TERBARU

Hannah Tan Lancarkan Aplikasi iPhone Sendiri. Bukan Percuma Beb.

Nampaknya semakin maju selebriti Malaysia hari ini. Sudah punya aplikasi iPhone buat peminat.

Hannah Tan menjadi selebriti Malaysia pertama yang memiliki aplikasi iPhone khas buat peminat beliau seluruh dunia.

Hannah Tan yang kini berpengkalan di Jepun hadir di Kuala Lumpur untuk melancarkan aplikasi berbayar pertama beliau.

Beliau mengakui terpengaruh dengan selebriti antarabangsa yang mempunyai aplikasi iPhone sendiri seperti Lady Gaga, Britney Spears & mendiang Elvis Presley.

Aplikasi iPhone Hannah Tan ini bakal membolehkan peminat beliau mempunyai akses ke berita terbaru, gambar terkini & juga video eksklusif Hannah Tan.

Jika anda peminat hardcore Hannah Tan, anda boleh dapatkan aplikasi iPhone ini melalui iTunes dengan sekali bayar US$0.99 (RM3.20).

Terima kasih & kredit gambar kepada The Star Online. Ada tips berguna untuk kami? E-mailkan kepada kami atau hantar melalui Twitter @rotikaya.

News Selebriti

Daphne Iking Bersikap Terbuka Dalam Hal Agama, Isobel Bisa Sebut Bismillah

Terbaru & relevan: Bekas Suami Daphne Iking Terkejut Isobel Bukan Anak Kandungnya. Apa Cerita Daphne Iking? – mStar Online

Termasuk entri ini, sudah dua entri kami keluarkan ada kaitan dengan sensitiviti agama. Pertama, isu pengakuan gay oleh Azwan Ismail yang bakal mencetus isu negara.

Cuma entri ini bukan satu isu pun, cuma lebih kepada highlight mereka yang mempunyai sifat keterbukaan terhadap agama & gaya hidup yang berbeza. Kita ‘kan satu Malaysia.

Daphne Iking dalam temubual terbaur bersama Mangga Online mengakui yang beliau tiada masalah untuk bersifat terbuka dengan agama lain.

Daphne Iking juga mengakui yang Isobel kini rapat dengan pembantu rumah beliau yang kuat pegangan agama Islam’nya.

Isobel yang baru berusia 3 tahun di’katakan selalu ikut cara-cara pembantu rumah Daphne Iking bersolat & sudah pandai menyebut ‘Alhamdulillah’ & ‘Bismillah’.

“Saya tak mahu terlalu menekan anak soal beragama kerana itulah cara saya dibesarkan dulu. Cukuplah jika dia kenal dan takut kepada Tuhan.”

“Biarlah Isobel belajar segalanya dan apabila besar nanti dia mampu berfikir sendiri dan memilih sendiri.” Win or not?

News Selebriti

Fasha Sandha Akui Sudah Tetapkan Tarikh Tunang & Perkahwinan

Bukan rahsia lagi rasanya kisah cinta epik antara Fasha Sandha & Rizal Ashram buat semua peminat dunia hiburan Malaysia.

Bercakap kepada wartawan Utusan Malaysia baru-baru ini, Fasha Sandha mengakui yang sudah bersedia untuk bergelar isteri dan ibu.

Dalam temubual yang sama, Fasha Sandha turut mengakui yang beliau suka meluahkan perasaan kepada 37,000 peminat beliau melalui Twitter.

Kami sendiri perasan yang Fasha Sandha boleh jadi seorang yang begitu ekspresif ketika menulis di Twitter lebih lebih lagi berkenaan hubungan beliau bersama Rizal Ashram.

“Insya-Allah kami akan melalui adat Melayu di mana ia akan bermula dengan bertunang dan seterusnya berkahwin. Tarikhnya sudah ada.”

“Buat masa ini saya tidak mahu mengumumkannya bila kerana menghormati keputusan pihak keluarga Jejai. Saya tidak mahu memandai-mandai. Kalau sampai masanya nanti kami akan mengundang wartawan,” ujar Fasha Sandha manja. Heh.

News Selebriti

(Gambar) Bakal Suami Rabecca Nur Al Islam, Kahwin Januari 2011

Kami mungkin sedikit slowpoke tetapi kami ada gambar bakal suami Rabecca Nur Al Islam. Heh.

Dalam pengumuman penuh bermakna dalam sidang media tempohari, Rabecca mendedahkan siapa bakal suami beliau.

Lelaki bertuah tersebut ialah Nor Azam Datuk Sulaiman, 42 yang mempunyai kerjaya sebagai peguam & ahli perniagaan.

Rabecca Nur Al Islam yang berusia 25 tahun mengakui sudah berkenalan selama tiga tahun bersama bakal suaminya yang berstatus duda.

Perkahwinan pasangan ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 14 Januari 2011 & tahniah dari kami di Rotikaya.com buat pasangan bahagia ini.

Jika ada kerusi kosong untuk kami, jangan segan jangan silu untuk jemput kami makan nasi minyak. Kami janji tidak akan makan banyak. :)

Gambar News Selebriti

(Video) Gadis Mirip Elyana Menari Aksi Ghairah Dalam Tandas Kelab Malam

Okay. Kami tidak 100% yakin ini bukan Elyana namun dari pengamatan kami, kami berani katakan ini hanyalah video gadis mirip wajah Elyana.

Pertama’nya, latar & rakan kepada gadis ini semua’nya tidak bertutur dalam bahasa Melayu Semenanjung.

Atau, mungkin kami yang silap. Siapa boleh tahu memang Elyana pernah berkunjung ke Sabah & bersuka ria di’sana.

Kedua’nya, Elyana yang kami tahu & kenal serba sedikit tidak sebegini perangai’nya walaupun Elyana seorang yang suka melakukan sesuatu yang lain dari kebiasaan.

Jika anda berusia kurang dari 13 tahun, ada baik’nya anda tonton video ghairah gadis mirip Elyana ini dengan pengawasan orang dewasa.

Video penuh selepas ini. Oh yeah, I’m so going to hell for this. Enjoice! Teruskan Membaca →

News