Gambar: Memey Suhaiza Hadir Bersama Suami, Norman Hakim Ke Anugerah PPMH 2011/12

Ini sebenarnya satu entri sebagai eksperimen berapa ramai dari anda yang masih peduli dengan pasangan paling panas sepanjang tahun 2009/10 yang lalu.

Kami ada terdengar dalam minggu minggu yang lalu, suara nakal berkata sudah lama mereka tidak nampak kelibat pasangan ini di mana mana majlis hiburan.

Malam tadi, Memey Suhaiza hadir bersama suami tersayang Norman Hakim ke majlis anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011/12 dan seterusnya ‘mengubat rindu’ peminat mereka.

Dalam perkembangan yang tidak berkaitan, Abby Abadi berjaya merangkul anugerah Selebriti Paling Cekal untuk tahun 2011/12 — dan anda mungkin tahu atas sebab apa. Eh. Lagi gambar Memey Suhaiza & Norman Hakim selepas ini. Teruskan Membaca

Muzium Negara: Bukan Kerana Norman Memey, Pameran Untuk Jimmy Choo

Rumah sudah siap bocor, pahat masih berbunyi bak kata orang orang tua.

Kisah perkahwinan Norman Hakim & Memey Suhaiza kami pasti tidak akan berakhir dengan begitu sahaja.

Salah satu kontroversi yang timbul sebelum majlis perkahwinan bermula adalah niat Muzium Negara untuk pamerkan persalinan pengantin ini.

Peminat hiburan rata rata menentang niat Muzium Negara ini yang mereka anggap sebagai mencabul matlamat asal lokasi yang penuh dengan artifak bersejarah negara itu.

Namun hari ini, Muzium Negara bersuara menjawab segala persoalan bermula dengan menjelaskan pameran persalinan itu bukan kerana ia’nya milik Norman Hakim & Memey Suhaiza.

Jabatan Muzium Negara (JMM) akan menganjurkan Pameran Khas Busana Perkahwinan Selebriti & Tokoh Terkemuka bermula 25 November sehingga 31 Disember ini.

Ketua Pengarah JMM berkata kepada Sinar Harian hari ini, “Ramai yang anggap JMM cuba naikkan Norman & Memey sedangkan fokus utama adalah memperkenalkan budaya melalui pakaian pengantin negara ini”

“Secara kebetulan, pakaian & kasut yang di’pakai Norman dan Memey memenuhi kriteria yang boleh di’pamerkan di muzium. Lagi pun bukan mudah untuk kita dapatkan kasut rekaan Jimmy Choo yang terkenal itu.”

Sekali lagi kami keliru di’sini, apakah kriteria yang beliau maksudkan? Persalinan pengantin Melayu yang yang terdiri dari tiara mewah, gaun putih & persalinan lelaki 100% acuan New York? Hmm.

Koir Di Majlis Perkahwinan RM12 Juta Persembahkan Lagu Gereja?

Terima kasih kepada Astro yang menganjurkan majlis rumah terbuka, kami mempunyai pilihan untuk tidak menghadiri majlis perkahwinan RM12 juta.

Daripada beberapa perkhabaran yang kami terima, majlis perkahwinan Norman Hakim & Memey Suhaiza yang berlangsung malam tadi tidak lebih dari sebuah acara promosi.

Rafflesia yang menaja perkahwinan mega ini berkata keseluruhan majlis memakan kos sebanyak RM12 juta dan ramai hadirin kurang setuju dengan angka tersebut.

Lebih menarik adalah kenyataan jujur chef selebriti Malaysia, Chef Wan yang turut hadir ke majlis malam tadi. Chef Wan turut menyifatkan majlis tersebut jauh lebih murah dari angka RM12 juta.

Menurut Chef Wan lagi, ramai media tidak berpuas hati dengan koir yang ada dalam majlis bertemakan New York itu kerana di’katakan mendendangkan lagu bertemakan perkahwinan ala gereja.

Chef Wan turut menulis yang tiada sebarang doa di’bacakan sepanjang majlis sedangkan ini sebuah majlis perkahwinan orang Islam.

Anda boleh membaca kenyataan Chef Wan yang jelas tidak berpuas hati dengan cara majlis ini di’jalankan di Facebook rasmi beliau atau kenyataan copy pasta di’bawah. EnjoiceTeruskan Membaca

Abby Abadi Sekali Lagi Tuntut Hutang Nafkah, Kini Berjumlah RM46,000?

Ah come on Rotikaya, don’t be a dick. Ini hari bahagia orang, jangan hancurkan kebahagian RM12 juta mereka. La la la laa laaa.

Majlis perkahwinan Norman Hakim & Memey Suhaiza baru sahaja selesai di Kota Tinggi, Johor.

Dan ramai nampaknya mempertikai majlis tersebut yang di’katakan tidak segah yang di’canang.

Untuk pengetahuan kita semua, sponsorship yang gah & besar adalah untuk majlis di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur 28 September ini.

Dalam kemeriahan rakyat Malaysia menatap kebahagian Norman Hakim & Memey Suhaiza, nampaknya Abby Abadi masih ingat akan janji dan tanggungjawab terdahulu Norman Hakim.

Menulis di laman Facebook rasmi beliau, Abby Abadi seakan memerli Norman Hakim yang di’katakan ‘kurang comel’ di hari pernikahan beliau Sabtu lalu kerana belum membayar hutang.  Teruskan Membaca

Gambar: Suasana Majlis Persandingan Memey Suhaiza & Norman Hakim

Kami sebenarnya sudah kehabisan akal fikiran untuk menulis fakta berkaitan perkahwinan mereka ini — kerana kami tidak berada di’sana.

Dan, hari ini berlangsungnya majlis persandingan atau resepsi mempelai terhangat Malaya ini di rumah pengantin perempuan di Kota Tinggi, Johor.

Norman Hakim & Memey Suhaiza selamat di’ijabkabulkan dengan sekali lafaz semalam dan tamatlah sudah kehidupan kontroversi mereka sebagai pasangan kekasih. Kami harap.

Lagi gambar persandingan atau majlis resepsi Norman Hakim & Memey Suhaiza di Kota Tinggi, Johor selepas ini. Terima kasih selautan mawar buat Izza Melodi & OHBULAN!, enjoice! Teruskan Membaca

1234