Terima Sambutan Luar Biasa, Cinta Elysa Ke Layar Perak Tidak Lama Lagi?

Memang kerja kami kalau mahu ajukan soalan gaya orang pemalas sebegini. Seronok mencipta hype.

ADS: Menangi barangan eksklusif filem Jack & Jill. Hanya komen dan menang. Buka 29 Disember 2011.

Apa sekarang sememangnya satu trend untuk menampilkan satu satu jenama itu dalam pelbagai format — drama, novel, filem.

Selepas beberapa kejayaan karya novel menjadi hits apabila di’angkat ke filem nampaknya ada pihak mahu mencuba nasib buat kesekian kali mengangkat drama bersiri menjadi filem penuh.

Cinta Elysa gandingan berkesan Fasha Sandha & Johan Asari yang berjaya mencatat purata jumlah penonton lebih 3.5 juta orang setiap minggu khabarnya sudah di’suntik idea untuk edisi filem. Teruskan Membaca

Gambar: Maya Karin & Fasha Sandha Bersatu Untuk Cover InTrend Disember

Susah sebenarnya untuk keluar dengan ayat berunsur berita apabila apa yang ada hanya’lah sekeping gambar.

Dua aktress popular Malaysia, Fasha Sandha & Maya Karin telah berjaya di’satukan sebagai penghias kulit edisi terakhir InTrend tahun ini.

Kami belum sempat untuk menatap edisi terbaru ini yang mungkin belum pun berada di’pasaran namun dengan membaca headlines, kedua dua mereka ini mungkin berbicara soal cinta sepanjang 2011.

Maya Karin pastinya akan berkata beliau jatuh cinta dengan dunia backpacking yang menjadi agenda utama beliau sepanjang 2011 & Fasha Sandha masih tidak akan mengaku kembali bercinta dengan bekas kekasih.

Itu hanya andaian kami. Dapatkan naskah terbaru InTrend anda secepat mungkin apabila ia’nya berada di pasaran nanti. Kepada InTrend, mahu alamat pejabat kami untuk hantar naskah percuma? #LOL Teruskan Membaca

Gambar: Fasha Sandha Hiasi Indah Majalah GLAM Edisi November 2011

Di’tengah tengah kemelut isu pengakuan bercinta antara Johan Asari & Izreen Azminda, seorang watak kelihatan berdiam diri tanpas suara. Kami puji.

Walaupun nama Fasha Sandha berkali kali di’kaitkan dengan hubungan kontroversi Johan Asari & Izreen Azminda, aktress hangat ini terus mendiamkan diri dari memberikan apa apa kenyataan.

Elok juga untuk semua pihak jika Fasha Sandha berbuat demikian dan sebenarnya lebih positif impaknya buat Fasha Sandha sendiri yang kami tahu sudah masak dengan kontroversi anak anak muda dalam dunia hiburan hari ini.

Senyap senyap sahaja, Fasha Sandha bakal muncul sebagai penghias muka hadapan khas untuk majalah GLAM bertemakan perkahwinan.

Fasha Sandha melalui laman Facebook rasmi beliau berkongsi tiga imej yang kami kira sebagai tiga edisi khas majalah GLAM dengan Fasha Sandha sebagai cover girl. Tidak kami pandai untuk komen berkaitan fesyen. Teruskan Membaca

Fasha Sandha Pakai Topeng Beli Blackberry Bold 4 Di Pusat Maxis, KLCC

Tengok, bunyi tajuk macam kami di’bayar oleh Maxis untuk mempromosikan Blackberry Bold 4. Sedangkan tidak, sedih hati ini.

Seperti biasa, kita mulakan hari Khamis kita dengan kisah selebriti yang ringan supaya anda boleh fikirkan masalah lain yang lebih penting — seperti kerja.

Petang tadi, kami menerima satu SMS yang nampak tergesa gesa dari salah seorang pekerja di Pusat Maxis, KLCC yang nampak kelibat Fasha Sandha melangkah masuk.

Sebelum ini, sumber pernah bercerita yang Fasha Sandha kerap datang ke’sana bersama kekasih tanpa status Rizal Ashram (Jejai) tetapi hari ini jejaka idaman Malaya itu tidak kelihatan.

Sembang punya sembang, Fasha Sandha memberitahu kepada sumber yang Rizal Ashram sedang menanti di’kereta. Dan lebih menarik, Fasha Sandha hadir dengan bertopeng.

Menurut Fasha Sandha, beliau bukan suka suka memakai topeng itu ketika keluar hari ini tetapi adalah kerana mulut beliau kini mengalami kecederaan akibat jatuh ketika menjalani penggambaran.

Lasak juga adegan yang Fasha Sandha lakonkan sehingga pecah mulut di’buatnya. Semoga cepat sembuh dan sudah ada Blackberry Bold 4 baru, bila mahu sedekah BBM Pin kepada kami? Heh.

Fasha Sandha & Rizal Ashram Kembali Mesra, Kini Sedang Bercinta?

Mungkin ini berita baik, mungkin juga ini berita kurang baik.

Masih ingat gambar Johan Asari memeluk Fasha Sandha yang kami siarkan semalam? Itu terjadi di rumah terbuka di salun Chinta milik Fasha Sandha.

Menurut laporan Murai, Rizal Ashram (Jejai) turut berada di’situ atas undangan Fasha Sandha sendiri. Persoalan merepeknya ialah, kenapa Jejai berada di’situ?

Ketika bulan Ramadhan lalu, ada juga beberapa laporan media mengatakan mereka terserempak dengan Fasha Sandha & Jejai berbuka puasa bersama.

Dan kali ini Fasha Sandha menjemput jejaka ‘dompet lebat’ ini ke majlis rumah terbuka beliau. Adalah mereka kini kembali bersama?

Ketika di’ajukan soalan itu oleh wartawan, Fasha Sandha nyata tersipu malu untuk menjawab namun mengatakan yang Jejai hadir hanya sebagai teman, tidak lebih dari itu.

Tidak salah rasanya jika mereka berdua benar benar kembali bersama, maklumlah masing masing masih single. Lainlah kalau Fasha Sandha sudah membalas cinta Johan Asari. Eh.