Maharaja Lawak Mega Bakal Tampilkan Pelawak Nusantara, Oktober Depan

Ini adalah perkhabaran tidak rasmi kami terima dari beberapa individu di Twitter.

Pihak Astro khabarnya sekarang sedang giat mempersiapkan sebuah program baru untuk tatapan para peminat hiburan Malaysia & nusantara.

Jika program Maharaja Lawak sebelum ini yang di’juarai kumpulan Sepah boleh di’katakan sebagai sebuah program yang berjaya, mereka kali ini ingin tampil lebih hebat.

Program terbaru terbitan Astro ini akan berjudul Maharaja Lawak Mega, namanya pun sudah mega, bukan setakat tahap maharaja.

Khabarnya Maharaja Lawak Mega ini bakal menampilkan pelawak pelawak dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Antara selebriti tempatan awal yang kami tahu menyertai Maharaja Lawak Mega ini ialah Bob KU2 & Afdlin Shauki yang mengirimkan gambar mereka ketika rakaman promo program baru ini.

Tidak pasti sama ada penglibatan Afdlin Shauki sebagai peserta atau juri, namun yang kami harapkan program ini mampu menarik penonton seperti mana Maharaja Lawak.

Gambar di sebalik tabir promo Maharaja Lawak Mega kiriman Afdlin Shauki & Bob KU2 selepas ini. Terima kasih @SelebriTweetsEnjoiceTeruskan Membaca

Hot FM Twisties Bingit Bakal Berpindah Ke Layar Televisyen

Dalam pada ada gesaan dari pakar ekonomi untuk menghentikan program realiti, kini muncul program baru.

Hot FM Twisties Bingit bukanlah satu program realiti baru kepada mereka yang mendengar radio Hot FM. Cuma kali ini, tarafnya di’angkat ke layar televisyen.

Ramai mula mempersoalkan keperluan program realiti hiburan selepas lambakan artis yang wujud dalam industri seni tanah air.

Penambahan band-band bebas yang bersaing dalam Hot FM Twisties Bingit ini akan menambahkan bilangan artis yang wujud, tetapi belum tentu masa hadapan’nya.

Hot FM Twisties Bingit boleh kami katakan Akademi Fantasia versi berkumpulan kerana berjaya menarik minat ramai anak muda (bersama band masing-masing) untuk mencuba nasib.

Program realiti ini akan di’tayangkan di 8TV dan pemenang utama akan membawa pulang hadiah bernilai RM80,000 beserta kontrak rakaman dengan Monkey Bone.