(Gossip) Isteri Desak Que Haidar Berhenti Berlakon, Kini Jadi Pengurus Kilang Baja Kuala Lumpur

(Sumber Berita & Gambar: Bintang Popular via Zubir)

Jarang-jarang kami ada entri dengan tajuk sampai tiga baris, ini khas untuk mereka yang mahukan cerita tanpa membaca lanjut.

Zubir hari ini membawa sebuah cerita sensasi dalam kolum popular beliau di Bintang Popular — Que Haidar berhenti berlakon.

Nampak macam tidak logik kerana tidak lama lagi filem terbaru Que Haidar akan ke’panggung wayang. Tetapi, jika Zubir berani sebut nama, rasanya ada juga kebenaran di’sebalik cerita ini.

Linda Jasmine di’khabarkan mendesak Que Haidar untuk berhenti berlakon & kini di’katakan sedang bekerja sebagai pengurus sebuah kilang baja di Kuala Lumpur.

Ada dua teori yang timbul berikutan kisah ini, Linda Jasmine anggap kerjaya pelakon tiada masa hadapan & Linda Jasmine cemburu dengan kerjaya Que Haidar yang sentiasa di’kelilingi wanita comel.

Zubir juga menyatakan yang Que Haidar menangis ketika mengadu hal ini kepada Afdlin Shauki & terpaksa menolak tawaran berlakon filem baru Mamat Khalid.

Jika benar cerita yang di’bawa, maka perkahwinan mereka kini sedang di’landa masalah besar — sekurang-kurangnya buat Que Haidar.

(Gambar) Linda Jasmine Mengandung Anak Pertama Que Haidar

Gambar di’atas menunjukkan imej terbaru Linda Jasmine yang sedang mengandung di’samping suami tersayang, Que Haidar.

Que Haidar sendiri mengakui yang perempuan mengandung mempunyai selera & character yang berlainan dari normal.

“Susah nak jaga isteri mengandung ni sebab macam-macam perkara pelik dia buat, tetapi ‘interesting’ bagi saya sebab saya dapat jumpa orang baru, karakter baru yang lain dari Linda yang sebenarnya”

Dan, dalam gambar di’atas, Linda Jasmine masih seksi dan tidak sesuai sebenarnya untuk imej seorang ibu. Sumber: mStar Online