TERBARU

Fasha Sandha Bersuara: Nora Danish Taknak Tegur, Saya Tak Kisah

Akhirnya, pihak ketiga yang nampak seperti pihak kedua dalam kancah penarikan diri Nora Danish dari set Spa Qistina mula bersuara.

Walaupun Fasha Sandha secara teknikalnya tidak ada kena mengena dengan masalah Nora Danish, namun respons dari mulut beliau memang di’nanti-nanti.

“Industri hiburan ini kecil saja. Terpulang kepada dia (Nora Danish) kalau tak mahu tegur,” kata Fasha Sandha kepada Berita Harian hari ini.

Fasha Sandha memaklumkan yang beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk berlakon bersama Nora Danish. Beliau pun sudah sedia maklum yang akan ada kemungkinan bertembung dengan jadual Nora Danish.

Kami nampak dalam hal ini, Fasha Sandha nampak lebih professional dalam hal kerja berbanding Nora Danish yang membawa emosi ke lokasi.

Kami sedar yang Fasha Sandha memang ada sejarah hitam sehinggakan Qabil Ambak pun fikir dua kali untuk berumahtangga dengan beliau, namun dalam soal kerja & mencari rezeki, emosi sebegitu perlu di’tolak ketepi.

Satu soalan, adakah Fasha Sandha senyap kerana memang dia berdiam diri atau media cetak maish memboikot Fasha Sandha?

News Selebriti

Kisah Fasha Sandha Lupa Daratan Bila Naik Bentley Rizal Ashram

Tadi kawan aku lepak makan di’Bestari Hartamas dan dia cerita yang dia nampak Fasha Sandha kena tampar dengan Mat Salleh depan mata dia sendiri. Cerita dia begini.

Masa dia tengah lepak, tiba-tiba ada kereta Bentley hitam masuk. Keluar Fasha dari kereta mewah tersebut.

Kemudian, Rizal Ashram (ex- Nora Danish) yang memandu kereta tersebut reverse hampir terlanggar 3 perempuan Mat Salleh.

Salah seorang Mat Salleh tersebut sound’lah si Rizal dalam kereta. Kemudian Fasha Sandha melenting and start tolak perempuan yang sound tadi.

Terjadilah sedikit adegan catfight di’situ. Fasha asyik menyebut yang dia naik kereta mewah jenama Bentley dan di’sahut oleh perempuan Mat Salleh dengan ayat, “who cares about a Bentley”.

Mujur ada seorang lelaki yang berjaya suruh Rizal & Fasha Sandha beredar dari situ. Begitulah kisahnya.

Cerita asal oleh xhitorix dari Forum Hiburan Terkemuka Malaysia, Cari. Di’olah semula untuk lebih dramatik.

Gossip Selebriti