(Gossip) Hafiz AF7 Mahu Tumpu Karier, Putus Cinta Dengan Fifi Azman?

Disclaimer: Informasi ini datang sepenuhnya dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Awal Mac yang lalu, Murai.com.my ada menyiarkan gambar Hafiz AF7 bersama kekasih hatinya bernama Fifi Azman yang merupakan seorang yang sangat baru dalam dunia modelling.

Dalam berita yang sama, hubungan mereka berdua di’katakan mendapat restu kedua belah pihak & kisah Fifi Azman yang bermula sebagai peminat bertukar kekasih ini mula mendapat perhatian.

Beberapa minggu lalu, ada peminat hiburan terserempak dengan mereka berdua di lapangan terbang & menyaksikan aksi gelihati pasangan remaja ini.

Hari ini, satu gossip timbul mengatakan yang sebenarnya hubungan mereka telah putus dek kerana Hafiz AF7 mahu menumpukan lebih perhatian kepada karier seni beliau.

Hafiz AF7 juga di’katakan tidak mahu terganggu dengan hal remeh temeh percintaan & mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan bersama Fifi Azman.

Sejauh mana kebenaran gossip ini, kami kurang pasti selagi belum keluar dari mulut tuan punya badan. Menurut sumber, Fifi Azman mula menafikan keretakan hubungan mereka di’Facebook.

Hafiz AF7 Sumbangkan Suara Latar Sebagai Ben 10 Versi Bahasa Melayu

Lepas ini, Hafiz AF7 pasti akan semakin di’gemari kanak-kanak.

Cartoon Network Asia telah memilih Hafiz AF7 untuk menyumbangkan suara dalam siri televisyen Ben 10 Alien Swarm.

Hafiz akan membawakan watak Ben Tennyson & menurut Budiey, siri pertama voiceover Hafiz untuk Ben 10 berjalan sangat bagus.

Rumah kami tiada kanak-kanak dan kami tidak pernah rasa perasaan seorang kanak-kanak teruja melihat Ben 10.

Tetapi, di’kedai & pasaraya, produk Ben 10 memang laris & menjadi rebutan kanak-kanak.

(Sumber Berita & Gambar: Budiey dari Sensasi Selebriti)