TERBARU

(Gambar) Tiz Zaqyah Seksi Untuk Cover Majalah InTrend Januari 2010

Sedikit hilang imej Nur Kasih dalam diri Tiz Zaqyah kali ini.

Ada baiknya apabila Tiz Zaqyah cuba lari dari imej watak yang di’bawa.

Ramai selebriti jika sudah berjaya dengan satu-satu imej, mereka lebih suka berada dalam status quo.

Tiz Zaqyah yang pernah di’landa kontroversi gara-gara gambar aktiviti sosial beliau tersebar tetap menjadi diri sendiri.

Untuk cover majalah InTrend edisi Januari 2010, kita semua dapat melihat sisi belakang Tiz Zaqyah. Seksi & berani.

Kami teringin benar untuk tahu apa soalan yang InTrend ajukan buat Tiz Zaqyah tentang kerjaya & kontroversi dalam hidup beliau.

Klik gambar di’atas untuk melihat imej yang lebih besar & jelas. Anda pasti teruja. Enjoice!

Gambar Selebriti

Tiz Zaqyah Bakal Berlakon Dalam Spa Qistina Ganti Nora Danish?

Nampaknya rezeki Nur Kasih masih melekar dalam diri aktress kegemaran ramai hari ini, Tiz Zaqyah.

Seorang penulis kolum hiburan memaklumkan yang ada kemungkinan pelakon baru ini bakal menyertai drama Spa Qistina selepas Nora Danish meninggalkan set lokasi drama tersebut.

Watak Nora Danish yang sebelum ini di’gantikan oleh Ummi Nazeera di’katakan bakal di’bawa oleh Tiz Zaqyah selepas pengambaran drama ini bersambung semula 14 Disember ini.

Jika benar perkhabaran yang di’bawa, maka saham Tiz Zaqyah selepas ini akan semakin melonjak. Untung jadi pelakon berbakat & cantik — jangan esok kekwat dengan peminat sudah’lah ya?

Apa khabar Nora Danish hari ini? Dengar cerita akan mengacarakan satu rancangan Bollywood.

News Selebriti

10 Selebriti Malaysia Paling Popular Menurut Google Zeitgeist 2009

Entah kenapa Google cepat benar keluarkan senarai keyword popular sepanjang 2009. Kita masih dalam permulaan Disember.

Tidak mengapa. Yang penting, senarai yang di’keluarkan Google untuk Malaysia nampak sedikit lari dari biasa.

Zee Avi, penyanyi kelahiran Malaysia yang kini berpengkalan di Amerika Syarikat menduduki tangga pertama selebriti atau penghibur Malaysia paling di’cari.

Pesaing sihat beliau, Yuna menduduki tangga kedua manakala tempat ketiga & keempat masing-masing di’duduki bintang Akademi Fantasia, Hafiz & Aril.

Bintang Nur Kasih, Tiz Zaqyah nampaknya benar-benar memberi impak kepada industri hiburan dengan menduduki tangga ke-5.

Heroin drama bersiri Blogger Boy Julie Woon ke-6, Stacy ke-7, Tomok ke-8, kumpulan alternatif sensasi Bunkface di tempat ke-9 & kemunculan mengejutkan di’tangga ke-10, Linda Onn.

Senarai penuh boleh di’lihat di Google Zeitgeist 2009 & jika ada yang mencari Fasha Sandha, beliau berada dalam senarai newsmaker.

News Selebriti

(Video) Awal Kemunculan Tiz Zaqyah Nur Kasih Dalam Iklan, Seksi!

Secara peribadi, aku sukakan Tiz Zaqyah versi tidak bertudung kerana lebih comel & jujur.

Kenapa tiada siapa perasan akan kelibat Tiz Zaqyah dalam iklan di’bawah atau aku seorang sahaja yang tidak tahu.

Dalam saat ke 15, Tiz Zaqyah muncul dengan outfit yang agak seksi tetapi masih terkawal. Sesuai dengan model lain yang muncul dalam iklan yang sama.

Tiada isu besar pun dalam hal ini melainkan aku tidak sedar kehadiran Tiz Zaqyah sebelum gadis ini muncul di dalam drama Nur Kasih.

Tonton video selepas ini & terima kasih kepada SyokKahwin. Teruskan Membaca →

Selebriti Video