TERBARU

(Gambar) Superhero Baru Malaysia, Wira Waja Lakonan Lash Mokhtar

Woot! Malaysia bakal menerima seorang superhero baru yang kami nampak secara kasarnya 20 kali lebih kool berbanding Cicakman yang entah apa nasibnya hari ini.

Nama superhero ini masih belum dapat di’pastikan namun sumber ada menyebut yang superhero ini bakal memakai nama yang agak klasik & cliche, Wira Waja.

Pelakon di’sebalik Wira Waja ini adalah seorang lelaki yang tidak pernah kami kenali bernama Lash Mokhtar.

Menurut maklumat ringkas yang kami terima, Lash Mokhtar merupakan seorang graduan Mass Comm dari Lim Kok Wing. Namun, apa pekerjaan sebenar Lash Mokhtar sebelum bergelar pelakon tidak kami ketahui.

Lagi gambar superhero baru Malaysia, Wira Waja selepas ini. Harap drama atau filem yang mengiringi superhero ini bakal lebih awesome dari Iron-Man (berangan). Enjoice! Teruskan Membaca →

Gambar News Selebriti

Shahrin Zahari, Bekas Suami Natasha Hudson Kini Bersama Daphne Iking

Jika anda membaca kolum hiburan hari ini di Berita Harian (fixed!), sekali lagi penulis di’sana mengeluarkan gossip tentang mereka berdua ini.

Shahrin Zahari yang baru sahaja menduda selepas bercerai dengan Natasha Hudson kini di’katakan sedang memadu kasih dengan pengacara & pelakon jelita Daphne Iking.

Gossip yang di’tulis hari ini tidak spesifik seperti kami jangkakan kerana kisah Daphne Iking & bekas suami Natasha Hudson ini berlangsung sudah lama.

Semuanya berpunca apabila Natasha Hudson secara senyap menjalankan ujian DNA ke’atas anak perempuan Daphne Iking & mendakwa anak tersebut membawa DNA suaminya, Shahrin Zahari.

Natasha Hudson juga dalam satu kenyataan tidak berapa lama dahulu pernah menyebut manusia yang paling beliau benci ketika ini adalah Daphne Iking.

Beberapa malam yang lepas, ada seorang peminat hiburan terserempak dengan pasangan duda & janda ini sedang menikmati makan malam bersama di sebuah restoran mewah di Petaling Jaya.

Kenapa kami tidak tulis Datuk Shahrin Zahari? Well, gelaran Datuk yang di’terima jejaka ini juga sebenarnya meragukan ramai pihak. Untuk selamat, kami gugurkan sendiri gelaran Datuk buat Shahrin Zahari.

Gossip Selebriti

(Gossip) Daphne Iking Punca Natasha Hudson & Suami Bercerai?

Dan, orang pun mula bercakap tentang bekas suami Natasha Hudson ini.

Datuk Shahrin Zahari yang kita tahu adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya & memiliki raut wajah yang tidak kurang kacaknya.

Lantaran usianya masih muda, Datuk ini di’katakan mula menjadi sebutan para wanita yang mendambakan kasih sayang lelaki seperti beliau.

Namun, dalam pada itu, ada beberapa sumber yang menyatakan bekas suami Natasha Hudson ini sedang menjalin hubungan dengan jelitawan Daphne Iking.

Sumber juga mengatakan yang hubungan Datuk Shahrin Zahari & Daphne Iking ini telah berlangsung sejak Daphne Iking masih lagi isteri orang.

Ketika itu, mereka berdua di’katakan berkongsi harapan untuk melihat rumahtangga masing-masing dapat di’selamatkan namun jodoh bukan di’tangan mereka.

Kini mereka berdua telah single & kami rasa tiada salahnya untuk di’teruskan hubungan ke peringkat yang lebih serius. Natasha Hudson sendiri kata mereka bercerai cara baik.

Gossip Selebriti

(Gambar) Daphne Iking Bersama Lelaki Yang Disaman Kerana Memikat

(Magistrate Court Orders Stay Of Hearing Of Case Involving Daphne Iking)

Kes ini sudah lama sebenarnya. Daphne Iking (pengacara NTV7) mengheret seorang lelaki ke mahkamah atas tuduhan memikat beliau.

Hari ini, kes itu tertangguh lagi & lelaki tersebut bernama Darren Choy, pengarah urusan sebuah jenama barangan sukan terkenal cawangan Malaysia.

Dalam gambar yang tidak bertarikh di’atas, kedua-dua mereka nampak mesra seperti tiada apa yang boleh berlaku. Siapa tahu, sekarang menjadi seteru di’mahkamah.

Daphne Iking mendakwa (yang ketika itu masih isteri orang), Darren Choy cuba memikat & mengajak beliau untuk mengadakan hubungan seks terlarang.

Untuk pengetahuan, Daphne Iking dalam gambar di’atas adalah wanita berbaju merah & Darren Choy memakai baju putih.

Kalau tanyakan pada kami, kes mahkamah mereka ini bukan salah Darren Choy semata-mata. Seperti boss kami kata, kucing mana boleh lepaskan ikan depan mata, ‘kan?

News Selebriti