Faizal Tahir Telan Painkillers Demi Persembahan Anugerah Juara Lagu

Berita baik, Faizal Tahir akan sampaikan sendiri lagu Bencinta.

Anugerah Juara Lagu 24 yang akan berlangsung Ahad ini bakal menyaksikan Faizal Tahir mempertaruhkan kesihatan demi peminat & seni.

Faizal Tahir yang telah di’sahkan doktor menghidap penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) di’nasihatkan untuk berehat selama dua bulan.

Namun atas kemahuan & tekad untuk membawakan sendiri Bencinta, Faizal Tahir sanggup untuk menelan ubat tahan sakit (painkillers) pada malam itu nanti.

“You can say it’s not worth it, putting my health at risk. Tapi apa yang berlaku selepas itu, akan berlaku. Saya pun tak tahu jika saya dapat melakukan ini lagi.” – Gua.com.my

Kami doakan semua yang terbaik buat Faizal Tahir & berharap ada sesuatu yang beliau boleh bawa pulang pada malam tersebut.

(Gambar) Zahnita Kitar Semula Baju Datuk Siti Nurhaliza?

Kalau ada yang masih ingat, ketika Zahnita mula-mula muncul di persada seni tanah air, ramai bilang wajahnya mirip Siti Nurhaliza.

Sehingga Zahnita terpaksa mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak mahu di’samakan dengan ikon muzik Malaysia itu. Orang ramai pun senyap.

Hari ini, tidak semena-mena, Zahnita sendiri nampaknya mahu menyamakan diri beliau dengan Datuk Siti Nurhaliza.

Jika di’lihatkan kepada gambar di’atas, tekaan pertama gadis langsing di’tengah-tengah itu pasti susuk tubuh milik Siti Nurhaliza.

Nyatanya ia adalah milik Zahnita & baju yang di’pakai saling tidak tumpah dengan satu persalinan yang pernah di’pakai Datuk Siti Nurhaliza tidak lama dahulu.

Lagi gambar Zahnita mencuba untuk menjadi jelmaan Datuk Siti Nurhaliza selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

Faizal Tahir Muntah Darah Kerana Jangkitan Kuman Dalam Paru-Paru

Orang kuat Monkey Bone, Edris Adrian melaporkan yang pemeriksaan awal terhadap Faizal Tahir mendapati beliau menghidap jangkitan kuman di paru-paru.

Berita Faizal Tahir yang di’kejarkan ke hospital kerana mengalami sakit dada & muntah darah di’ketahui umum awal pagi tadi melalui KOSMO!

Faizal Tahir yang di’jadualkan beraksi pada separuh akhir Muzik-Muzik malam ini terpaksa membatalkan niat tersebut dan akan di’ganti dengan seorang artis naungan Monkey Bone.

Edris Adrian juga memberitahu keadaan Faizal Tahir agak serius tetapi beliau dalam keadaan yang beransur pulih.

Sama-sama’lah kita doakan semoga Faizal Tahir cepat sembuh & jangkitan kuman (jika benar) tersebut tidak terlalu serius. Superman lepas ini kena lebih aktif jaga diri.

Bila Mr.Avamon Dari Romania Nyanyi Lagu ‘Cuba’ Faizal Tahir

Nampaknya populariti Faizal Tahir tidak terbatas kepada peminat Malaysia & Indonesia sahaja. Bakat & lagu Faizal Tahir sudah sampai ke Romania.

Seorang penyanyi amatur dari Romania yang menggelarkan diri sebagai Mr.Avamon berjaya merakamkan bakatnya menyanyikan salah satu hits dari Faizal Tahir, Cuba.

Boleh tahan’lah nyanyian jejaka Romania ini memandangkan jurang bahasa yang sangat berbeza. Siapa kata Bahasa Melayu tidak global? Heh.

Faizal Tahir: Isu Bercerai Tidak Timbul

Beberapa hari lalu ada media mengeluarkan gossip bahawa rumahtangga Faizal Tahir & isteri sedang dalam ambang perpecahan.

Gossip turut menyatakan yang Faizal Tahir & isteri masing-masing sedang mencari peguam untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Hari ini, Faizal Tahir muncul memberi kenyataan yang semua itu tidak benar sama sekali & beliau bahagia dengan keluarga sekarang.

“Bila saya dapat tahu cerita ini pada Ahad lalu daripada mak saya, terus saya tergelak sebab saya tak tahu dari mana cerita, sumber dan asal-usul cerita itu.”

“Isteri saya pun tergelak apabila orang lain menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) sedangkan saya seorang suami dan bapa yang prihatin dengan waktu yang harus luang untuk keluarga.”

Baguslah jika tiada apa-apa yang berlaku. Sebagai peminat kita harus doakan yang baik-baik sahaja. Kalau jadi apa-apa, jangan sorok ya Faizal Tahir.

12