(Gambar) Sisi Elegan Seorang Lisa Surihani Dalam Nona Edisi November

Nampak sangat kami slowpoke, kisah artis bulan November, tulis pertengahan Disember. Isk!

Namun, jika ia’nya melibatkan buah hati rakyat Malaysia ini, tiada apa yang terlalu lambat untuk di’kongsikan.

Lisa Surihani & Nona Sama Berusia 25 Tahun

Antara sebab Lisa Surihani terpilih sebagai cover girl Nona keluaran November 2010 adalah kerana kedua-duanya berusia 25 tahun.

Lisa Surihani mengakui yang Nona antara majalah kegemaran beliau & memastikan akan membaca setiap edisi setiap bulan. Cover pilihan Lisa Surihani — Sofea Jane.

Lisa Surihani Berazam Memiliki Rancangan Sendiri Pada 2011

Setelah azam tahun 2010 untuk memiliki kereta & rumah kediaman sendiri tercapai, Lisa Surihani memasang impian yang lebih besar untuk 2011.

Lisa Surihani mengimpikan untuk mempunyai rancangan sendiri & itu akan memberikan kepuasan kepada diri beliau sendiri sebagai anak seni.

Gambar gambar Lisa Surihani dalam Nona edisi November selepas ini. Enjoice dan jangan merungut tentang kerja hanya kerana hari ini hari Isnin! Teruskan Membaca

(Gambar) Lisa Surihani & Mia Sara Di Lokasi Adamaya, Cute!

Ingat kami mahu ketinggalan demam Adamaya? Hell no. Walaupun drama ini tidak’lah sehebat mana, tapi ada faktor lain yang buat penonton melekat.

Kami berjaya bertahan untuk menonton satu episod Adamaya baru-baru ini & lakonan Lisa Surihani nampak bertambah baik walaupun masih tidak sebaik mana.

Rata-rata pelakon mampu membawakan watak mereka dengan baik tetapi sayang, kami nampak kelemahan dari segi pengarahan & adegan yang di’buat ala kadar.

Tapi, gandingan Lisa Surihani (Maya) & Mia Sara (Amani) memang satu lagi faktor yang kuat untuk ribuan rakyat Malaysia melekat di’depan TV setiap petang.

Lagi gambar Lisa Surihani & Mia Sara ketika berada di lokasi pengambaran Adamaya selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

(Gambar) Aksi Lisa Surihani Paling Seksi & Daring Setakat Ini?

Ya atau tidak? Atau akan ada lagi aksi berani mati dari pelakon yang popular dengan imej lembut & bersopan santun ini.

Gambar ini adalah hasil galian seorang peminat hiburan yang curious mahu mengetahui wajah sebenar Lisa Surihani.

Oleh itu wahai penulis, apa gossip’nya di’sini? Err. Tiada gossip yang boleh di’kaitkan dengan gambar ini selain daripada Lisa Surihani nampak seperti orang yang rajin bersenam dalam gambar ini.

Gambar penuh Lisa Surihani si gadis seksi selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

Hey! Lisa Surihani Secara Rasmi Kini Single, Baru Putus Cinta

Pandai betul aktress kesayangan ramai ini menyorokkan kisah cinta.

Tahu-tahu berita hari ini menyiarkan yang Lisa Surihani sudah kembali single.

Lisa Surihani di’katakan sebelum ini bercinta dengan seorang juruterbang yang kacak.

Hubungan cinta mereka berjaya di’rahsiakan dari pengetahuan umum & hanya di’ketahui keluarga dan rakan terdekat.

Namun ketika di’ajukan kisah ini kepada tuan punya badan, beliau menafikan pernah mempunyai kekasih dari kalangan juruterbang.

Setelah kisah putus cinta ini keluar, maka ada selebriti lelaki yang di’katakan mula menaruh minat terhadap gadis murah senyuman ini.

Hati lelaki mana’lah tidak tertawan dengan Lisa Surihani, sudahlah mempunyai perwatakan menarik, bijak pula orangnya.

Untuk Lisa Surihani, jika ada hubungan cinta yang sah selepas ini, jangan sorokkan dari peminat-peminat setia anda. Kami memang busy body orangnya.

Fakta Menarik Tentang Lisa Surihani Dari Temubual Trek Selebriti

Seronoknya Jimmy Shanley boleh menaiki yatch mewah & makan tengahari bersama model & aktress jelita Lisa Surihani.

Ini ada beberapa fakta menarik yang kami extract dari rancangan Trek Selebriti ini — kerana kami tiada kerja.

Lisa Surihani mempunyai parut ala Harry Potter di’dahi akibat jatuh tangga ketika masih kecil.

Lisa Surihani menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) ketika sekolah walaupun beliau seorang yang takutkan darah.

‘Fobia’ & ‘Gergasi’ merupakan penampilan telemovie & lakonan pertama Lisa Surihani ketika beliau berada dalam Darjah 6.

Pernah menjadi tutor bersama ibu beliau selepas menamatkan peperiksaan SPM dengan mengajar subjek Bahasa Inggeris & Pengajian Agama Islam.

Apabila di’tanya tentang lelaki idaman, Lisa Surihani sukar hendak jawab namun terpacul dua ciri yang di’idamkan — kemas & tinggi.

Lisa Surihani membayar sendiri yuran A-Level beliau hasil simpanan duit menjadi model iklan ketika di’sekolah menengah.

(ZOMG! Lisa Surihani boleh menyanyi. Jaga kau Liyana Jasmay!)

Untuk tahun 2010, Lisa Surihani berazam untuk mengamalkan diet yang lebih sihat, belajar Bahasa Perancis & mendalami ilmu berkenaan hak-hak seorang artis.

12