulah satu-satunya kerja yang beliau ada sebelum bergelar anak seni.

Bekerja di sebuah kedai minuman, Megan Fox di’beri pilihan untuk memakai kostum pisang atau epal.

Namun, Megan Fox memilih pisang kerana kostum’nya lebih nipis & selesa. Kami sedang bayangkan bagaimana seksi’nya kostum pisang itu di’badan Megan Fox. Owh!

Megan Fox sekali lagi menegaskan dalam temubual bersama US Magazine yang beliau adalah seorang anak yang baik ketika remaja & lebih suka duduk di’rumah.

Sedikit tentang cerita cinta, Megan Fox kini kembali bersama Brian Austin Green.

(Terkini) Megan Fox Keluar Makan Malam Bersama Zac Efron. Ha!

Ramai sudah sedia maklum yang Zac Efron sekarang berpacaran bersama Vanessa Hudgens, pasangan beliau dalam filem High School Musical.

Dan, beberapa hari sebelum tayangan perdana Transfomer ROTF, Megan Fox ada menyatakan kepada media yang beliau ada menaruh minat terhadap jejaka berwajah jambu ini.

Sumber dari Hollywood memberitahu yang Megan Fox baru sahaja menghabiskan masa makan malam beliau bersama Zac Efron & mereka berdua kelihatan sangat mesra sehingga menimbulkan spekulasi yang mereka mungkin bermalam bersama.

Megan Fox sekarang cuba menyatakan yang beliau single namun banyak mata yang nampak beliau rapat dengan Shia LaBeouf & masih keluar bersama bekas tunang’nya Brian Austin Green.

Mungkinkah kita akan melihat adegan tarik rambut antara Megan Fox & Vanessa Hudgens tidak lama lagi? Kita tunggu.