TERBARU

Fakta Menarik Tentang Lisa Surihani Dari Temubual Trek Selebriti

Seronoknya Jimmy Shanley boleh menaiki yatch mewah & makan tengahari bersama model & aktress jelita Lisa Surihani.

Ini ada beberapa fakta menarik yang kami extract dari rancangan Trek Selebriti ini — kerana kami tiada kerja.

Lisa Surihani mempunyai parut ala Harry Potter di’dahi akibat jatuh tangga ketika masih kecil.

Lisa Surihani menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) ketika sekolah walaupun beliau seorang yang takutkan darah.

‘Fobia’ & ‘Gergasi’ merupakan penampilan telemovie & lakonan pertama Lisa Surihani ketika beliau berada dalam Darjah 6.

Pernah menjadi tutor bersama ibu beliau selepas menamatkan peperiksaan SPM dengan mengajar subjek Bahasa Inggeris & Pengajian Agama Islam.

Apabila di’tanya tentang lelaki idaman, Lisa Surihani sukar hendak jawab namun terpacul dua ciri yang di’idamkan — kemas & tinggi.

Lisa Surihani membayar sendiri yuran A-Level beliau hasil simpanan duit menjadi model iklan ketika di’sekolah menengah.

(ZOMG! Lisa Surihani boleh menyanyi. Jaga kau Liyana Jasmay!)

Untuk tahun 2010, Lisa Surihani berazam untuk mengamalkan diet yang lebih sihat, belajar Bahasa Perancis & mendalami ilmu berkenaan hak-hak seorang artis.

News Selebriti

Drama Puteri Bakal Ke Layar Perak Tanpa Nora Danish

Kalau seseorang selebriti itu ada terlibat dengan kontroversi yang agak besar begini, memang wajah dia sahajalah yang akan muncul di media cetak & elektronik.

Kini giliran Nora Danish yang hari ini muncul di Utusan Malaysia menjelaskan untuk kesekian kali kedudukan beliau dalam kontroversi yang melanda.

Kami yang sudah membaca banyak kali naik bosan & ada cerita lain timbul semasa sessi temubual.

Satu ayat keluar dari mulut Nora Danish menyatakan ada ura-ura yang Aziz M.Osman berminat untuk membawa drama sitkom Puteri ke layar perak.

Drama sitkom Puteri yang berlangsung selama 10 musim adalah siri drama yang betul-betul membawa nama Nora Danish naik dalam persada seni.

Malangnya, Aziz M.Osman sudah sedia memaklumkan kepada Nora Danish yang beliau tidak lagi sesuai dengan watak Puteri kerana sudah berkahwin & mempunyai anak. Ouch!

News Selebriti

(Gambar) Duo Aktress Comel Malaya Lisa Surihani & Nora Danish

Gambar dua orang rakan baik ini munsul di mStar Online hari ini & kami tidak lepaskan peluang untuk mengulas sedikit persahabatan erat dua aktress comel Malaysia ini.

Hari ini kami tidak akan bercakap tentang isu Nora Danish tarik diri dari Spa Qistina, tetapi lebih kepada sokongan moral yang wujud antara kedua mereka.

Nora Danish & Lisa Surihani antara selebriti yang aktif di Twitter & ini dijadikan medium untuk mereka berdua menunjukkan tanda persahabatan ikhlas mereka.

Lisa Surihani khabarnya hari ini sedang menjalani pengambaran Mertua vs. Menantu musim ke-2. Makin kerap wajah Lisa Surihani muncul di kaca TV selepas ini.

Baca tulisan mereka di Twitter selepas ini. Anda ada akaun Twitter? Teruskan Membaca →

News Selebriti