TERBARU

(Gambar) Datuk K Tambah Aset, Misai Kini Bertemankan Janggut Manis

(Sumber Foto & Sejuta Penghargaan: Cik Syikin & MMU Gallery)

Ini adalah kesinambungan kepada entri sebelum ini yang mana kami tiada sebarang info tentang apa yang berlaku.

Kali ini bukan sahaja info, tetapi kami juga tahu milik siapa gambar cantik yang kami sertakan ini. Terima kasih kepada Cik Syikin & Gallery MMU.

Majlis yang di’hadiri Siti Nurhaliza & Datuk K ini adalah majlis untuk makan malam mengutip dana untuk Yayasan Universiti Multimedia (YMU) dan majlis ini berjaya mengutip lebih RM200,000.

Yang menariknya, dalam gambar-gambar yang ada, janggut di’wajah Datuk K bagai sengaja di’biarkan untuk kelihatan lebih macho. Teruskan Membaca →

Gambar Selebriti

(Gambar) Siti Nurhaliza Hadiri Acara Di Universiti Multimedia

(Sumber Foto & Sejuta Penghargaan: Cik Syikin)

Tidak dapat dipastikan bila & apakah acara yang di’hadiri Datuk Siti Nurhaliza kita ini. Tapi, kemesraan antara Siti Nurhaliza & Tun Dr. Siti Hasmah masih seperti dulu.

Yang menarik minat kami adalah corak baju biru yang Siti Nurhaliza pakai itu mirip corak pada kulit ular. Tapi kalau di’lihat dari dekat, ia hanyalah corak biasa & Siti Nurhaliza nampak cantik malam itu.

Tapi biasalah, tudung yang di’kenakan masih belum cukup sifat. Teruskan Membaca →

Gambar Selebriti

(Gambar) Fesyen Tudung Bunga Telur Datuk Siti Nurhaliza

Nama fesyen tudung ini kami reka sendiri. Dan, kami sebenarnya kurang pasti samada yang di’pakai Siti Nurhaliza ini tudung atau sekadar hiasan kepala?

Namun, hiasan ala fish-net di’hujung kepala itu mengingatkan kami kepada ikatan bunga telur yang biasa kita lihat di’rumah-rumah kenduri kahwin kampung.

Sekali nampak memang cantik tetapi jika direnung betul-betul fesyen Siti Nurhaliza hari ini, kami rasa ada baiknya tudung di’tolak ketepi buat sementara. Pakai biar ikhlas, Zainal Abidin kata.

Gambar Selebriti

(Gambar) Sisi Model Seorang Siti Nurhaliza, Langsing Bak Anak Dara Beb!

Gambar di’atas adalah petikan majalah terbaru EH! yang memuatkan edisi khas untuk 10 Yang Anggun 2009. Siti Nurhaliza adalah salah seorang peserta di’samping nama-nama besar yang lain.

Nasha Aziz, Maya Karin, Fasha Sandha, Diana Danielle antara mereka yang turut tersenarai tahun ini dan rata-rata mereka semua sememangnya layak.

Siti Nurhaliza dalam gambar di’atas tampak seksi dengan gaya tersendiri. Dengan susuk tubuh yang semakin langsing, tidak hairan Siti Nurhaliza masih mampu mengungguli barisan jelitawan Malaysia.

Gambar News Selebriti

(Gambar) Sekitar Konsert SATU Siti Nurhaliza di Istana Budaya

Konsert terbaru Siti Nurhaliza yang di’beri judul ‘Satu’ sedang berlangsung selama tiga hari di Istana Budaya di bawah arahan koreografer Pat Ibrahim.

Konsert yang di’gelar sebagai fashion show oleh media ini di’akui kebenarannya oleh Siti Nurhaliza sendiri ketika di’temui pihak media.

“Setiap kali konsert Siti memang fesyen ‘show’ kerana lagu-lagu saya ada genre tradisional, pop dan balada,” kata Siti Nurhaliza merujuk kepelbagaian irama dalam konsert beliau.

Lagi gambar-gambar sekitar konsert eksklusif ‘Satu’ selepas ini. Sumber berita dari mStar Online & gambar oleh Samuel Ong dari The Star. Teruskan Membaca →

Gambar News Selebriti