(Melodi) Nora Danish Akui Ada Kawan Lelaki Yang Rapat, Bukan VIP

Selepas lebih dua bulan, Melodi akhirnya keluar dengan berita ini.

Hari ini, wartawan Melodi bertanyakan kepada Nora Danish tentang hubungan cinta baru beliau.

Nora Danish di’katakan di’lihat makan malam bersama seorang lelaki di sebuah restoran di ibu kota.

Kami juga pernah menulis yang ada peminat terserempak dengan pasangan ini di Suria, KLCC bersama-sama mencari pewangi.

Nora Danish mengakui yang beliau kini mempunyai seorang kawan lelaki yang memang rapat tetapi belum sampai ke tahap bercinta.

Nora Danish juga menafikan yang lelaki tersebut merupakan seorang VIP mahupun suami atau kekasih orang.

Kami doakan proses mengenal hati budi antara Nora Danish & lelaki ini akan berakhir dengan sesuatu yang indah. Bagus untuk anak Nora Danish.

Kami juga ingin mengucapkan selamat hari lahir buat anak Nora Danish, Putera Rayqal Ramli. Dengar cerita mama awak anjurkan parti malam ini.

(Gambar) Kekasih Baru Nora Danish?

(Sumber Foto & Sejuta Penghargaan: Unta Biru dari Forum Cari)

Sedikit meragukan sebenarnya untuk percaya yang gambar di’atas adalah kekasih baru Nora Danish.

Satu, kebarangkalian untuk Nora Danish untuk keluar makan & duduk di’sebelah sesiapa sahaja sangat tinggi kerana Nora Danish sedang single.

Dua, satu gambar begini tidak memberi apa-apa indikasi tepat tentang hubungan mereka. Mungkin sekadar teman keluar beramai-ramai.

Apapun, dalam gambar di’atas, Nora Danish nampak comel & natural. Sedikit mengantuk pun ada, tapi yalah, tetap comel.