Kenyataan Maaf Terbuka Fasha Sandha Berhubung Isu Berbikini Di Bali

Tidak perlu sidang akhbar, tidak perlu drama swasta dalam dunia realiti artis, Fasha Sandha tampil memohon maaf melalui media sosial.

Minggu lalu, tersebar beberapa keping gambar milik Fasha Sandha yang menunjukkan aktress sensasi ini bergaya seksi di tepian pantai bersama rakan rakan lain.

Gambar Fasha Sandha yang beraksi hanya memakai bikini itu mencetus persoalan tentang azam beliau yang tidak mahu seksi di tahun 2011.

Mungkin azam Fasha Sandha itu hanya sah laku untuk kerja seni’nya tapi untuk kehidupan peribadi beliau, Fasha Sandha masih seorang Fasha Sandha.

Berikut adalah kenyataan maaf Fasha Sandha yang beliau tulis melalui Facebook & Twitter awal tengah hari ini;

Salam untuk peminat yang saya kasihi. Ya, memang benar ini gambar saya yg memakai bikini dan kain pario berwarna hijau.

Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf kerana berpakaian begini bersama 3 sahabat wanita di tepi pantai Tanjung Benua Bali pada 30 Dec lalu.

Gambar ini telah tersebar luar dalam blog blog internet dan menjadi isu selepas sahabat saya Syazwani meletakkan di laman Facebook miliknya. Saya amat kesal dengan perbuatan saya.

Saya tidak sempurna dan tidak lepas dari melakukan kesilapan. Please accept my apology. Thank You.

Dalam perkembangan berkaitan, Fasha Sandha kini sedang mencari pekerja professional untuk Chinta Hair & Beauty Saloon. Apply jangan tidak apply.

2011 Tahun Fasha Sandha Mulakan Perniagaan, Bakal Buka Salon Sendiri

Pagi mana yang lebih bahagia dari pagi yang anda mulakan dengan kisah seorang selebriti bernama Fasha Sandha. Kami ada cerita.

Dalam keluaran Harian Metro baru-baru ini sempena dengan tahun baru 2011, Fasha Sandha di’tanya wartawan tentang azam dan cita cita beliau untuk 2011.

Selain berazam untuk kurangkan penampilan seksi kerana hormati pendapat peminat yang mahukan terbaik buat diri beliau, 2011 merupakan tahun Fasha Sandha mahu terlibat dengan perniagaan.

Dan, hari ini, ada terdengar sayup sayup berita yang Fasha Sandha bakal membuka sebuah salon sendiri tidak lama lagi sebagai langkah pertama dalam bidang perniagaan.

Salon yang bakal di’beri nama ‘Chinta Hair & Beauty’ itu di’katakan bakal di’buka di Wangsa Maju tidak lama lagi.

Tahniah dari kami & selamat maju jaya buat Fasha Sandha jika berita ini benar belaka. Tidak salah mempelbagaikan cabang pendapatan kita. Selagi muda & mampu untuk lakukan pelbagai tugas.

(Melodi) Nora Danish Akui Ada Kawan Lelaki Yang Rapat, Bukan VIP

Selepas lebih dua bulan, Melodi akhirnya keluar dengan berita ini.

Hari ini, wartawan Melodi bertanyakan kepada Nora Danish tentang hubungan cinta baru beliau.

Nora Danish di’katakan di’lihat makan malam bersama seorang lelaki di sebuah restoran di ibu kota.

Kami juga pernah menulis yang ada peminat terserempak dengan pasangan ini di Suria, KLCC bersama-sama mencari pewangi.

Nora Danish mengakui yang beliau kini mempunyai seorang kawan lelaki yang memang rapat tetapi belum sampai ke tahap bercinta.

Nora Danish juga menafikan yang lelaki tersebut merupakan seorang VIP mahupun suami atau kekasih orang.

Kami doakan proses mengenal hati budi antara Nora Danish & lelaki ini akan berakhir dengan sesuatu yang indah. Bagus untuk anak Nora Danish.

Kami juga ingin mengucapkan selamat hari lahir buat anak Nora Danish, Putera Rayqal Ramli. Dengar cerita mama awak anjurkan parti malam ini.

Ferhad Kini Bergelar Penyampai Radio Mix FM, Sesuai Dengan Jiwa

Lama sudah kita tidak dengar kisah terbaru penyanyi kelahiran Singapura Ferhad yang pernah popular dengan lagu ‘Kasih Berubah’.

Awal bulan Januari ini menandakan era baru dalam kerjaya Ferhad apabila di’tawarkan menjadi penyampai radio sepenuh masa di Mix FM.

Menurut Ferhad, ini bukan pertama kali beliau di’tawarkan untuk menjadi penyampai radio, namun tawaran Mix FM sukar di’tolak tambahan lagi Mix FM cukup sebati dengan jiwa.

“Lagu-lagu yang disiarkan juga bersesuaian dengan lingkungan umur yang disasarkan melalui stesen ini pada setiap hari,” kata Ferhad kepada Utusan Malaysia hari ini.

Ferhad bersiaran di konti Mix FM menerusi segmen The All New Mix kendaliannya dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi itu.

(Gambar) Bila Rina ex-Sehati Berdansa Datang Ke Anugerah Juara Lagu 24

Belum habis lagi cerita fesyen artis di Anugerah Juara Lagu 24? Sudah-sudah’lah. Ya, kami faham keluhan hati anda.

Sedang orang ramai masih memperkatakan gaya pemakaian yang di’kenakan Betty Benafe tempohari, peminat hiburan seolah-olah terlepas pandang fesyen yang di’kenakan Rina.

Rina yang pernah menyertai rancangan Sehati Berdansa datang ke majlis Anugerah Juara Lagu ke 24 dengan busana hitam yang menggunakan bra beliau menjadi sebahagian perhiasan.

Ya, sekali lagi, mata-mata kami memang mata orang buta fesyen, namun secara terang-terangan bra yang di’pakai Rina sengaja di’tonjolkan menjadi sebahagian fesyen. Teruskan Membaca