TERBARU

(Video) Bukan Hari Biasa, Bila Dato’ Siti Nurhaliza Main Gusti Lengan

Perkara ini terjadi berbulan lama dahulu namun baru hari ini kami ketemu video aksi comel Siti Nurhaliza kesayangan ramai ini.

Dalam video pendek selepas ini, Siti Nurhaliza di’lihat beradu tenaga dalam acara gusti lengan bersama peminat yang berlangsung di Putrajaya.

Turut hadir dalam dalam acara penuh keriangan ini adalah suami tercinta, Datuk K yang kelihatan memakai baju sedondon dengan Siti Nurhaliza.

Walaupun Siti Nurhaliza tidak berlawan dengan seteru yang professional dalam arena gusti lengan, namun kesungguhan Siti Nurhaliza untuk menang dapat di’lihat jelas.

Vidoe Siti Nurhaliza tanpa control ayu lawan gusti lengan bersama peminat selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca →

Selebriti Video

(Gossip) Dato’ Siti Nurhaliza Liat Bayar Hutang Pinjaman Bank?

Terkejut juga kami apabila membaca tulisan terbaru seorang penulis hiburan terkemuka Malaysia hari ini tentang selebriti yang liat membayar hutang.

Jika membaca clue yang di’berikan — selebriti wanita popular berdekad-dekad & suami’nya seorang ahli korporat berjaya, tulisan penulis hiburan tersebut seolah-olah di’tujukan buat Siti Nurhaliza & Datuk K.

Al-kisahnya, selebriti ini di’katakan meminjam sejumlah besar wang untuk menjayakan projek terbaru’nya. Bagaimanapun, khabarnya si selebriti liat nak bayar balik pinjaman, jadi orang bank sudah tercari-cari.

Dulu, masa nak buat pinjaman pandai berjanji itu, ini tapi apabila sudah dapat duit, batang hidung pun tak nampak. Kan malu apabila orang bank sudah mula buka mulut.

Penulis hiburan tersebut turut menulis yang selebriti ini memiliki berbagai-bagai kereta mewah & tinggal dalam sebuah rumah bak istana kayangan.

Siapa lagi pasangan artis Malaysia & ahli korporat tersohor mampu memiliki semua itu, kalau bukan…? Teruskan Membaca →

Gossip Selebriti

Siti Nurhaliza Berehat Tujuh Bulan, Usaha Untuk Dapat Anak

Selamat pagi peminat hiburan Malaysia! Okay. Bahagian usaha untuk dapat anak tersebut mungkin tidak betul tetapi ada kemungkinan.

Siti Nurhaliza mengumumkan yang beliau akan mula berehat dari sebarang aktiviti seni bermula 1 Jun ini sehingga ke hujung tahun.

Ini bermakna dunia hiburan akan kehilangan Siti Nurhaliza untuk tujuh bulan, mungkin lebih jika Siti Nurhaliza berasakan tujuh bulan tidak cukup untuk berehat.

Atau, dalam tempoh tujuh bulan ini, dengan berkat doa peminat, Siti Nurhaliza mula mengandung maka cuti Siti Nurhaliza mungkin akan lebih panjang.

Kami tidak tahu apa impak sebenar jika Siti Nurhaliza tiba-tiba senyap dari dunia hiburan, namun yang pasti Datuk K pasti gembira melihat Siti Nurhaliza akan ada lebih masa di’rumah.

Kita doakan sahaja Siti Nurhaliza akan memperoleh rehat yang secukupnya sepanjang tujuh bulan ini & siapa tahu, perut boleh berisi. Heh!

News Selebriti

(Gambar) Siti Nurhaliza Bertudung Manis Di Hari Lahir Datuk K

Kredit Gambar: Terima Kasih Selautan Cinta Buat Kerill Dari Forum Terulung, Cari.com.my

Jarang sebenarnya sekarang ini kita lihat Siti Nurhaliza bertudung dengan molek. Apa yang Siti Nurhaliza pakai selama ini hanya fesyen.

Namun ketika menyambut hari lahir suami tersayang baru-baru ini, Siti Nurhaliza tampak bertudung manis persis wanita biasa.

Ya, Siti Nurhaliza masih manusia biasa walaupun bertudung fesyen, namun dalam gambar ini beliau nampak manis walaupun berdandan sebagai bukan selebriti.

Ada juga gossip nakal mengatakan Siti Nurhaliza kini sedang mengandung. Betul atau tidak Siti Nurhaliza?

Lagi gambar pasangan romantis Siti Nurhaliza & Datuk K bersuap selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca →

Gambar Selebriti

Dato’ Siti Nurhaliza Terima Beg Tangan Rm40,000 Sempena Hari Jadi

Baru sahaja kita bercerita tentang beg basahan Dato’ Siti Nurhaliza yang berharga ribuan ringgit.

Semalam, sempena hari lahir beliau yang ke 31, Datuk K dengan penuh kasih sayang menghadiahkan sebuah beg tangan keluaran Louis Vuitton (LV) berharga lebih RM40,000.

Jika anda masih ingat, pada tahun 2008 Siti Nurhaliza menerima hadiah kereta Mercedes Benz hitam bernilai RM800,000 di’ikuti dengan jam tangan Richard Mille berharga RM200,000 tahun lalu.

“Selain kasih sayang, saya menganggap hadiah pemberian suami ini berupa suatu kegembiraan,” kata Siti Nurhaliza sambil menunjukkan beg tersebut kepada media.

Selain beg tangan, Datuk K juga di’katakan telah membawa Siti Nurhaliza bercuti ke tiga lokasi percutian iaitu Barcelona, Dublin dan London Disember lalu selama dua minggu.

Jika di’hitung kasar, tiga tahun sahaja, sudah lebih RM1 juta Datuk K habiskan buat hadiah hari jadi Siti Nurhaliza.

News Selebriti