TERBARU

(Gambar) Sekitar Konsert Seribu Warna Siti Nurhaliza

(Sumber Berita & Gambar: mStar Online)

Malam tadi berlangsungnya konsert solo kedua Siti Nurhaliza tahun ini selepas kejayaan konsert ‘SATU’ beberapa bulan lalu.

Tahun ini sahaja, Siti Nurhaliza menjayakan 2 konsert solo & mengikut perancangan, ada dua lagi konsert yang bakal di’jayakan oleh legenda hidup Malaysia ini.

Satu konsert sempena 15 tahun Siti Nurhaliza menjadi anak seni & satu lagi konsert kerjasama bersama M.Nasir.

Konsert Seribu Warna malam tadi di’hadiri kira-kira 9,000 orang & Siti Nurhaliza mendendangkan 12 buah lagu termasuk sebuah lagu Anuar Zain & Faizal Tahir. Teruskan Membaca →

Gambar News Selebriti

Tonton Konsert Seribu Warna Siti Nurhaliza Secara Live di Internet

Mungkin agak terlambat berita ini di’sampaikan tetapi ini sesuatu yang baru untuk sebuah konsert melibatkan Siti Nurhaliza.

Malam ini, akan berlangsung Konsert Seribu Warna di Stadium Malawati, Shah Alam dan sejajar dengan perkembangan dunia internet Malaysia, konsert ini akan di’pancarkan secara langsung menerusi internet.

Dengan kadar bayaran serendah RM15, peminat dapat menyaksikan konsert eksklusif ini terus di kaca komputer tanpa perlu keluar rumah.

Berminat? Anda boleh daftar & bayar menerusi perkhidmatan bank online pilihan anda sekarang & sebelum konsert bermula pastinya. Boss kami tidak keluarkan budget untuk ini. Heh.

News Selebriti

(Gambar) Siti Nurhaliza & Konsert Sejuta Warna Anjuran Hai-O

Selepas konsert SATU yang gilang gemilang di Istana Budaya beberapa bulan lepas, kali ini Siti Nurhaliza kembali dengan konsert Sejuta Warna.

Penggunaan angka yang mendadak dalam nama konsert ini sinonim dengan gossip yang mengatakan Siti Nurhaliza di’bayar lebih RM1 juta untuk menjayakan konsert ini.

Konsert Sejuta Warna yang di’anjurkan oleh syarikat MLM Hai-O ini di’anjurkan sempena menyambut ulangtahun ke-17 Hai-O. Teruskan Membaca →

Gambar News Selebriti

Tidak Berjaya di Shout! Awards: Siti Nurhaliza Raih Artis Paling Popular

Tidak terlewat rasanya untuk kami ucapkan tahniah buat Siti Nurhaliza yang memenangi anugerah Artis Serantau Paling Popular di Anugerah Planet Muzik 2009 (APM 2009) tempoh hari.

Walaupun kemenangan artis Indonesia mendominasi APM kali ini, namun kemenangan Siti Nurhaliza sebagai artis paling popular merupakan kemenangan moral buat Malaysia. (Bak kata Barisan Nasional)

Siti Nurhaliza kalah kepada Jaclyn Victor di Shout! Awards 2009 dalam kategori Best Vocal. Tidak mengapa, beri ruang kepada generasi baru. Siti Nurhaliza juga menang anugerah Artis Malaysia Paling Popular di APM 2009.

Selain Siti Nurhaliza, Aizat dan Ayu turut berjaya mengharumkan nama negara. Aizat membawa pulang dua anugerah iaitu Artis Baru Lelaki dan Lagu Malaysia Paling Popular untuk “Hanya Kau Yang Mampu” sementara Ayu memperolehi anugerah Artis Baru Wanita.

News Selebriti

(Video) Sedutan Persembahan Siti Nurhaliza di Konsert SATU

Video pendek yang di’rakamkan oleh crew Murai.com.my ini menunjukkan betapa gahnya konsert SATU yang di’jayakan Siti Nurhaliza.

Konsert SATU berlangsung baru-baru ini selama tiga hari di Istana Budaya & di’gelar sebagai pertunjukan fesyen oleh pihak media.

Apapun gelaran yang di’beri, konsert ini tampak hebat & menarik dan ada sedikit gaya gerak tari ala-Michael Jackson di’kesan di’awal video ini.

Video persembahan Siti Nurhaliza di Konsert SATU selepas ini (dan video tambahan Siti Nurhaliza di’belakang pentas). Terima kasih Murai.com.my. Teruskan Membaca →

Selebriti Video