Natasha Hudson Sudah Memiliki Produksi Sendiri & Rancang Terbitkan Filem

Kenapa ada kelibat’nya Rozita Che Wan dalam gambar di’sebalah anda tanya? Berdua itu bukan’kah lebih baik. #introsampah

Hujung minggu bersama serpihan mood cuti Tahun Baru Cina, pasti anda malas untuk layan gossip gossip berat. Kita simpan.

Berbual baru baru ini bersama si cantik Natasha Hudson, terpacul perkembangan terkini beliau yang kini kian sibuk dengan agenda memajukan diri sendiri.

Lancar bibir Natasha Hudson bila berbicara tentang syarikat baru beliau yang kini sudah pun bergerak aktif & semakin penuh dengan aktiviti seni. Dream Clouds Production merupakan pusat perniagaan Natasha Hudson hari ini.  Teruskan Membaca

Rozita Che Wan Akui Zain Saidin Jadi Teman Bercuti Ke Genting Highlands

Sebelum apa apa, bagaimana anda rasa prestasi editor kami yang muncul buat pertama kali di TV9 malam tadi? Awesome?

Bukan sekali dua kita mendengar akan kisah aktress sensasi, Rozita Che Wan dan kawan rapat beliau bernama Zain Saidin.

Wartawan mStar Online hari ini berjaya menghidu aktiviti Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang di’khabarkan pergi bercuti ke Genting Highlands, Pahang baru baru ini.

Dalam artikel terbitan hari ini, wartawan tersebut menulis yang beliau terima panggilan telefon dari petugas kawasan pelancongan itu yang nampak kelibat Rozita Che Wan & Zain Saidin. Teruskan Membaca

Rozita Che Wan Kini Tidak Lagi Bergambar Dengan Lelaki, Arahan Kekasih Hati?

Selamat hujung minggu kawan kawan semua. Bagaimana hujung minggu anda setakat ini?

Aktress & juga selebriti popular Rozita Che Wan kembali ke’dalam radar berita sensasi apabila terpilih menjadi pengacara Anugerah Skrin 2011 bersama Ally Iskandar.

Kalau ada antara kita yang masih meragui kemampuan Rozita Che Wan dalam bidang pengacaraan, Anugerah Skrin 2011 yang berlangsung 4 November ini merupakan sesuatu yang wajib tonton.

Ini kisah ringan berkaitan Rozita Che Wan, KOSMO! melaporkan yang selebriti rebutan ramai lelaki muda ini kini sudah mempunyai polisi untuk tidak bergambar dengan mana mana lelaki.

Tidak kami tahu sejak bila Rozita Che Wan mempunyai polisi seperti ini sedangkan minggu lalu ketika sidang media Anugerah Skrin 2011, Rozita Che Wan tiada masalah mengambil gambar dengan selebriti lelaki.

Persoalan yang sama timbul dalam benak fikiran kami — adakah keputusan terkini Rozita Che Wan ini di’pengaruhi oleh si kekasih hati yang cemburu dengan aktiviti seni beliau? Hmm.

Video: Ally Iskandar Bercakap Tentang Isu Bertunang & Rozita Che Wan

Sukar sebenarnya buat kami untuk mendapatkan kenyataan dari pengacara popular ini — kali ini pun Ally Iskandar masih bermain tarik tali.

Semalam selepas berlangsung’nya sidang media untuk Anugerah Skrin 2011, kami sempat mencuri masa Ally Iskandar untuk di’temubual.

Rasanya ramai sudah tahu tentang isu Ally Iskandar yang di’katakan sudah bertunang dengan seorang gadis Terenggani bernama Farah Lee sekitar Aidilfitri yang lalu.

Namun sehingga ke hari ini, kedua dua belah pihak tidak mengeluarkan kenyataan yang menyakinkan mana mana pihak tentang status sebenar hubungan mereka — termasuk’lah temubual di’bawah.

Ally Iskandar juga ada memberi respons tentang persoalan mengapa Rozita Che Wan di’pilih sebagai pasangan pengacara untuk malam gemilang Anugerah Skrin 2011. Enjoice! Teruskan Membaca

Rozita Che Wan Jadi Pasangan Ally Iskandar Sebagai Pengacara Anugerah Skrin 2011

Ini sesuatu yang mungkin mengejutkan ramai peminat hiburan tetapi keputusan ini turut menjadi kejutan buat kami.

Petang tadi berlangsung’nya sidang media Anugerah Skrin 2011 untuk kesekian kali’nya di sebuah hotel Kuala Lumpur.

Majlis petang tadi sebagai pelancaran rasmi tema rasmi Anugerah Skrin 2011 yang menggunakan Golden Glamour untuk perhiasan dan tema pakaian selebriti.

Dalam majlis yang sama, mereka turut mengumumkan pasangan pengacara untuk Ally Iskandar dan nama Rozita Che Wan menjadi pilihan pihak atasan penganjur Anugerah Skrin 2011.

Kami sempat bertanyakan Ally Iskandar tentang pemilihan Rozita Che Wan, pengacara popular ini mengakui yang pemilihan aktress itu adalah satu gimik untuk menarik peminat penonton.

Ally Iskandar turut menjawab tentang persoalan tentang kemampuan Rozita Che Wan sebagai pengacara dan beliau yakin akan pasangan beliau untuk Anugerah Skrin 2011 itu mampu menjalankan tugas dengan baik.

1234