Gambar: Maya Karin Hadiri Majlis InnerShine, Ombak Rindu Tayang Seminggu Lagi

14 hari di’pawagam, kalau kita lihat di laman sosial terutamanya Facebook & Twitter — demam Ombak Rindu masih belum reda.

Walaupun beberapa kontroversi kurang enak melanda sepanjang tayangan, Ombak Rindu masih mampu menarik sejumlah penonton yang banyak setiap hari.

Khabar’nya, sehingga ke hari ini, kutipan keseluruhan Ombak Rindu sudah mencecah lebih RM10 juta.

Semakan kami di’laman web rasmi Golden Screen Cinemas (GSC), filem Ombak Rindu sudah di’jadualkan untuk tayangan ekstra selama 7 hari lagi sehingga Khamis hadapan selepas tempoh wajib tayang yang akan tamat esok.

Beberapa keping gambar terbaru salah seorang heroin filem Ombak Rindu, Maya Karin ini di’rakamkan ketika satu majlis anjuran InnerShine minggu lalu. Gambar terima kasih tanpa prejudis buat Cipot. Teruskan Membaca

Terkini! Maya Karin & Suami Hadir Ke Mahkamah Untuk Tuntut Cerai?

Maya Karin Roelcke dan suaminya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah, keluar dari kamar hakim sebentar tadi.

Bagaimanapun, pasangan itu enggan memberikan sebarang ulasan mengenai kehadiran mereka di mahkamah.

Menurut sumber mahkamah, mereka memohon untuk pendaftaran dan pengesahan perkahwinan mereka.

Peguam kedua-dua pihak juga enggan mengulas atas arahan anak guam. Can you believe that? Not one bit. Kita tunggu perkembangan sebenar kehadiran mereka ke mahkamah.

Para wartawan awam di sebuah forum hiburan popular sejak pagi sudah mula membuat spekulasi tentang seorang selebriti terkenal menuntut cerai petang ini. Mungkinkah Maya Karin?

Berita dari Berita Harian Online,kami copy pasta untuk mengelakkan kekeliruan fakta (alasan baik sebab malas taip ayat sendiri).

Update: Murai Batu menulis tentang seorang pelakon wanita yang baru mahu mendaftarkan perkahwinan. Macam ada sesuatu yang tidak kena.

(Gossip) Suami Maya Karin Bersiap Balik Kampung, Hantar Notis Berhenti

Ini perkembangan terbaru kami terima tentang Steven Shorthose, suami Maya Karin yang mengajar di sebuah sekolah antarabangsa di ibu negara.

Menurut satu sumber yang bekerja satu tempat dengan Steven Shorthose, jejaka Liverpool England ini sudah menghantar notis berhenti kerja kepada pentadbiran Alice Smith International School.

Sumber juga ada menyebut yang Steven Shorthose kini sedang bersiap untuk pulang ke negara asal beliau. Jika ini benar, ini satu perkembangan yang kurang sihat buat rumahtangga Maya Karin.

Seperti umum sedia maklum, Maya Karin sendiri mengakui yang rumahtangga beliau sedang menghadapi masalah beberapa minggu lalu.

Namun apa yang kami lihat, Maya Karin nampaknya semakin rancak di’lihat bersama selebriti bujang lain seperti Remy Ishak & Farid Kamil.

Bukankah sekarang masa yang lebih baik untuk Maya Karin luangkan lebih banyak masa & tenaga buat suami tercinta?

Mungkin dengan cara itu mereka boleh cari jalan penyelesaian untuk selamatkan rumahtangga mereka.

(Gossip) Maya Karin & Suami Dalam Fasa Retak Menanti Belah?

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Susah sebenarnya untuk kami percaya yang nama Maya Karin timbul dalam kalangan mereka yang mengalami masalah rumahtangga.

Gossip yang timbul 48 jam lepas ini memberi bayangan bahawa keadaan rumahtangga pelakon berbakat Malaysia ini sedang goyah menanti rebah.

Menurut satu sumber, suami Maya Karin, Steven David Shorthose atau namanya Islamnya, Muhammad Ali, telah berpindah keluar rumah kediaman mereka.

Semua’nya di’katakan berpunca daripada sikap Maya Karin yang bermain kayu tiga dengan seseorang yang berada & mengakui hubungan itu kepada suami.

Suami Maya Karin di’katakan telah memfailkan penceraian Isnin lalu. Jika benar, pasti ada akhbar yang membuat liputan bukan?

Untuk membela diri, Maya Karin di’katakan melakukan semua itu kerana beliau & suami jarang meluangkan masa bersama.

Sayang sebenarnya jika perkahwinan mereka menghadapi masalah sebesar ini kerana mereka kelihatan bahagia bersama.

Maya Karin yang kami sayangi, tolong jawab.

Epik: Maya Karin Bakal Bergandingan Dengan Wentworth Miller?

Editor: As stupid as it sounds. This one is a real news & we’ll keep our eyes on it. Wentworth Miller & Maya Karin, this is epic!

U-Wei Haji Saari muncul lagi dengan idea penuh berwawasan tetapi ada sedikit menimbulkan keraguan dalam hati para peminat hiburan tanah air.

Dalam laporan media hari ini, U-Wei memberitahu yang beliau kini sedang mengendalikan sebuah projek filem bernilai RM30 juta.

Filem yang akan mengadaptasi hasil tulisan sebuah novel oleh Almayer Foley bakal di’beri tajuk Finding Nina atau Hanyut.

U-Wei juga di’laporkan bakal menyunting hero drama bersiri popular, Prison Break. Bukan calang-calang pelakon yang di’cari.

Tidak di’pastikan hero yang mana satu, namun mungkinkah Wentworth Miller yang membawa watak Michael Scofield. Ini akan menjadi sejarah, pelakon Hollywood turun Malaywood.

Untuk menambah perisa, U-Wei dikatakan juga bakal menyunting bakat tempatan yang jelita, Maya Karin untuk bergandingan dengan hero pilihan beliau. Fuh!

12