Video: Percubaan Stand-Up Comedy Pertama Daphne Iking, Boleh Tahan Dan NSFW

Dan sebenarnya yang terakhir jika berpandukan penerangan yang menemani video ini di Vimeo.

Daphne Iking selama ini kita kenal hanya pandai mengacara & bukan sesuatu yang janggal jika dengar lawak jenaka dari mulut beliau.

Tetapi, dalam video yang bakal anda saksikan di’bawah, Daphne Iking boleh tahan juga bakatnya dalam stand-up comedy yang sehingga ke hari ini masih di’anggap baru oleh khalayak.

Menurut kenyataan ringkas beliau, Daphne Iking menulis yang diri beliau di’pujuk hebat oleh Harith Iskandar yang sememangnya sudah lama berkecimpung dalam arena stand-up comedy ini dan bukan satu perkara mudah sebenarnya untuk menjadi seorang yang kelakar di’atas pentas.

Kami sebenarnya berharap Malaysia mampu mempunyai lebih ramai bakat dalam stand-up comedy dan bukan lawak ‘Raja Lawak’. Ah anda tahu apa kami maksudkan. Video yang sedikit NSFW selepas ini.  Teruskan Membaca

Daphne Iking Bersikap Terbuka Dalam Hal Agama, Isobel Bisa Sebut Bismillah

Terbaru & relevan: Bekas Suami Daphne Iking Terkejut Isobel Bukan Anak Kandungnya. Apa Cerita Daphne Iking? – mStar Online

Termasuk entri ini, sudah dua entri kami keluarkan ada kaitan dengan sensitiviti agama. Pertama, isu pengakuan gay oleh Azwan Ismail yang bakal mencetus isu negara.

Cuma entri ini bukan satu isu pun, cuma lebih kepada highlight mereka yang mempunyai sifat keterbukaan terhadap agama & gaya hidup yang berbeza. Kita ‘kan satu Malaysia.

Daphne Iking dalam temubual terbaur bersama Mangga Online mengakui yang beliau tiada masalah untuk bersifat terbuka dengan agama lain.

Daphne Iking juga mengakui yang Isobel kini rapat dengan pembantu rumah beliau yang kuat pegangan agama Islam’nya.

Isobel yang baru berusia 3 tahun di’katakan selalu ikut cara-cara pembantu rumah Daphne Iking bersolat & sudah pandai menyebut ‘Alhamdulillah’ & ‘Bismillah’.

“Saya tak mahu terlalu menekan anak soal beragama kerana itulah cara saya dibesarkan dulu. Cukuplah jika dia kenal dan takut kepada Tuhan.”

“Biarlah Isobel belajar segalanya dan apabila besar nanti dia mampu berfikir sendiri dan memilih sendiri.” Win or not?

(Gambar) Daphne Iking Dalam Tandas

Ok. Ok. Kamu mengaku bersalah menyiarkan berita artis paling mengarut dalam sejarah penerbitan gossip Malaysia. Daphne Iking dalam tandas.

Gambar ini di’rakamkan oleh penyanyi kecil molek yang kami secara senyap-senyap minati, Atilia & tidak dapat kami pastikan tarikh dan masa.

Untuk buat gossip tong sampah ini nampak sedikit menarik, kami mahu anda tulis satu dialog yang mungkin sedang di’fikirkan oleh Daphne Iking ketika ini. 1, 2 and go!

(Gambar) Superhero Baru Malaysia, Wira Waja Lakonan Lash Mokhtar

Woot! Malaysia bakal menerima seorang superhero baru yang kami nampak secara kasarnya 20 kali lebih kool berbanding Cicakman yang entah apa nasibnya hari ini.

Nama superhero ini masih belum dapat di’pastikan namun sumber ada menyebut yang superhero ini bakal memakai nama yang agak klasik & cliche, Wira Waja.

Pelakon di’sebalik Wira Waja ini adalah seorang lelaki yang tidak pernah kami kenali bernama Lash Mokhtar.

Menurut maklumat ringkas yang kami terima, Lash Mokhtar merupakan seorang graduan Mass Comm dari Lim Kok Wing. Namun, apa pekerjaan sebenar Lash Mokhtar sebelum bergelar pelakon tidak kami ketahui.

Lagi gambar superhero baru Malaysia, Wira Waja selepas ini. Harap drama atau filem yang mengiringi superhero ini bakal lebih awesome dari Iron-Man (berangan). Enjoice! Teruskan Membaca

12