TERBARU

(Gambar) Bila Sazzy Falak & Kawan Kawan Berjumpa Pizza

Sebagai hiburan ringan di’hari Rabu nan indah ini, kami sajikan dari kotak simpanan kami gambar bukan konvensional Sazzy Falak & rakan-rakan.

Bukan selalu kita dapat lihat selebriti wanita kita dalam penampilan biasa di’rumah — lebih-lebih lagi aksi mereka apabila bertemu pizza.

Dalam dua keping gambar ini, kelihatan selebriti jelita Malaysia Sazzy Falak, Atilia, Yasmin Hani, Aishah Sinclair & Dynas menikmati makan malam mereka. Teruskan Membaca →

Gambar Selebriti

Konsert Penutup Jelajah Malaysia & Singapura Hujan 22 November Ini

(Foto Konsert Band Malaysia Terbaik: Amrul Kareem)

Ahad ini akan menjadi hari terakhir konsert jelajah Singapura & Malaysia Hujan yang berlangsung sejak beberapa bulan lalu. Hujan atau panas, goreng saja gitar itu.

Konsert yang akan berlangsung di KL Live, Life Centre itu bakal menyaksikan peminat Hujan berkumpul menikmati persembahan tenaga band indie paling popular hari ini.

Konsert ini akan dihoskan oleh pengacara comel molek, Yasmin Hani & peminat juga akan dihidangkan video eksklusif belakang tabir konsert jelajah mereka.

Berminat? Tiket berharga RM15 and RM20. Anda boleh hubungi 017-206-7904 (Alef) atau 012-384-6990 (Nana) atau e-mail sahaja harosa_ent@yahoo.com.

News Selebriti

(Gossip) Hans Isaac Kini Berpacaran Dengan Yasmin Hani?

Gossip ini baru sahaja keluar beberapa puluh minit tadi & ini satu perkembangan yang menarik.

Bujang yang agak terlajak, Hans Isaac hari ini di’katakan sedang menjalin hubungan cinta dengan pengacara comel, Yasmin Hani.

Dari pengamatan fizikal, mereka berdua ini nampak sepadan.Sama cantik sama-sama memiliki wajah Pan Asia.

Tetapi tidak tahu bagaimana emosi mereka bersatu jika benar gossip yang menyatakan mereka bercinta.

Sebarang perkembangan gossip ini akan di’sampaikan secepat mungkin. Peace out!

Gossip Selebriti