TERBARU

Natasha Hudson Kantoi Lagi, Kali Ini Plagiat Lagu Dari Artis Youtube

Kalau ada yang tidak tahu sejarah plagiat Natasha Hudson, ini ada sedikit bahan bacaan.

Terima kasih kepada Mr.Obefiend, kegiatan mencuri hasil kerja lain Natasha Hudson terdedah lagi.

Kali ini yang menjadi mangsa adalah seorang artis Youtube bernama Kimberley Chuah.

Semalam Kimberley Chuah menyiarkan sebuah video yang mendakwa Natasha Hudson telah memplagiat lagu hasil karya beliau.

Lagu yang di’beri tajuk ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’ itu telah di’persembahkan secara live oleh Natasha Hudson dalam Konsert Cosmic Alibi tidak lama dahulu.

Namun Kimberley Chuah mendakwa beliau telah mendendangkan versi acoustic lagu ini pada tahun 2008 di Youtube & Natasha Hudson tidak mendapat sebarang kebenaran untuk menyanyikan semula lagu tersebut.

Video untuk penilaian anda selepas ini. Yang menarik’nya, 100% melodi & arrangement lagu tersebut Natasha Hudson rompak tanpa belas kasihan. Enjoice! Teruskan Membaca →

News Selebriti Video

(Video) Persembahan Sulung Natasha Hudson di Konsert Cosmic Alibi

Nampaknya seorang lagi pelakon & model terjun ke dunia nyanyian semata-mata meluaskan peluang & bakat yang ada.

Terbaru, Natasha Hudson yang sebelum ini kita kenal melalui kontroversi & lakonan beliau, membuat persembahan sulung beliau.

Melalui Konsert Cosmic Alibi malam kelmarin, Natasha Hudson membawakan sebuah lagu bertajuk ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’ hasil ciptaan Natasha Hudson sendiri bersama Cat Farish.

Namun menurut mereka yang ada di’konsert itu, gaya nyanyian & lagu Natasha Hudson banyak di’pengaruhi oleh muzik Natalie Imbruglia.

Menurut Natasha Hudson, beliau sebenarnya sudah ada perancangan untuk menerbitkan album sejak beberapa tahun dahulu.

Namun kerjasama beliau bersama Cat Farish tertangguh sehinggalah ke hari ini. Video nyanyian Natasha Hudson selepas ini. Teruskan Membaca →

Selebriti Video

Shahrin Zahari, Bekas Suami Natasha Hudson Kini Bersama Daphne Iking

Jika anda membaca kolum hiburan hari ini di Berita Harian (fixed!), sekali lagi penulis di’sana mengeluarkan gossip tentang mereka berdua ini.

Shahrin Zahari yang baru sahaja menduda selepas bercerai dengan Natasha Hudson kini di’katakan sedang memadu kasih dengan pengacara & pelakon jelita Daphne Iking.

Gossip yang di’tulis hari ini tidak spesifik seperti kami jangkakan kerana kisah Daphne Iking & bekas suami Natasha Hudson ini berlangsung sudah lama.

Semuanya berpunca apabila Natasha Hudson secara senyap menjalankan ujian DNA ke’atas anak perempuan Daphne Iking & mendakwa anak tersebut membawa DNA suaminya, Shahrin Zahari.

Natasha Hudson juga dalam satu kenyataan tidak berapa lama dahulu pernah menyebut manusia yang paling beliau benci ketika ini adalah Daphne Iking.

Beberapa malam yang lepas, ada seorang peminat hiburan terserempak dengan pasangan duda & janda ini sedang menikmati makan malam bersama di sebuah restoran mewah di Petaling Jaya.

Kenapa kami tidak tulis Datuk Shahrin Zahari? Well, gelaran Datuk yang di’terima jejaka ini juga sebenarnya meragukan ramai pihak. Untuk selamat, kami gugurkan sendiri gelaran Datuk buat Shahrin Zahari.

Gossip Selebriti

(Gossip) Pelakon Muda, Zahiril Adzim Kekasih ‘Baru’ Natasha Hudson?

(Dari Kiri: Natasha Hudson, Entah Siapa, Entah Siapa II (Berdiri), Zahiril Adzim)

Istilah kekasih baru agak tidak sesuai untuk menerangkan situasi hubungan Zahiril Adzim & Natasha Hudson ini.

Lanjutan dari kisah Daphne Iking menjadi punca penceraian Natasha Hudson & suami beliau, Datuk Shahrin Zahari, timbul pula satu cerita lain.

Kali ini tentang Natasha Hudson yang di’katakan ada hubungan dengan pelakon puitis & eksperimental muda, Zaharil Adzim.

Hubungan mereka di’katakan telah berlangsung lama sebelum isu rumahtangga beliau dengan Datuk Shahrin Zahari timbul.

Mereka berdua pernah berlakon dalam sebuah drama tetapi tidak ramai perasan akan hubungan dua anak muda ini kerana mereka bijak menyorok. Teruskan Membaca →

Gossip Selebriti

(Gossip) Daphne Iking Punca Natasha Hudson & Suami Bercerai?

Dan, orang pun mula bercakap tentang bekas suami Natasha Hudson ini.

Datuk Shahrin Zahari yang kita tahu adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya & memiliki raut wajah yang tidak kurang kacaknya.

Lantaran usianya masih muda, Datuk ini di’katakan mula menjadi sebutan para wanita yang mendambakan kasih sayang lelaki seperti beliau.

Namun, dalam pada itu, ada beberapa sumber yang menyatakan bekas suami Natasha Hudson ini sedang menjalin hubungan dengan jelitawan Daphne Iking.

Sumber juga mengatakan yang hubungan Datuk Shahrin Zahari & Daphne Iking ini telah berlangsung sejak Daphne Iking masih lagi isteri orang.

Ketika itu, mereka berdua di’katakan berkongsi harapan untuk melihat rumahtangga masing-masing dapat di’selamatkan namun jodoh bukan di’tangan mereka.

Kini mereka berdua telah single & kami rasa tiada salahnya untuk di’teruskan hubungan ke peringkat yang lebih serius. Natasha Hudson sendiri kata mereka bercerai cara baik.

Gossip Selebriti