Tuduhan Kaki Pukul: Fahrin Ahmad Mahu Saman Linda Onn

Kisah selebriti tiga segi ini nampaknya sudah mencapai satu fasa yang lebih menarik untuk di’ikuti. Fahrin Ahmad bakal saman Linda Onn.

Menurut Fahrin Ahmad, Linda Onn dalam sebuah akhbar mendakwa Fahrin pernah mengasarinya sewaktu mereka bercinta dan pengalaman yang sama turut dikongsi Scha al-Yahya.

Kepada yang tidak tahu, Scha al-Yahya juga merupakan bekas kekasih Fahrin Ahmad dan sekarang sedang berkawan baik dengan Linda Onn.

Fahrin Ahmad dijadual akan mengadakan sidang akhbar Isnin ini di Hotel Palace of The Golden Horses bersama peguamnya dari Tetuan Naufal & Co. untuk menjelaskan bentuk tindakan terhadap Linda Onn.

“Kesabaran saya selama ini tidak dihargai oleh Linda membuatkan saya terpaksa mengambil tindakan tegas,” kata Fahrin Ahmad kepada Utusan Malaysia hari ini.

Nampaknya selepas ini Scha al-Yahya juga perlu lebih berhati-hati bila berbicara. Sekarang ini, apa pun orang boleh bawa masuk mahkamah.

Scha al-Yahya Marah Penulis Blog Gossip Melalui Facebook

Baca: Scha al-Yahya & Awal Ashaari Di’lihat Bermesra Di Hartamas Square

Scha al-Yahya, kita sekarang hidup dalam zaman internet & segalanya terbuka. Privacy kita semakin mengecil.

Beberapa hari lalu, Scha al-Yahya ada menulis luahan hati di’Facebook tentang apa yang terjadi selepas Fahrin Ahmad buka mulut berkaitan orang ketiga.

Scha al-Yahya mengakui yang hubungan mereka berdua putus bukan kerana orang ketiga & beliau ada bukti kukuh untuk tunjuk kepada khalayak ramai.

Apa yang buat Scha al-Yahya naik angin adalah apabila ada penulid blog gossip yang menggunakan Twitter beliau sebagai bahan berita.

“Twitter. I tweet, kalau I approve request, ada pulak yg tak bertanggungjawab buat benda bukan2. taruk daalm blog,scoop sana scoop sini. lumrah. Itulah yg internet buat. Bila kita nak lebih dekat dengan peminat, ada pulak yg mencacatkan niat2 tu”

Miley Cyrus berhenti menggunakan Twitter atas sebab yang sama, wartawan menggunakan informasi dari Twitter beliau sebagai bahan berita. Teruskan Membaca

Awal Ashaari Tuduh Fahrin Ahmad Gagal Pikat Scha al-Yahya & Gila Seks?

Dan, kisah cinta tiga segi selebriti muda ini menjadi lebih rumit tetapi menarik untuk di’ikuti.

Awal Ashaari dalam mesej Twitter terbaru’nya menulis sebaris ayat akan mencetuskan kisah baru dalam episod perpisahan Scha al-Yahya & Fahrin Ahmad.

“And don’t f*king blame the third party if u are no longer be able to hit your gf, or have failed to be a succesful sex-maniac.”

Keras bukan bunyinya? Namun semua orang tahu beberapa hari lalu Fahrin Ahmad keluarkan kenyataan tentang orang ketiga dalam hubungan cinta beliau sehingga mengakibatkan perpisahan.

Awal Ashaari yang tidak pun di’sebut dalam kenyataan Fahrin Ahmad mula melenting melalui Twitter & di’sokong hebat oleh Scha al-Yahya.

Mesej Awal Ashaari di’atas menangkis ‘tanggapan’ ramai pihak bahawa beliau adalah orang ketiga yang Fahrin Ahmad maksudkan.

Untuk memberi hint tentang apa sebenarnya yang terjadi, Awal Ashaari membayangkan yang Fahrin Ahmad sebenarnya gagal untuk memikat Scha al-Yahya dan dalam masa yang sama gagal untuk menjadi teman lelaki yang gila seks.

Dalam keadaan begini, susah untuk kami tafsirkan apa maksud sebenar Awal Ashaari. Mungkin wartawan mStar Online boleh tanyakan bagi pihak kami?

(Gambar) Pernah Anda Bayangkan Jika Scha al-Yahya Kenyang?

Editor’s Note: That’s the face we’re looking for today. Enough with Ummi Nazeera vs. Remy Ishak stuff. Scha al-Yahya + lots of food = priceless.

Demi meregangkan minda rakyat Malaysia yang di’penuhi imej wajah Ummi Nazeera yang agak horror, kami mencari wajah selebriti yang lebih relaks.

Dan, kami terjumpa gambar saat Scha al-Yahya kekenyangan ketika keluar makan bersama rakan-rakan.

Menurut sumber, acara makan malam yang satu ini memang cukup berat kerana masing-masing kelaparan akibat sibuk bekerja.

Tiada apa yang hendak di’sensasikan di’sini. Hanya gambar selebriti untuk hiburan ringan.

Sebagai tambahan, dalam kenyataan terbaru Scha al-Yahya, beliau mahu sangat beritahu dunia apa sebenarnya yang berlaku antara beliau & Fahrin Ahmad.

Namun, Scha al-Yahya rela berada dalam situasi di’mana masyarakat memandang beliau sebagai yang bersalah. Scha serahkan pada kuasa yang maha adil.

Sabar’lah Scha, lambat laun orang akan tahu juga apa kebenaran’nya di’sebalik semua ini.

Scha al-Yahya Penuh Mainan, Tidak Akan Berbaik – Fahrin Ahmad

Betul-betul bulat & nekad hati Fahrin Ahmad untuk tidak menyambung semula ikatan kasih beliau dengan Scha al-Yahya.

Apabila di’tanya wartawan tentang apa punca utama perpisahan mereka akhir Ramadhan lalu, Fahrin Ahmad mendakwa adalah lebih baik untuk peminat tidak tahu.

“Jika anda berada ditempat saya, anda akan rasa seronok dan tertarik dengan permainannya,” ujar Fahrin Ahmad dengan nada yang sinis.

Entah permainan apa yang Scha al-Yahya pamerkan di’hadapan Fahrin Ahmad, yang pasti kenyataan Fahrin seperti membayangkan ada orang ketiga dalam percintaan mereka.

Apabila di’tanya tentang Awal Ashaari yang di’tuduh terlibat, Fahrin Ahmad tidak memberikan apa-apa kata ya atau tidak.

“Kamu carilah sendiri, saya tidak mahu cakap siapa dia. Tapi kalau nak tahu, ikuti perkembangan dia (Scha) dan carilah dia dengan siapa sekarang”

Siapa ya kekasih Scha al-Yahya sekarang? Berminat pula kami mahu tahu lebih lanjut. (Dasar kaki gossip)