Sah! Ally Iskandar Selamat Bertunang Dengan Nur Aisy’ah Zainal

Majlis sedang berlangsung menurut Bapak Gula Gula yang kini dalam usaha untuk mendapatkan gambar eksklusif pertunangan mereka untuk anda semua.

Berikutan adalah tulisan asli Hazrey melalui blog beliau yang kami copy pasta bulat bulat.

Ally Iskandar kini berada di luar rumah keluarga Aishah yang terletak di Taman Sri Intan, Ampang. Itu gambar tangan Ally yang dihantar pada aku beberapa saat lalu.

Antara mesej kami:

“Betul ke kau bertunang? Atau gosip liar yang nakal? Kalau betul, Alhamdulillah.”

Ally menjawab ringkas: Majlis sdg berlangsung. Hamba sdg dikuarantin dlm kereta.

“Disebabkan konvoi banyak kereta, dah jam teruk. Sama mcm pergi meminang di Melaka der,” guraunya. Tapi aku tahu, mesti dia berdebar.

Updated: Gambar hasil tips dari pembaca kami, Eda melalui e-mail dan dari Facebook Aishah Zainal sendiri. Terima kasih!

Gambar pertunangan Ally Iskandar & Aishah Zainal bakal menyusul jika ada khas untuk anda semua. Atau, berita ini macam sedikit over coverage?

Gossip: Ally Iskandar Bakal Bertunang Dengan Aishah Zainal, Naib Juara Gadis Melayu Musim Pertama?

Kami tidak pernah mengikuti program Gadis Melayu, namun hasil carian kami di Google,nama Aishah Zainal timbul dengan mudah.

Ini adalah kerana Nur Aishah Zainal merupakan naib juara untuk program pencarian Gadis Melayu musim pertama sekitar tahun 2009 dahulu.

Al-kisahnya, dalam Harian Metro hari ini, wartawan gossip mereka menulis perihal Ally Iskandar yang mahu bertunang.

Majlis pertunangan itu di’katakan bakal berlangsung hari ini di kediaman keluarga Aishah Zainal di Taman Sri Intan, Ampang.

Kami tidak tahulah jika Aishah Zainal yang di’maksudkan dalam artikel itu benar benar merujuk kepada si gadis Melayu ini atau individu bernama serupa.

Kita nantikan sahaja sehingga akhir hari ini jika ada apa apa perkembangan dari mulut Ally Iskandar sendiri.

(Video) Gadis Melayu Berbikini Dalam Video Klip Terbaru Joe Flizzow?

(Terima Kasih Kepada Mr.Obefiend. Sila Lawat Blog Yang Amat Serius & Harian Metroll)

UPDATE (31/1/2010) – Seorang pembaca memaklumkan yang model cun dalam video klip ini adalah Sarah Lian & meminta anda menyokong usaha murni Joe Flizzow memberi nafas baru ke’dalam scene hip hop Malaysia. Yo!

Presiden scene hip hop Malaysia nampaknya memang mahu membawa 100% elemen muzik itu dari barat.

Berkali-kali kami tonton video terbaru Joe Flizzow untuk lagu ‘Do It, Duit’ ini, banyak gerak gaya Joe Flizzow mirip Jamie Foxx.

Namun mesej keseluruhan video ini masih berkisarkan kemewahan walaupun kami percaya duit dalam poket beliau (untuk video ini) tidak’lah semewah mana.

Satu perkara yang menarik perhatian kami adalah kehadiran salah seorang model wanita yang kami sendiri kurang pasti siapa.

Melihatkan kepada raut wajah & perwatakan gadis ini, tidak salah kami katakan yang beliau datang dari bangsa Melayu sendiri — namun berbikini dalam lagu anak Melayu.

Bukan sesaat dua imej berbikini gadis ini di’dedahkan, malah berulang di’beberapa lokasi ‘mewah’ termasuk di’atas kapal layar entah milik siapa.

Layankan video klip terhangat ‘Do It, Duit’ Joe Flizzow selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

(Gambar) Gadis Separuh Bogel di KL International Bike Rally 2009

(Gambar Asal & Koleksi Gambar Lain: M.Deraman Photography)

I shit you not. Ini sesuatu yang benar-benar berlaku di’Malaysia dan khalayak ramai. Gadis dengan pakaian separuh bogel mencuci motor berkuasa besar.

Kami jumpa koleksi gambar ini beberapa hari lalu & dengan ego mengatakan gambar ini datangnya dari negara jiran, Singapura sekurang-kurangnya.

Setelah di’selidik, benar ini gambar-gambar yang di’ambil ketika berlangsungnya KL International Bike Rally 2009 baru-baru ini.

Lagi gambar yang tidak sesuai untuk mereka berusia 13 tahun ke’bawah selepas ini. Anda telah di’beri amaran. Teruskan Membaca

(Gambar) Bila Anak Gadis Kesayangan Yusof Haslam Bersosial

Yang kita kenali selalu pastinya anak lelaki beliau yang kini mengikut jejak menjadi pengarah. Namun, perhatian sedikit malap buat anak perempuan Yusof Haslam ini.

Seorang peminat hiburan tidak pernah lupa akan wajah anak gadis ini. Di’katakan dihantar belajar ke’luar negara, gadis ini bukan sahaja ke’sana, malah membawa pulang sedikit gaya hidup di’luar negara.

Kecil sahaja Malaysia ini, lebih-lebih lagi kalau awak anak orang terkenal. Boleh’lah jawab dengan media selepas ini ya.

Ayah awak berhempas pulas bikin drama membentuk akhlak anak muda zaman sekarang. Lagi gambar selepas ini & satu peringatan, jangan ikut… Teruskan Membaca