Gambar: Memey Suhaiza Hadir Bersama Suami, Norman Hakim Ke Anugerah PPMH 2011/12

Ini sebenarnya satu entri sebagai eksperimen berapa ramai dari anda yang masih peduli dengan pasangan paling panas sepanjang tahun 2009/10 yang lalu.

Kami ada terdengar dalam minggu minggu yang lalu, suara nakal berkata sudah lama mereka tidak nampak kelibat pasangan ini di mana mana majlis hiburan.

Malam tadi, Memey Suhaiza hadir bersama suami tersayang Norman Hakim ke majlis anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011/12 dan seterusnya ‘mengubat rindu’ peminat mereka.

Dalam perkembangan yang tidak berkaitan, Abby Abadi berjaya merangkul anugerah Selebriti Paling Cekal untuk tahun 2011/12 — dan anda mungkin tahu atas sebab apa. Eh. Lagi gambar Memey Suhaiza & Norman Hakim selepas ini. Teruskan Membaca

Gossip: Rita Rudaini Menerima Surat Permohonan Cerai Dari Suami, Aidil Zafuan?

Dan, drama pun kini menjadi lebih hangat dengan kenyataan terbaru Rita Rudaini kepada media.

Terima kasih kepada mStar Online yang sentiasa membawakan berita terkini tentang kemelut dalaman Rita Rudaini & Aidil Zafuan.

Hari ini, Rita Rudaini mengaku di media yang beliau baru sahaja menerima sepucuk surat daripada Aidil Zafuan yang kini berada di sebuah lokasi rahsia.

Menurut Rita Rudaini, surat yang tidak di’duga itu datang daripada peguam Aidil Zafuan dan beliau terkejut dengan isi kandungan surat itu yang di’sifatkan tidak masuk akal — tetapi tidak pula berani untuk mendedahkan apa sebenarnya isi kandungan surat Aidil Zafuan tersebut.  Teruskan Membaca

Rumahtangga Rita Rudaini Dalam Krisis, Aidil Zafuan Lari Dari Rumah Sendiri

Okay. Nampaknya pergaduhan Rita Rudaini & Zaquan Adha di Twitter ada kisah berkaitan yang kurang enak untuk di’baca.

Bercakap kepada mstar Online hari ini, Rita Rudaini mendakwa yang suami beliau Aidil Zafuan kini sudah meninggalkan rumah mereka sejak seminggu lalu.

Rita Rudaini turut memberitahu yang pembantu rumah mereka ada memaklumkan ketika Aidil Zafuan keluar rumah, Zaquan Adha & isteri turut hadir ke rumah membantu suami beliau keluar.

Bunyi macam drama swasta tetapi itu hakikat yang berlaku sekarang dalam rumahtangga Rita Rudaini & Aidil Zafuan. Semua ini dakwa Rita berpunca dari sikap Zaquan Adha yang suka masuk campur.  Teruskan Membaca

Video: Ucapan Nur Fazura Buat Para Peminat Sebelum Kerjakan Umrah

Sejuk Kuala Lumpur petang petang sebegini dan boleh bertukar malas untuk menulis apa apa gossip buat tatapan anda semua.

Satu perkara tentang ibadah umrah artis yang sering menjadi isu di’kalangan peminat hiburan yang mengharapkan perubahan drastik selepas seseorang artis itu pulang dari kota suci Mekah.

Pendapat peribadi kami yang kurang arif ilmu agama ini, hidayah Tuhan itu bukan semata mata hanya boleh di’terima ketika seseorang itu mengerjakan umrah dan amalan ibadah lain.

Jika Allah tidak mengizinkan hati seseorang itu untuk berubah, tiada apa yang boleh kita harapkan. Tetapi, perubahan positif masih kita harapkan.

Berikut adalah pesanan aktress Nur Fazura sebelum beliau terbang kerjakan ibadah umrah. Khabar’nya kekasih hati masih di’sana. Teruskan Membaca

Hantu Bonceng Kutip RM8.35 Juta, Filem Kedua Terlaris Sepanjang Zaman

Formula Ahmad Idham nampaknya menjadi sekali lagi, kali ini dengan syarikat sendiri.

Hantu Bonceng yang memulakan tayangan pada 31 Ogos lalu berjaya mengutip RM8.35 juta sehingga ke hari ini.

Filem blockbuster yang di’bintangi Zizan Raja Lawak & Juliana Evans ini mendapat sambutan hangat apabila mula di’tayangkan di lebih 80 panggung wayang seluruh negara, Brunei & Singapura.

Angka tersebut menjadikan filem Hantu Bonceng kini berada di tangga kedua filem terlaris sepanjang zaman selepas KL Gangster yang berjaya mengutip hampir RM12 juta.

Walaupun Finas belum secara rasmi meletakkan Hantu Bonceng dalam senarai, kutipan RM8.35 juta sudah mengatasi kutipan filem Ngangkung & Kongsi.

Angka kutipan mungkin meningkat selepas ini kerana Hantu Bonceng kini sudah memasuki setiap rumah yang mempunyai Astro melalui Astro First dan beberapa panggung wayang masih terus menayangkan filem ini atas permintaan. Teruskan Membaca