Fasha Sandha & Rizal Ashram Kembali Mesra, Kini Sedang Bercinta?

Mungkin ini berita baik, mungkin juga ini berita kurang baik.

Masih ingat gambar Johan Asari memeluk Fasha Sandha yang kami siarkan semalam? Itu terjadi di rumah terbuka di salun Chinta milik Fasha Sandha.

Menurut laporan Murai, Rizal Ashram (Jejai) turut berada di’situ atas undangan Fasha Sandha sendiri. Persoalan merepeknya ialah, kenapa Jejai berada di’situ?

Ketika bulan Ramadhan lalu, ada juga beberapa laporan media mengatakan mereka terserempak dengan Fasha Sandha & Jejai berbuka puasa bersama.

Dan kali ini Fasha Sandha menjemput jejaka ‘dompet lebat’ ini ke majlis rumah terbuka beliau. Adalah mereka kini kembali bersama?

Ketika di’ajukan soalan itu oleh wartawan, Fasha Sandha nyata tersipu malu untuk menjawab namun mengatakan yang Jejai hadir hanya sebagai teman, tidak lebih dari itu.

Tidak salah rasanya jika mereka berdua benar benar kembali bersama, maklumlah masing masing masih single. Lainlah kalau Fasha Sandha sudah membalas cinta Johan Asari. Eh.

Gambar: Fasha Sandha Tepis Dakwaan Reka Laporan Polis, Tampil Bukti

Nampaknya masih belum reda drama sensasi minggu ini yang melibatkan aktress panas, Fasha Sandha. Namun kali ini melibatkan beberapa orang blogger & wartawan.

Tiga buah blog menulis tentang laporan polis Fasha Sandha yang di’dakwa sebagai tidak wujud dalam simpanan pihak polis.

Rakan media kami OHBULAN!, Hazrey & Mazidul Akmal menulis tentang persoalan laporan polis yang di’dakwa di’lakukan Fasha Sandha terhadap seorang wanita yang di’dakwa mengugut untuk mencederakan beliau.

Ramai termasuk kami pasti wanita yang di’maksudkan adalah Nora Danish dek kerana drama yang sedang berlangsung sepanjang minggu ini.

Namun, laporan polis yang di’kemukakan oleh Fasha Sandha seperti gambar di’atas bertarikh 14 Februari 2008, jam 6.15 pm ini turut menimbulkan tanda tanya.

Selain kandungan laporan polis yang tidak di’dedahkan (kami pasti atas alasan kandungan sulit), pihak polis nampaknya mengambil masa agak lama untuk selesaikan kes ini.

Jadi, jika benar ini laporan polis yang Fasha Sandha maksudkan beberapa hari lepas, apakah status siasatan sekarang?

Hmmm. Nora Danish Dedah Hubungan Fasha Sandha & Jejai Putus Kerana Tiada Restu Keluarga

Kami tahu entri ini dan kenyataan media terbaru Nora Danish ini bakal menghangatkan lagi drama minggu ini.

Bertindak sebagai batu api tidak bertauliah, kami suka untuk memetik kenyataan terbaru Nora Danish melalui ManggaOnline hari ini.

“Dari awal lagi hubungan mereka memang tidak direstui oleh keluarga mertua, jadi jika hari ini mereka putus kerana tiada restu, itu bukan kerana mulut saya yang menghasut.”

“Apa pun yang berlaku, adalah daripada mereka sendiri tanpa meminta sebarang pandangan daripada saya,” kata Nora Danish kepada media.

Ini adalah kenyataan terbaru yang perlu Fasha Sandha jawab selepas tarikh sebenar perpisahan mereka terdedah hari ini melalui screenshot Blackberry.

Anda boleh baca semua pendedahan Fasha Sandha melalui entri paling popular hari ini & nilaikan sendiri apa motif sebenar selebriti sensasi ini.

Kami tahu ini agak mengarut tetapi sebagai satu cubaan untuk menambah perisa dalam drama realiti antara Fasha Sandha & Nora Danish ini, pick your team now.

Siapakah Pilihan Anda Untuk Merangkul Gelaran Artis Baru Wanita Popular Untuk #ABPBH25?

View Results

Loading ... Loading ...

Gambar: Fasha Sandha Tunjuk Bukti Masih Berhubung Dengan Jejai

Nampaknya Fasha Sandha menunaikan janji beliau untuk mendedahkan bukti tentang hubungan beliau dengan Rizal Ashram (Jejai) & membalas dakwaan Nora Danish.

Dalam screenshot Blackberry milik Fasha Sandha ini, membuktikan yang mereka berdua masih berhubung sehingga pertengahan Januari lalu dan seolah olah menafikan hubungan mereka berakhir sejak Oktober 2010.

Di’bawah ini menunjukkan durasi perbualan antara Fasha Sandha & Jejai yang berlangsung hampir satu jam dan Fasha Sandha menafikan yang perbualan itu hanya bertanya khabar.

Adakah bukti perhubungan mereka ini membawa apa apa erti dalam konteks yang mereka hari ini sebenarnya sudah tiada apa apa? Anda nilaikan sendiri.

Dan, berikut adalah jawapan terbaru dari Fasha Sandha apabila kami minta beliau dedahkan SMS ugutan yang kami andaikan datang dari Nora Danish.

Beliau ada menyebut isi kandungan SMS tersebut mengandungi ugutan untuk mencederakan Fasha Sandha dan kini sedang dalam siasatan pihak polis.

HOLY SHIT!

Gambar: Percutian Nora Danish & Jejai Ke Jepun, Fasha Sandha Single Sejak Oktober 2010. Hmm.

Fakta menarik untuk anda hari ini, Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) putus cinta sejak Oktober 2010.

Itu yang di’dedahkan oleh Nora Danish dalam laporan Harian Metro hari ini. Nampaknya Nora Danish tidak menunggu lama untuk memberi kenyataan balas.

Nora Danish juga mengakui jika masih ada jodoh antara mereka satu hari nanti, beliau tiada masalah untuk menerima’nya.

“Kami sudah lama bercerai dan kalau satu hari nanti mereka ditakdirkan berkahwin pun saya tidak ada sebarang masalah.”

Namun, itu semua sudah menjadi kurang penting kerana rakan media kami, OHBULAN! berjaya mendapatkan gambar eksklusif percutian Nora Danish bersama keluarga Jejai di Jepun.

Ketika ini jika menurut kenyataan Nora Danish, Jejai sedang single dan rasa’nya kemesraan antara mereka ketika bercuti di Jepun tidak boleh di’salah anggap oleh Fasha Sandha. Lagi gambar selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

123