Pelangi Kasih Bakal Hiasi Slot Samarinda TV3 Bermula Dari 19 Januari, 25 Episod

Kami nampak trend drama bersiri Melayu semakin di’minati oleh penonton televisyen di Malaysia & setiap siri drama baru menjadi satu perkara yang di’tunggu.

Slot Samarinda kini dalam episod episod akhir drama Bunga April & menjelang 19 Januari 2012, satu drama bersiri 25 episod akan muncul sebagai ganti.

Pelangi Kasih akan mula bersiaran Khamis ini pada jam 10.30 dan membariskan pelakon yang sudah sinonim dengan drama Melayu seperti Nabila Huda, Beto Kushairy, Johan Asa’ri & Puteri Sarah sebagai teraju utama.

Secara ringkasnya, drama Pelangi Kasih ini mengisahkan ikatan persahabatan yang kukuh & murni menimbulkan persoalan apabila salah seorang daripada mereka mengambil keputusan menghilangkan diri & membina kehidupan baru di sebuah daerah pedalaman.  Teruskan Membaca

Puteri Sarah Liyana Tidak Boleh Bercuti ke Krabi Kerana PTPTN

Kelakar pun ada. Kasihan pun ada membacakan kisah baru model iklan & dramatis, Puteri Sarah Liyana ini.

Laporan Utusan Malaysia hari ini menulis yang gadis berusia 24 tahun ini di’tahan di LCCT ketika hendak berlepas ke Krabi, Thailand kerana tersenarai dalam senarai hitam PTPTN.

Ini bukan kes pertama selebriti di’tahan kerana tidak membayar pinjaman pendidikan PTPTN. Ingat kes Faizal Tahir?

Tetapi, yang anehnya di’sini, Puteri Sarah Liyana masih belajar di Kolej Taylors & atas sebab apa beliau di’senarai hitamkan.

Dek kerana tidak lepas, maka barang Puteri Sarah Liyana terpaksa di’punggah semula dari kargo & hanya keluarga beliau yang pergi.

Pengajaran untuk Puteri Sarah Liyana & semua yang ada kaitan dengan PTPTN, periksa nama sebelum membeli tiket untuk ke’luar negara.

Mana tahu elok-elok boleh menikmati pantai indah Krabi, Thailand, terpaksa pula pulang ke’rumah layan Astro.

(Gambar) Puteri Sarah Liyana & Teman Lelaki, Ammar Alfian Aziz

Ingat lagi gambar kontroversi di’atas? Lama senyap Puteri Sarah Liyana kita selepas kontroversi tersebut melanda.

Baru-baru ini, blogger terkenal Malaysia, Budiey ada terserempak dengan pasangan ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Pasangan ini hadir sempena pelancaran drama berjudul ‘Dimension’ yang mana Ammar Alfian Aziz turut berlakon.

Tiada apa cerita besar yang pasangan ini boleh khabarkan (contohnya tarikh kahwin) untuk tatapan peminat. Yang ada cuma gambar terbaru mereka berdua — yang lebih sopan.

Gambar-gambar Puteri Sarah Liyana & Ammar Alfian Aziz oleh Budiey selepas ini. Teruskan Membaca